Monday, December 24, 2012

Jelatah



Jelatah


BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun - dipotong
Sebiji nenas - dikupas dan dipotong
Sebiji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan secukupnya
saya ada tambah sos cili-agak2 je
bijan yang di sangai
(sy tak letak cuka sebab mak saya kata nanas tu pun dah ada rasa masam dia)
CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra . Mudah je nak buat jelatah ni 

Nasi jagung



Nasi jagung

Bahannya


*4 cawan beras, basuh bersih dan rendam selama 1/2 jam, dan toskan.
*4 cawan air biasa
*1 cawan susu sejat-saya guna santan
250 gram jagung segar dihiris
1 helai daun pandan disimpul
2 batang serai dititik-sy xguna
2 sudu besar marjerin
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Untuk hiasan: bawang goreng

Caranya

  1. Panaskan marjerin di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga bawang kekuningan dan terbit bau.
  2. Alihkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi di dalam rice cooker. Masukkan 4 cawan air,  susu sejat, jagung, daun pandan, serai, garam, dan gula. Kacau rata dan masak sehingga air mendidih.
  3. Kemudian masukkan beras dan kacau rata. Masak seperti memasak nasi biasa.
  4. Selepas nasi masak, gembur dan taburkan bawang goreng. 

Daging masak hitam



Daging masak hitam

bahannya

500 gram daging
1 biji bawang besar-hiris bulat
50 gram kerisik
garam,gula dan perasa-saya tak guna gula sbb dlm kicap manis dh manis kan

bahan perap

10 tangkai cili kering-saya guna 2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah-saya guna separuh bawang besar krn bawang besar lebih manis dari bwg merah
1 ulas bawang putih-saya guna 3 ulas
1/2 inci halia

kesemua bahan ini hendak lah di kisar

*1/2 sk ketumbar
*1/2 sk jintan manis
*1/2 sk jintan putih
*1/2 sk lada hitam

bahan yang bertanda * sangai dan blender halus..guna blende yg khas utk blender bahan2 ni..

1 sb sos tiram-saya guna 3 sb
1 sb sos cili-saya tak guna sbb xde mls nk ke kedai hehehe
1 sb soso tomato-sama juga saya x guna
3 sb kicap pekat manis-saya guna 6 sb dan jenama ABC
gula merah secukupnya

*caranya*

perap daging bersama bahan perapan selama 30 minit(saya perap selama 3 jam)..panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging perap tadi dan kacau sebati..masukkan air untuk melembutkan daging..setelah daging lembut masukkan kerisik dan gaul rata..perisakan daging..masak sehingga kuah agak pekat dan agak kering..sedia di hidang..

*masa perap saya dah perisakan siap2 daging..saya guna garam hanya secubit sebab sos tiram pun dh ada garam..saya x letak gula putih dah sbb kicap pekat ABC dh manis dan dh ada gula merah..mmg sm rsnya mcm daging hitam ibu saya..selamat mencuba pd kwn2 semua..

Pavlova mocha coklat chip




Resepi ni saya dapat hasil dari rancangan Giada at home channel 727..Pertama kali tengok dia buat dah menarik minat saya untuk mencuba alhamdulillah saya buat ni hari tu juga habis licin suami siap menjilat pinggan lagi..Bangga nampak keadaan semua tu..

Pavlova mocha coklat chip

4 biji putih telur
1/2 cwn gula castor
1 sb vanilla 
1 sb mocha paste
1 cwn coklat chip
1 sb tepung jagung

Caranya

Pukul putih telur kembang masukkan gula dan pukul hingga menjadi merigue..Kemudian masukkan vanilla dan mocha paste sambil di pukul lagi..Kemudian masukkan tepung pukul sebati..Matikan mixer..Masukkan coklat chip gaul perlahan dengan sudip..Kemudian letak adunan di atas kertas baking paper ikut kreativiti masing2 dan bakar pada suhu 170c selama 1 jam..@ hingga masak ikut oven masing2 ye..

Bahan hiasan

buah-buahan
whip cream
coklat

Caranya

Pukul kental whip krim dan hias ikut kreativiti masing-masing..

Kek keju lapisan coklat





Kek ni saya buat sempena ulangtahun perkahwinan saya dengan hari lahir suami saya..Walau tak berapa nak cun tapi rasa dia adoiiii suami,anak2 buah biras dengan abang ipar ulang2 makan..Tak caya cuba lah ye..

Kek keju lapisan coklat

Bahannya

1 biji kek span coklat-saya buat sendiri-hiris 2 bahagian

Bahan inti keju

250 gm keju krim-sy guna 500 gm
80 gm gula castor-sy gn 100 gm
100 gm coklat masakan-cairkan dengan cara double boiled
250 gm krim putar
50 ml air
15 gm gelatin halal-saya guna 2 sudu besar+air panas sikit

Caranya

Inti keju

Krim putar di pukul hingga kembang dan gebu..Simpan dalam peti sejuk..

Pukul krim keju dan gula hingga berkrim..Masukkn krim putar dan coklat masakan..Pukul sebati adunan tersebut..Masukkan gelatin ke dalam adunan pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati..
Letakkan 1 lapisan kek coklat pada dasar tin springform bulat..Tuangkan adunan keju dan tutup dengan lapisan kek ke 2..

Bahan topping

whip cream non dairy-saya guna jenama value pride
parutan chparutan cheddar
parutan coklat

Hias ikut kreativiti masing2 ye..

maaf ler sbb xpndi lagi nak hiris kek..hik3

Sunday, December 23, 2012

Chocmilo creep





Resepi ni saya ambil dari page jom masak..Memang sedap buat macam ni..Tak percaya cubalah..

Chocmilo creep

Bahannya

100 gm tepung gandum
100 gm tepung ubi
50 gm tepung kastard
50 gm tepung jagung
200 ml susu cair-saya guna susu anak je
600 ml air biasa
4 biji telur gred A
5 sb gula
5 sb minyak masak
2 sb serbuk koko
1 st choc emulco-saya xbuh sbb xde
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna brown-saya tak buh juga

Filling

Fresh cream secukupnya-di pukul kental
choc spread/sos choc..sy guna jenama harshey 
milo

Caranya

Satukan semua bahan godek-godek dengan whisk hingga sebati dan larut tapis dan dadarkan pada non stick pan..Buat hingga selesai semuanya..
Bila dah selesai ambil sekeping terbalikkan yang masak garing di biarkan di ats maksudnya biar dia jd bahagian dalam..Kemudian pipekan cream lepas tu choc spread pastu milo choc pread milo last sekali cream..Lipatkan kulit cam durian creepe tu..Dah boleh ngap..Memang lembut walau dalam peti kulitnya ni..Thanks pd tuan punya resepi.

Friday, December 14, 2012

Puding kastard berkuah



Puding kastard berkuah

Bahan A-kastard

1 cwn tepung kastard
1/2 sk garam
5 cwn air
2-3 sb susu pekat
2-3 sb gula

Bahan B-kuah kastard

1 tin susu cair ideal
1 tin air-guna tin susu cair tu
4 sb gula
4 sb susu pekat
1 biji kuning telur-tak letak pun tak pe
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard

Bahan c-hiasan

Buah koktel
biskut oreo-di ramas kasar

Caranya

Masukkan bahan A ke dalam periuk/kuali..Kacau sebati guna whisk tangan tu sampai xder ketul2 baru buka api dan masak dengan api yang sederhana..Selalu kacau whisk tu supaya tak berketul nanti kastard tak cantik..Kacau sampai adunan pekat berkilat..Bila adunan dah meletup-letup tutup api..Tuang adunan di dalam bekas yang anda inginkan dan sejukkan..
Untuk kuahnya:-Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga kuah agak pekat sedikit dan tutup api..Bila adunan dah keras sedikit ambil puding kastard letak dalam piring ambil kuahnya letak dan hiasan..Boleh lah di ngap..

Apam bakar


Apam bakar ni pertama kali saya cuba saya skodeng blog che mat gebu..Siapa yang tidak kenal dengan che mat gebu kan..Memang sedap dan gebu apam bakar ni..Saya makan dengan sambal bilis..

Apam bakar

Sumber:-Che mat gebu

Bahannya

1 cwn tepung gandum
1 1/2 sb gula halus
1/3 sk garam
1/3 sk instant yeast(maripan)
150ml air
70 ml air suam
kuah kari.sambal tumis sebagai pencicah

Carany

Satukan yeast dengan 1/2 sb gula dan air suam..kacau rata dan biar hingga berbuih..Sementara itu satukan tepung gandum,garam dan baki gula halus..Kacau rata..Bila yeast sudah berbuih masukkan ke dalam tepung dan kacau rata..Tuang 150 ml air biasa dan kacau hingga sebati dan tidak berbintil..Perap 1 jam @ lebih sedikit..Panaskan non stick pan saiz 4 inci letak minyak sedikit ratakan..Senduk adunan apam tadi lebih kurang 1/3 cwn ke dalam pan..Ratakan dan tutup permukaannya dengan tudung periuk kecil dan masak dengan api kecil hingga apam naik dan permukaannya kelihatan sedikit berlubang..Terbalikkan dan sambung memasak hingga kuning keemasan..Angkat dan buat hingga habis..


Apam coklat



Resepi saya dapat dari group masakan cuma saya tak ingat siapa tuan punya resepi ni sebab masa ni saya ambil guna hp malas nak salin resepi punya pasal..Apa-apa pun sedap terima kasih pada tuan punya resepi cuma saya letak coklat ball dengan coklat rice sekali cair lah pulak..muhahahahaha..

Apam coklat

Bahannya

1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn air
1 biji telur
1/2 sk soda bicarbonta
2 sb milo(sy letak serbuk coklat)

Caranya

Masukkan kesemua bahan kedalam blender dan kisar sehingga sebati..Tuangkn adunan ke dalam acuan yang bergris marjerin dan kukus 15 minit @ sehingga masak..

Kek Minyak



Kek Minyak

Sumber:-Noraslinda Bugal

Bahannya

5 biji telur gred A
3/4 cwn gula castor
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
1 sb ovallet
1 sudu teh esen vanilla
perisa pisang,nenas,strawberry @ apa2 sahaja(kak lin xbuh tapi saya buh perisa strawberry dan serbuk coklat skit)
beberapa jenis pewarna kesukaan(sy xbuh pewarna pink utk perisa strawberry sbb nya dah kehabisan hu3)
2 cwn tepung gandum*
1 sk baking powder*
ayak bahan bertanda*

Caranya

Pukul telur bersama gula castor dan ovallet hingga kembang..Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan pukul lagi..Masukkan minyak masak dan perisa sambil di pukul lagi..Masukkan bahan bertanda * dan pukul lagi hingga sebati..Bahagi kan adunan ke berapa bahagian dan titiskan pewarna kesukaan..Loyang di alas baking paper dan gris keliling..Tuang adunan berselang seli..Bakar pada suhu 180c selama 45 minit @ sehingga masak..

Strawberry Marble Chiffon Cake



Strawberry Marble Chiffon Cake

Bahannya

Bahan A

6 biji kuning telur
2/3 cwn minyak masak/mazola
2/3 cwn susu cair
1/2 sk garam
3/4 cwn gula halus
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 sk baking powder*
ayak bahan bertanda

cara menyediakan bahan A

Pukul kuning telur,garam dengan gula sebentar hingga sebati..Masukkan minyak dan susu cair lalu di pukul lagi..Masukkan bahan ayak dan gaul sebati dan ketepikan dulu..

Bahan B

6 biji putih telur
1/2 cwn gula 
1 sk cream of tartar

Bahan C

2 sb strawberry emulco

Cara menyediakan bahan B

Pukul putih telur hingga kembang..Masukkan gula dan cream of tartar hingga menjadi merugie..Kemudian  masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula..Bahagi adunan kepada 2 bahagian..Satu di biarkan plain satu lagi letak strawberry emulco..Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli tak perlu di lenser..Setelah siap hentakkan beberapa kali dan bakar pada suhu 175c selama 40-45 minit @ hingga masak..

*dalam gambar ni ada nampk warna kuning kan???haaa kalau nak tahu saya ingatkan ambil strawberry emulco mana lah tahu ambil warna kuning lepas tu tak tengok pula tu dan terkejut pasal bby boy kena gigit dengan si kakaknya ini lah kejadiannya..hu3..tapi walau rupanya tak secun mn tapi teramat lah sedap dan lembut betul..

Pandan Slice Cheese



Pandan Slice Cheese

Bahannya

4 keping slice cheese-saya letak lebih sebab suka dengan rasa cheesenya
200 ml susu segar
70 gm butter/marjerin
80 gm tepung gandum-di ayak terlebih dahulu
70 gm gula
4 biji telur saiz A
beberapa titik esen pandan
beberapa titik pewarna hijau
1 sk serbuk koko

caranya

Carikkan slice cheese kecik-kecik dan campurkan dengan susu segar kemudian masukkan dalam periuk gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese cair..(saya guna teknik double boiled)..Kacau sentiasa..Masukkan butter dan separuh gula kacau hingga gula larut tutup api dan sejukkan sebentar..Asingkan putih telur dan kuning telur pukul putih telur dengan baki gula hingga menjadi merugie..Didalam bekas lain pukul kuning telur dan masukkan adunan cheese tadi kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi..Pastikan adunan tidak berketul..Akhir sekali masukkan dalam adunan merigue tadi dan beberapa titik esen pandan dan pewarna hijau gaul guna spatula..ambil 2 sudu besar adunan dan masukkan serbuk koko..Ketepikan..Curah adunan warna hijau dalam acuan kek yang telah di gris dan akhir sekali curahkan pula adunan coklat atas permukaan hijau dan lorekkan dengan garfu @ lidi..Bakar pada suhu 170c selama 20 minit dan turunkan suhu 140c selamar 45 minit..Gunakan kaedah bain marie ye  untuk dapatkan tekstur yang tidak terlalu kering..

Kek Kurma



Kek kurma

Bahannya

200 gm kurma
100 gm kismis(saya tak letak sebab tak ada)
175 gm tepung gandum*
1 sk baking powder*
ayak bahan bertanda*
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 sk esen vanilla
1/2 cwn susu segar
3 sb serbuk koko(ni saya tambah)

caranya

Buah kurma di buang bijinya dan di rendamkan dalam air/susu..Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut..(cara saya rebus kurma dengan sedikit air lepas kurma lembut baru saya buh susu)..Setelah lembut lenyek(tak perlu hancur)..Pukul butter dengan gula hingga kembang..Masukkan telur satu per satu dan terus memukul hingga adunan kembang..Masukkan esen vanilla dan pukul lagi..Masukkan buah kurma yang di lenyek tadi..Masukkan tepung bersama kismis,susu,serbuk koko..Pukul sebati..Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dan bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180c selama 45 minit @ hingga masak..

Monday, December 10, 2012

Kek pisang marble coklat



Sedap kek pisang ni letak coklat hik3..Resepi ni saya ambil dari sahabat facebook sis nilam asmar..Terima kasih sis sebab kongsi resepi sedap ni dengan saya..Jom intai resepinya

Kek pisang marble coklat

Bahannya

4 biji pisang masak
2 biji telur(saya guna gred A)
3/4 cwn gula
1 cwn minyak
1/2 cwn susu cair
(bahan-bahan ini semuanya di blend halus)

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 sb serbuk koko
(sy satukan bahan-bahan ni dan satukan)
1 sb coklat emulco

caranya

Bahan ayak tadi di campurkan ke dalam adunan yang telah di blender tadi dan kacau rata..(saya guna whisk tangan tu)..Selepas tu bahagi 2..1 adunan campur serbuk koko dengan coklat emulco dan buat lah mcm kek marble tu..Bakar adunan selama 45 minit di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170c..

Apam balik




Apam balik yang saya cuba ni best buh semua lebih baru sedap kalau beli kat luar inti dia ciput jer..hu3 tak puas nak makan.

Apam balik

Bahannya

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning
1 1/2 cwn air
1 biji telur
sedikit mentega untuk mengoles

Bahan untuk tabur

Kacang tanah
Jagung tin
Gula

Caranya

Pukul gula bersama dengan telur hingga kembang..Masukkan soda,baking powder,air dan pewarna..Mesin lagi hingga sebati..Masukkan tepung dan mesin lagi..Ok adunan dah siap..Oleskan mentega pd kuali dan tuangkan 1 senduk adunan kemudian nipiskan biarkan seketika dan sementara menunggu masak boleh lah taburkan bahan tabur atas permukaan adunan..Letak sedikit mentega atas bahan tabur..Apabila sudah cukup masak boleh lah lipat dua dan potong..

*maaf lah ye gambar kurang memuaskan kebelakangan ni hp dh nazak asyik anak bg jatuh jer..hu3 sian ibu nak ambil gambar masak2 pun susah tggu ler ada modal nak ganti baru..=)

Kek mabrle strawberry coklat cheese cake



Kek marble strawberry coklat cheese cake

Bahan-bahan A

250 gm cream cheese-di biarkan pada suhu bilik
60 gm gula aising
1 biji telur
2 sudu makan susu segar/cair
1 penutup esen vanilla

Caranya

Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati..Kemudian masukkan telur,susu segar dan esen vanilla..Pukul lagi hingga sebati dan creamy..Ketepikan..

Bahan-bahan B

250 gm butter
200 gm gula halus
4 biji telur
200 ml susu segar
250 gm tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder*
(ayak bahan bertanda*)
1 sk/ 5 ml coklat emulco
1 sk/5 ml strawberry emulco
sedikit pewarna pink

Caranya

Sediakan loyang yang di lenser dan alaskan kertas minyak..Panaskan oven pada suhu 170c..Dalam bekas yang bersih pukul bahan B..Pukul butter dengan gula hingga kembang dan berkrim/hingga berwarna putih..Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang dan gebu..Perlahankan speed masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis dan pukul lagi hingga sebati..Bahagikan kepada 2 adunan..1 adunan letak strawberry emulco dan warna pink..1 lagi letak coklat emulco..Tuangkan separuh adunan coklat ke dalam loyang kemudian adunan cheese yang telah di pukul pada awal tadi kemudian adunan strawberry..Ulang proses sampai habis..Setelah habis bakar dengan cara double boiled selama 1 jam @ sehingga masak..

Kek span coklat



Kek span coklat

sumber:-variasi hidangan berkeju

Bahannya

150 gm gula halus
15 gm ovalette
5 biji telur gred A
110 gm tepung kek*
1 sk serbuk penaik*
(ayak bahan bertanda*)
40 gm air
20 gm serbuk koko
1 sk emulco coklat/perisa coklat/
70 gm minyak masak/mentega cair

caranya

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan putih..Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang..Masukkan tepung yang di ayak pukul dengan speed perlahan untuk sebati kan bahan kemudian pukul dengan high speed selama 5 minit..Masukkan air yang telah di campurkan dengan emulco coklat dan serbuk koko..Pukul lagi selama 5 minit hingga gebu..Tuangkan minyak dan gaul perlahan-lahan dengan senduk hingga sebati..Sediakan tin bulat berukuran 8 inci griskan dan lapik kertas minyak..Tuang adunan dan bakar selama 45 minit @ hingga masak..Apabila masak telangkupkan 5 minit keluarkan dari loyang dan sejukkan..(dalam buku resepi ni tak tulis pula berapa suhunya mcm saya guna oven butterfly tu jd xtahu mcm mn nk gtahu suhunya)..

Kek paun coklat keju



Kek paun coklat keju

sumber:-variasi hidangan berkeju

bahannya
110gm keju krim
170gm mentega
250gm gula kastor(sy gunakan 180gm jer)
3 biji telur gred A
180gm tepung gandum*
1 sk serbuk penaik*
20gm serbuk kok*
(ayak bahan bertanda*)
100gm susu segar/UHT
1 sk esen vanilla
apa2 biskut hancurkan dan di gaul dengan sedikit mentega cair-ni sy tambah
acuan 8 inci-di gris dan di lapik kertas minyak

caranya

Biskut yang telah di gaul dengan mentega cair tekan2 dalam loyang(sy buat cm ni makna xletak kertas minyak..Kalau xbuh kena letak kertas minyak yer)..Pastu simpan dalam peti ais sekejap..Satukan keju krim,mentega dan gula..Putar hingga kembang dan berkrim..Masukkan telur sebiji demi sebiji dan di ikuti esen vanilla..Pukul lagi sampai kembang..Masukkan bahan ayak ke dalam adunan telur tadi berselang seli dengan susu..Gaul sebati..Tuang dalam loyang berisi biskut tadi..Bakar dalam ketuhar yang dah di panas kan ke suhu 180c selama 1 jam @ hingga masak..setelah kek masak boleh lah di tuang kan ganache coklat..saya ada tambah kacang gajus cincang atsnya..Selamat mencuba..

Biskut lapis cheese




Assalammua'laikum sahabat blogger2 saya..Lama juga saya tak update blog tentang resepi..Gambar dan resepinya banyak cuma agak malas nk update..he3..Resepi ni dari sis june ahmad..Cubaan kali pertama saya dapat agak nipis mungkin sbb loyang yang saya gunakan agak besar..Pada kali ke dua saya tambah kuantiti cheesenya baru puas hati tebal weihh..Jom intai resepi

Biskut lapis cheese

sumber:-June Ahmad

Bahannya

250 gram cheese(yang ni saya tambah jadi 500 gram baru tebal cam ni)
1/2 tin susu pekat
2 bungkus/peket biskut saltcheese(sy guna yang dlm tin tu suka2 hati je buh banyak mn sbb dh cheese banyak kan hu3)
nestum/oat tuk tabur(ni saya ada tambah serbuk coklat sikit tabur atas nestum lak)

caranya

Cream cheese yang telah di biarkan pada suhu bilik di pukul dengan susu sampai sebati..Susun biskut cheese dalam bekas yang di lapik plastik(supaya senang nak bw dia keluar nanti)..Ratakan cheese atas biskut yang di susun tadi..Taburkan nestum/oat tadi pastu tabur serbuk coklat..Ulangi proses sampai habis..Sejukkan dalam peti ais semalaman..Pastu boleh lah di potong dan di ngap..Boleh je kalau nak tabur milo ke horlick ker..Ikut suka hati kita jer..Selamat mencuba..

Thursday, December 6, 2012

Warkah Ulangtahun Perkahwinan Buat Suami Tersayang






Dengan nama allah ku mula kan butir bicara ini..Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu wahai suami ku yang di kasihi dengan penuh ketenangan hendahnya..Selawat dan salam untuk rasul junjungan pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Allah..Kesyukuran yang memenuhi bumi melangkaui alam ini ku persembahkan pada Allah kurnia yang tiada nilainya buat ku..Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan islam yang mendiami hati ku dan dengannya lah aku hidup dan mati..Inilah di namakan takdir Allah..Kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat akan tibanya di suatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi..Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta antara aku dan dirimu..Ijab dan qabul yang bersaksi sejak 5 tahun lalu dengan izin Allah kita masih memadu kasih mencari redha Ilahi..

Wahai suami ku yang ku cintai

Sudah 5 tahun perkahwinan kita di langsungkan..Cepatnya masa berlalu terasa bagai baru semalam di ijabkabulkan..Bila ku renung wajah putera dan puteri kita ku senyum sendiri..Inilah hadiah yang terlalu istimewa buat ku untuk mu..Terlalu banyak dugaan yang kita lalui untuk menikmati saat indah hari ini..Terima kasih ku ucapkan padamu atas kesabaran dan keteguhan hati mu melayari bahtera kehidupan bersama..Mudah-mudahan perkahwinan ini kekal bahagia dalam rahmat Allah sentiasa..Sama-sama lah kita jagai dan bajai rumah tangga kita agar sentiasa subur dengan rasa kasih sayang di antara kita,anak-anak dan maha pencipta..

Doa ku:- Ya allah jadikan lah kami ini pasangan yang bahagia lagi di rahmati selama-lamanya..Kurniakan lah kami keberkahan hidup kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga..Ya allah hiasi lah hidup kami dengan perasaan kasih sayang,cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya..Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami..Ya allah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit duka yang terpalit di antara kami ya allah..

Ya allah berkati lah kami berdua..Amin ya allah...

Suami ku,walau tiada hadiah yang dapat ku berikan padamu pada hari ulangtahun kita esok hari 8.12.2012 ku hadiah kan mu akan sajak yang telah lama ku simpan..



Dengan lafaz Bismillah 
aku memulakan bicara
menyusun kata buat kekasih hati iaitu suamiku

Kekanda
suami pujaan hati ku
di kala kedua bibirmu 
bergetar melafazkan akad
aku sudah pun meletakkan diri mu 
sebagai raja hati ku
mana mungkin ku mungkiri lafaz itu
kerana martabat ku kau
 lonjak kan ke persada mulia
 maruah ku kau junjung ke pucak pesona

dari saat itu jangan kau ragui cinta ku
kerana
jiwamu ada lah hidupku
nafasmu adalah nadiku
tawamu adalah kebahagiaanku
tangismu ada lah kedukaan ku

Suamiku
aku mohon padamu
damba lah aku seperti mana Adam mendambakan Hawa
hargailah aku seperti mana Syah jehan menghargai Mumtaz
nescaya aku akan setia kepadamu
sepertimana Laila setia kepada Majnun
mengagumimu sepertimana
Khadijah mengagumi RasulNya

Suamiku
tiada kata seindah bahasa 
dapat ku susunkan menjadi madah
tiada nada sebaik tuturmu
saat lidah kita bertingkah
tiada gambar secantik budimu
dapat ku ukir menjadi bingkai
tiada bicara selembut bayu
menyapa nurani menikam kalbu

Suamiku
bicaramu
sentuhanmu
renungan mu
membuat hati ini tenang
beradu di bawang payung mahligai
istana cinta yang telah kau bina
hantaran usia perkahwinan kita

Suamiku
sesungguhnya
dirimu SATU dalam SERIBU
tiada dua tiada tiga
aku benar-benar di ulit bahagia
hidup bersama mu
aku benar-benar bersyukur
menjadi kekasih awal dan akhirmu
cintamu
kasih mu
sayang mu
sesuci cinta MUHAMMAD kepada KHADIJAH
sebening kasih MUHAMMAD kepada AISYAH
selautan sayang MUHAMMAD kepada FATIMAH
bahagianya seorang isteri seperti aku
menghiasi kamar hati mu
mendiami mahligai kasih sayang mu

Suamiku

Semoga cinta kita mekar mewangi sepanjang hayat

nurkilan rasa untuk Rusli Ahmad
dari isterimu

Nik norsyella asyekin