Monday, August 22, 2011

PUDING ROTI MARBLE COKLAT


PUDING ROTI MARBLE COKLAT

bahan-bahannya

4 keping roti gardenia
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula(boleh di kurangkan)
2 sudu besar butter@marjerin-cairkan
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko@coklat emulco(saya guna van hauten)
2 biji telur

cara-caranya

didihkan 3 cawan air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan balance air td 1/2 cawan.kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 tadi.masukkan butter@majerin dan kacau rata sampai mendidih.matikan api..bahagi kepada 2 bahagian.1 warna asal 1 yg di campur dengan serbuk koko..*jika gunakan serbuk koko bancuh dahulu serbuk koko dengan air panas jadikan pes agar tidak berbiji-biji @ bergentel-gentel serbuk koko tersebut*..ambil sesenduk warna asal letak di tengah2 loyang.ambil pula sesenduk warna koko dan letak di tengah2 warna asal.buat ulang2 hingga habis.dah siap boleh lah di simpan di dalam peti ais setelah sejuk.


NOTA:-kemanisan puding sila ejas ikut selera masing-masing dan bagi yang kurang gemar berlemak kurangkan sukatan susu pekat..


No comments:

Post a Comment