Wednesday, November 28, 2012

Kek Coklat Coffee





Kek ni saya cuba dari rancangan barefoot contessa channel 727 tiap hari isnin-jumaat kul 6.35ptg..kalau sesiapa pernah tengok rancangan tu chefnya ina garten..saya suka tengok rancangan dia resepi dia kebanyakkannya senang-senang..Ini baru percubaan pertama saya dari salah 1 resepinya..Sedap betul kek ni..Tak sangka pertama kali cuba buat jadi elok walau deko nya tak lah secun mana maklumlah hamba budak baru belajar..kikikikiki..

Kek Coklat Coffee

Bahannya

2 cwn tepung gandum
3 sb serbuk kok
1 sk baking powder
secubit garam
(bahan di atas di ayak bersama)
1 cwn gula
200 ml susu segar
1 cwn minyak sayuran
2 biji telur gred A
esen vanilla
1 cawan air kopi

caranya

Pukul telur dengan gula hingga kembang kemudian masukkan susu,minyak,air kopi,esen vanilla dan pukul lagi..Kemudian masukkan bahan ayak dan pukul sampai sebati semuanya..Bila dah sebati tuang adunan di dalam loyang yang telah di gris dan di alaskan baking paper..Masak dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 45 minit/hingga masak dengan 160c @ bergantung pada oven masaing2 suhunya..(saya guna oven atas dapur gas tu)

untuk topping

1 bar coklat masakan(cairkan dengan cara double boiled)
250g butter
1 biji telur
esen vanilla
1/2 cawan tepung(sy grg dl tepung ni/org panggil sangai)
1/2 cawan air kopi
1/2 tin susu pekat

caranya

pukul butter dengan susu..kemudian masukkan telur dengan esen dan pukul sebati..kemudian masukkan tepung dengan air kopi..masukkan pula coklat..pukul rata..siap utk di gunakan..


Roti jala



Assalammua'laikum sahabat2 blog ku..Agak lama tak update blog..Punya lama simpan gambar baru nak update resepi hu3..Roti jala ni saya cuba resepi dari kak gee..Memang sedap dengan lemaknya walau sejuk pun tetap lembut jer..

Roti jala

Sumber dari kak gee(fauziah abd samad)

Bahannya

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan(sy letak 2 cawan santan+1 cawan air sebab saya guna acuan jeis kuning tu bukan jenis picit cam kak gee jd payah btl nk kuar sbb pekat)
1 biji telur
secubit garam
beberapa titis pewarna(ikut suka nak letak ke x)
(kalau untuk roti jalan pandan saya blender daun pandan dengan air 1 cawan..pastu santan tu cam biasa sy guna 2 cwn sy guna santan pekat tau lalink)

Caranya

Masuk semua bahan dalam blender dan blend sebati..Tuang dalam botol acuan..Boleh guna acuan biasa..Pastu panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali..Biar kuali panas dan mula lah menjala..Mula-mula buat sekeping memang tak cantik tapi lama kelamaan okey ler..Bila sekeping dah masak alihkannya ke bawah terbalikkan supaya permukaan atas licin menghadap ke bawah..Kemudian gulung..Ulang sampai habis..Sedap di makan sengan kari.pengat durian dan sambal bilis..saya ada buat 3 semuanya..





Tuesday, November 13, 2012

Apam pisang


Apam pisang

Bahannya

2 cwn tepung gandum*
1 sk baking powder*
(ayak bahan bertanda*)
8-10 biji pisang sederhana besar
1 sk soda bicarbonat
1/4 sk esen pisang(sbg tambahan)-saya tak buh sbb tak ada
secubit garam
3/4 cwn minyak
3/4 cwn gula halus
3 biji telur gred A

caranya

Lecek pisang bersama dengan soda bicarbonat dengan garamsehingga hancur dan ketepikan..Dalam bekas yang lain satukan telur,gula dan minyak..Pukul sehingga pekat dan berkrim...Masukkan pisang lecek dan gaul rata diikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati..Masukkan esen dan di gaul lagi..Tuangkan dalam loyang yang telah di gris mentega dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit @ hingga masak..

Apam pisang coklat



Sedap gak apam pisang coklat..hik3 first time cuba jadi hari tu gak habis..adehh..tak sempat-sempat nak nunggu esoknya..

Apam pisang coklat

Bahannya

2 cawan tepung gandum*
2 sb serbuk koko-ni saya buh lebih sbb sy suka coklat
1 sk soda bicarbonat*
1 sk baking powder*-sy guna baking soda makna sy xbuh dah soda sbb dh ada soda dlm baking ni kan
(ayak bahan bertanda*)
2 biji telur
1 cawan pisang lecek-saya guna pisang emas
1 1/2 cawan gula
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak
1 sk garam

Caranya

Blender telur,gula,esen vanilla,minyak dan garam hingga halus..Masukkan ke dalam bahan ayak dan kacau adunan hingga sebati..Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah di sapu minyak dan kukus selama 15 minit-30 minit bergantung pd saiz acuan..(sy guna loyang terus jd 30 minit)..pastikan periuk tu air dia btl2 mendidih baru buh adunan tuk di kukus yer..





Warkah buat puteri sulung ku




Alhamdulillah genap sudah puteri sulung ibu 4 tahun 9/11/2012..Selamat hari lahir sayang..Ibu sayang kakak..Ibu  nak kakak tahu ibu amat hargai pengalaman kita hidup sebagai 1 selama 9 bulan lebih..Pengalaman yang terlalu indah dan berharga buat ibu..Pengalaman yang tidak boleh di tukar ganti..Kita berdua hidup sebagai 1 jasad berkongsi segalanya..Terima kasih sayang sebab memberikan ibu pengalaman ini..semoga ibu dengan ayah dapat menjadi ibu bapa yang baik untuk kakak dan adik-adik satu hari nanti..Insyaallah..Ibu dengan ayah terlalu sayangkan kakak dengan adik-adik..Kasih sayang kami berdua pada kakak dan adik-adik tidak pernah luntur walau sedikit pun..

Kakak

Ingat lah pesan ibu sentiasa ye sayang..Jadi lah anak yang solehah anak yang boleh membanggakan ibu satu hari nanti..Seorang ibu akan merasa gembira bila anaknya gembira seorang ibu akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya seorang ibu akan menutup matanya dengan aman bila anak-anaknya mendoakannya..Dalam 4 tahun ni ibu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan ibu seorang anak yang amat cerdik pandai..Sekarang kakak dah pandai bawa diri,dah pandai dari segala segi..Tak lama lagi kakak dah nak ke sekolah..Ibu sayang kakak untuk selamanya..Disebabkan kakak nak sesangat kek hari jadi ibu usaha juga buat walau pun tidak lah secantik mana..Tapi rasa dia sungguh sedap..Kakak makan sampai menambah-nambah..





Dari ibu

Nik norsyella asyekin

Saturday, November 10, 2012

Ayam cina



Masakan ni dah jadi fav pada anak-anak saya ibu dengan adik saya..Masakan yang cukup senang..

Ayam cina

Bahannya

Beberapa keping dada ayam
4 ulas bawang putih-di tumbuk
2 biji telur-di pukul rata
2 pokok daun bawang
1 sb serbuk lada sulah
garam dan perasa

Caranya

Ayam yang telah di basuh di potong dadu @ ikut suka kita..Kemudian goreng sampai masak..Bila dah masak masukkan bawang putih yang telah di tumbuk..Gaul sampai naik bau..Bila dah terbit bau dia ketepi kan ayam jangan sampai kena minyak dalam kuali tu tak pun tahan dengan senduk/sudip supaya kesemua ayam tak cecah minyak tu..Kalau ada 4 5 ketul yang terkena tak apa abaikan..Masukkan telur yang di pukul tadi di tempat yang kosong pada minyak tu..Tunggu sekejap kemudian kacau dengan sudu..Sudip tu jangan di alihkan..Sudip tu tuk tahan ayam dari jatuh dalam telur tu..Bila telur dah masak kacau2 rata terus dengan aya,..Kemudian masukkan lada sulah garam perasa dan daun bawang tadi..Kacau rata..Siap untuk di hidangkan..


Puding kek coklat pisang




Puding kek coklat pisang

Bahan

1 bungkus agar2 bertali
600 ml air
120 gm gula-kalau rasa manis boleh di kurangkan
20 gm serbuk coklat*
50 gm susu tepung *
3 sb tepung jagung*
beberapa biji pisang-ikut suka nk potong macam mn 
beberapa potong kek-perasa ikut suka(sy buh perasa vanilla)
(bahan yang bertanda * satukan dengan 1/2 cawan air..)


Caranya

Susun pisang di dalam loyang..Susun ikut suka sama ada nak memanjang ada bulat..Rebus agar2 dengan air dan gula hingga larut..Bila dan larut masukkan bahan yang di satukan dengan air tadi..Masak hingga adunan pekat..Kacau selalu supaya tidak hangit..Bila dah pekat tutup api dan tuang dalam loyang berisi pisang tadi..tuang separuh kemudian susun pula kek dan tuang balance adunan tadi..Biar kan sejuk betul-betul baru boleh di masukkan di dalam peti ais..

Apam tepung gandum





Apam tepung gandum ni saya cuba resepi dari sis noraslinda bugal..memang jadi cuma tergebusss sikit..he3..

Apam tepung gandum

Bahan

500 gm tepung gandum-di ayak
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 peket yis maripan
secubit garam
pewarna -ikut suka nak buh kaler apa
kelapa parut putih di makan dengan apam-tapi saya x letak sbbnya xsempat nak beli dah habis..

Caranya

Loyang di sapu minyak sekeliling(saiz 10)..Yis di bancuh dengan 1/2 cwn air kacau dan ketepikan..Satukan tepung gandum gula,garam dan gaul rata..Masukkan bancuhan yis tadi sambil di tuangkan lebihan air tadi dan di kacau dengan senduk hingga adunan sebati,licin dan tidak berbiji-biji..Masukkan pewarna dan kacau lagi..Tuang adunan dalam loyang dan perap selama 1 jam(adunan akan naik 2 kali ganda)..Sementara menunggu apam naik boleh lah panaskan kukusan..Bila apam dah naik boleh lah di kukus selama 40 minit @ sehingga masak..Biar apam betul-betul sejuk baru boleh di potong dan di hidangkan bersama kelapa parut..

Note:- Kelapa parut hendak lah di kukus terlebih dahulu untuk tahan lama..

Terima kasih kak lin sbb kongsi resepi..Jadi lah lalink best..

Cucur udang dengan kubis





Assalammua'laikum wbt buat semua rakan2 blog saya..Pada kali saya cuba resepi dari sahabat blog dan fb saya ermm pertama kali cuba buat kubis tu di campur dengan udang untuk cucur ternyata memang sedap..Anak-anak yang sebelum ni tak makan sayur jadi makan siap boleh puji ibu sedap lah ibu kakak nak makan ni lah lagi..he3..Itu lah gelagat anak sulungku..Terima kasih pada evelyn atas perkongsian resepi ini..Izinkan eh sis nak buh dalam blog ni..Terima kasih ye darling..Jom intai bahan2..

Cucur udang dengan kubis

Bahan2nya

500 gm kubis-di hiris halus
10-15 ekor udang sederhana besar-dibuang kulit dan di potong 2
1/2 biji bawang besar-di potong dadu

Bahan B

250 gm tepung gandum
1 cawan air
2 biji telur-di pukul
1 sk serbuk kunyit-ni saya lupa buh
1 sk lada putih
garam secukupnya

Caranya

Dalam bekas sederhana besar gaul bahan B hingga sebati..Kemudian masukkan bahan A dan gaul perlahan hingga rata..Jika adunan kering tambahkan sedikit tepung lagi dan air hingga adunan menjadi adunan yang sesuai untuk di goreng..Panaskan sedikit minyak di dalam kuali ambil sesudu adunan cucur tadi masukkan dalam kuali dan goreng hingga kuning keemasan di kedua-dua belah..Angkat dan toskan minyak..Hidangkan dengan sos di campur mayonis..

Monday, November 5, 2012

Pertunangan Yang Telah Direncanakan Allah





Pada masa yang di tetapkan 
kita pasti di risik pertunangan yang azali
di akhiri perkahwinan dengan maut
hantaran cuma nazak dan kesakitan
tetamu bertandang menghadiahkan tangisan
pengantin di mandikan
di pakai kan baju putih

Semerbak haruman
gaharu cendana jadi penyeri
pengantin bersanding sendiri
di arak mengelilingi kampung
akad nikah talkin di baca kan
berwalikan liang lahad
bersaksikan batu nisan
malam pertama bersama kekasih
di dalam kamar berkelambu tanah
menuntut janji pernikahan yang azali

BERSEDIAKAH anda dan saya untuk di lamar MAUT yang PASTI menuntut janjinya????

Saturday, November 3, 2012

Kerabu Suhun Sakan



Suhun Sakan

Bahannya

500 gm sotong-basuh bersih celur dan hiris
100 gm suhun-celur

Bahan A

50 gm kacang tanah-di tumbuk
50 ml kicap sotong(tak ada tak apa)
3 biji limau kasturi-ambil jusnya
2 batang saderi-di hiris nipis(sy xbuh)
2 biji tomato-di hiris nipis
garam secukup rasa
kalau nak rasa pedas hiris cili padi yer..

Caranya

Gaul semua bahan dengan sebati..Sedia di nikmati..

Kerabu Daging





Kerabu Daging

Bahannya

500 gm daging-rebus empuk dan hiris nipis
2 labu bawang besar-hiris
2 batang serai-hiris halus
1 kuntum bunga kantan-hiris halus
1 batang daun ketumbar-saya tak guna
1/2 biji lobak merah-hiris halus
10 biji cili padi-hiris
1 sudu makan jus lemon
garam secukup rasa

Caranya

Satukan semua bahan dan gaul sebati..Sedia di nikmati..

Kerabu Ikan Bilis




Kerabu Ikan Bilis

Bahannya

1 mangkuk ikan bilis
1 labu bawang besar-hiris
1 kuntum bunga kantan-hiris
1 biji mangga muda-parut
3 biji cili merah-hiris
5 biji cili api-hiris(bergantung pada sesiapa yang suka pedas yer)
3 biji limau kasturi-ambil jusnya
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Caranya

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah di basuh bersih sehingga garing..Angkat dan masukkan dalam mangkuk..Masukkan semua bahan hiris dan parut ke dalam mangkuk ikan bilis dan gaul sebati dengan jus limau garam dan gula..Sedia di hidang..

Chipsmore Cheese Cake




Sedap saya suka dengan cheese..Dan cake ni sangat lembut jadi saya sarankan buh dalam bekas dadih tu eh..Saya tak ada dan lupe beli jadi main hentam ler buh dalam apa je yg ada lepas tu mula lah payah nk potong hu3..

Chipsmore Cheese Cake

Bahannya

1 peket chipsmore-yg rm3.90 tu eh
70 gm mentega cair

Chipsmore ni buh dalam plastik pastu gelek dengan penggelek kejap je hancur..pastu suku simpan skit untuk tabur atasnya nanti..selebihnya di gaul dengan mentega dan tekan padat2 pd loose tin dan simpan kejap dlm peti ais..

Bahan A

2 biji kuning telur
100 gm gula
160 ml susu segar

bahan ni di masak secara double boiled..Kacau sebati dah mendidih ketepikan..

Bahan B

250 gm cream cheese
200 ml whipping cream-kotak kecil sekali
1 bekas kecik yogurt plain
2 1/2 sudu gelatin


Caranya

Cream cheese di pukul lembut..Masukkan kan whipping cream dan pukul lagi..Masukkan gelatin dan yogurt sambil di pukul sebati..Masukkan bahan A dan pukul lagi..Kemudian masukkan sikit chipsmore yg kita gelek td dlm adunan ni gaul2 dengan senduk..Tuang adunan dalam loyang ada ada biskut tadi..Kemudian tabur kan chipsmore atas adunan dan sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam..

Kek Batik




Kek batik kali ni saya buat jenis susun-susun biskutnya cuma bezanya di sini biskut marie yang saya guna jenis coklat sebab suami tak  nak yang warna putih dia mintak warna coklat ikut kan je sebab suami yang nak makan kan..hik3..

Kek Batik

Bahannya

220 gm milo-yang peket kecik tu
250 gm butter
3 sudu makan serbuk koko-sy guna 1/2 peket van hauten
1 tin susu pekat manis-bg sy ni manis klu habiskan 1 tin jd pd yg kurang gemar manis kurangkan kuantiti susu ni yer)
biskut merie secukupnya

Caranya

Sediakna loyang yang bersih dan di alas plastik tujuan senang nanti nak kuarkan dia..Satu kan semua bahan2 kecuali butter ye dan masukkan bahan tadi ke dalam kuali baru masukkan butter...Guna kan api yang paling kecil sekali dan selalu di kacau untuk mengelak kan melekat dan hangit di bawahnya nanti..Kacau sampai kesemua bahan sebati dan berkilat..(sya tak masak mcm tuan resepi asal yang sampai berbintil2..saya masak dia mmg berkilat dan pekat)kemudian dh masak tutup api..Cedok 1 senduk buh dalam loyang susun biskut marie kemudian cedok lagi adunan coklat dan letak lagi di atas biskut begitulah ulang2 sampai habis..Dah siap boleh di sejukkan dalam peti ais..Kalau ada yang tak faham tentang stepnya boleh tengok di http://wendyinkk.blogspot.com/2010/08/batik-cake-or-hedgehog-cake.html


Blended Butter Cake




Setalah percubaan kali ke 2 baru lah menjadi kek ni..Kali pertama dia jadi cam separuh masak separuh lagi tak masak..cam berminyak sangat bila pegang jadi saya kurangkan butternya untuk percubaan kali ke 2 alhamdulillah menjadi..Di sebabkan mixer rosak erm saya usaha juga mencari resepi kek yang di blend sebabkan permintaan anak-anak nak makan kek..Walau tak secantik mana rupa kek nya tapi alhamdulillah sedap gak masuk tekak..hik3 Jom tengok bahannya..

Blended Butter Cake

Bahannya(loyang 8 inci/9 inci)

2 1/2 cwn tepung naik sendiri-ayak
1 3/4 cwn gula-saya kurangkan ke 1 cawan je
250 gm mentega-di cairkan(sy hny guna 220 gm shj
1 1/4 cwn susu segar
1/2 cwn susu tepung-untuk rasa yang sedap
4 biji telur
1 sk esen vanilla

Caranya

Masukkan ke semua bahan kecuali tepung..(Saya blender telur dl sampai kembang dan naik baru saya masukkan gula dan yang lain..)Kisar hingga sebati dan gula larut..Tuang adunan ni dalam mangkuk..Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan di kacau sebati dengan whisk..Masukkan pula esen dan kacau lagi..Tuang dalam loyang yang telah di gris..Bakar pada suhu 160c selama 50 minit/1 jam @ hingga masak bergantung pada oven masing-masing ya..

Date Cake(eggless)




Pernah tak makan kek kurma tanpa telur?Sedap juga rasa dia walau tak letak telur tau..Tak percaya cuba nanti..Jom intai bahan-bahannya..

Date Cake(eggless)

Bahannya

18 biji kurma-di buang biji
3/4 cwn susu segar
3/4 cwn gula-sy letak 1/2 cwn
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn minyak-saya cair kan mentega
1 sk baking soda
1 sudu makan cashews/walnut
1/4 cwn air

Caranya

Rendam kurma semalaman tapi saya masak kurma tu dengan 1/4 cwn air td..Kurma dah lembut baru saya masukkan susu segar..(saya guna susu anak)..Tutup api lepas masukkan susu segar..Kemudian masukkan kurma dengan susu yg di rendam tu dan gula dalam blender..Blender sampai dia jadi paste yang lembut..Masukkan pula minyak/butter cair dan blender lagi bagi sebati..Tepung yang dah di ayak dengan baking soda tadi di masukkan sesudu demi sesudu dalam blender..(kalau rasa blender cam berat kuarkan masuk dalam bekas kacau dengan whisk jer tepung tu semua bg sebati dan tak berketul eh)..Akhir sekali masukkan kekacang..

Note:-Warna kek bergantung pada jenis kurma yang di gunakan..Juga kemanisannya pun sama..sy guna 1/2 cwn gula sbb kurma tu dah manis kan..Selamat mencuba ye pd kwn2..