Monday, August 22, 2011

PUDING ROTI PELANGI


PUDING ROTI PELANGI

by Nik Norsyella Asyekin on Friday, May 13, 2011 at 8:55pm
20 gm agar2
                  6 keping roti
                  6 sudu besar susu pekat
                  1 tin susu cair
                   2 biji telur
                   1/2 cawan gula
                   1 sudu teh pewarna hijau
                    1 sudu teh pewarna merah
                    1 sudu teh pewarna kuning
                    1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:- 1-Masak agar2 sehingga hancur dan masukkn gula.

                         2-kisar roti bersama susu cair dan susu pekat
                         3-kemudian masukkn telur dan kisar lagi
                         4-masukkn esen vanilla
                         5-masukkn bahan kisar ke dalam adunan agar2 tadi dan kacau hingga sebati dan pekat..
                         6-sesudah itu bahagikan kepada 3 bahagian iaitu hijau,merah,kuning dan yang asli.
                         7-masukkn adunan berwarna ini secara berselang seli ke dalam adunan asli.sejukkan..

ASAM PEDAS


bahan-bahannya

4 ekor ikan kerisi
lengkuas
halia
serai-dititik
daun kesom
3 kuntum bunga kantan
belacan
2 biji bawang besar
5/6 ulas bawang putih 
air asam jawa (ikut suka nak banyak mn)
cili kisar dalam 2 senduk nasi
terung
tomato
daun kesom

cara-caranya

kisar bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas dan belacan dan tumis bahan yang telah di kisar hingga naik bau.selepas itu masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan pecah minyak.selepas itu masukkan air asam jawa,bunga kantan,ikan serbuk perasa dan garam..akhir skl setelah ikan masak masukkn terung tomato dan daun kesom.

*Boleh di ganti dengan bendi.macam saya guna terung dan tomato sebab ada banyak dlm peti dari di buang baik campak je dalam asam pedas..he3*

AYAM MASAK DAUN KESOM


Ayam masak daun kesom

Bahannya

bahan-bahannya

1 ekor ayam (di potong kecil)
daun kesom
10 tangkai cili kering di mesin halus
4 ulas bawang putih-di tumbuk halus
6 ulas bawang merah-di tumbuk halus
kunyit hidup-di tumbuk halus
lada hitam-ditumbuk halus
halia-ditumbuk halus
asam jawa
air


cara-caranya

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau.msukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.masukkan asam jawa yang telah di gaul dengan air kacau masukkan ayam.biarkan ayam masak masukkn daun kesom garam dan serbuk perasa..siap untuk di hidangkan..

AGAR-AGAR GULA MELAKA


Agar-agar gula melaka

BAHAN-BAHANNYA:-
 
1 BUNGKUS AGAR2
7 CAWAN AIR
1 CAWAN GULA MERAH
1 CAWAN GULA PASIR
1 BIJI TELUR*
1 KOTAK SANTAN (YANG SEDANG BESARNYA)*

BAHAN YANG BERTANDA * KISAR BERSAMA..
CARA-CARANYA:-

DIDIHKAN GULA MERAH BERSAMA AIR(SAYA LETAK DAUN PANDAN SEKALI HIK3 IKUT RESEPI TUANNYA NI X DER LAK TULIS LETAK DAUN PANTAN)..KEMUDIAN TAPIS..DIDIHKAN AGAR2..MASUKKAN GULA MERAH DAN GULA PASIR..KEMUDIAN MASUKKN TELUR YANG DI PUKUL DENGAN SANTAN TADI DAN KACAU SENTIASA..DAH GELEGAK MASUKKAN DALAM LOYANG DAN SEJUKKAN..

PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Puding karamel tanpa telur

Bahannya

BAHAN A:- 2 SENDUK GULA-UTK GULA HANGUS
     
BAHAN B:-1 BUNGKUS AGAR2
                2 1/2 CAWAN GULA
               
BAHAN C:-1 TIN SUSU CAIR
                 2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
                 2 SUDU ESEN VANILLA
(CAMPUR KESEMUA BAHAN C DAN GAUL HINGGA SEBATI)

CARA-CARANYA:-

HANGUSKAN GULA CAM BUAT KARAMEL DAN KETEPIKAN..DALAM PERIUK DIDIHKAN BAHAN B GUNAKAN API YANG KECIL SETELAH AGAR2 TD NMPK DAH CAIR MASUKKN BAHAN C DAN KACAU RATA SEHINGGA ADUNAN NAMPAK LIKAT DAN PEKAT..MATIKAN API TUANG ADUNAN DALAM ACUAN YANG BERISI GULA HANGUS..BEKU KAN SEBENTAR DAN BOLEH LAH DI POTONG DAN DI HIDANGKAN..

SAMBAL GORENG TEMPOYAK


Sambal goreng tempoyak

bahannya:-

sengenggam ikan bilis-di basuh
sengenggam cili padi-di kisar
1 1/2 sudu besar tempoyak

cara2nya:-

tumbuk ikan bilis..setelah hancur pecah2 masukkan tempoyak dan tumbuk lagi..tumis ikan bilis yang telah di campur dengan tempoyak dan masukkan cili padi kisar..kacau sehingga masak..sedap di makan dengan nasi panas..

* sy mkn dengan ns dan ulam je kalau ada ni..ni adalah dr suami sy..suami yg ajar masak ni..*

STICKY CHICKEN WITH HONEY


 Stickey chicken with honey

bahan-bahannya:-

12 keping kepak ayam-belah 2 jadi 24(tapi sy xgn kepak sy bedal je mn yg ada)
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih-di cincang
1/2 inci halia-di cincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam(sy x guna serbuk sy tumbuk lada hitam sndr)
1 sudu besar sos ikan(sy xguna pun)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu sos cili
1.4 cawan madu

cara-carany:-

masukkan minyak dan goreng ayam begitu sahaja sehingga airnya kering dan berubah warna..masukkan bawang putih,halia dan ayam kacau dan goreng selama 5 minit..kemudian masukkan semua sos dan madu..kacau sekejap dan tutp kuali..selalu kacau supaya tidak hangit..kacau sehingga 15 minit @ sehingga semua ayam bersalut dengan sos..siap untuk di hidang..

AYAM PAPRIK



AYAM PAPRIK

BAHANNYA:-

BEBERAPA KETUL AYAM(IKUT SUKA HATI NAK BYK MN TP DI POTONG KECIL2)
KACANG PANJANG,BUNGA KUBIS,CARROT,JAGUNG MUDA DAN TOMATO(DI POTONG KECIL)
3 ULAS BAWANG MERAH*DI TUMBUK
1 ULAS BWG MERAH-DI BELAH 4
1/2 INCI HALI-DI HIRIS HALUS
1 BATANG SERAI-DI KETUK
BEBERAPA CILI PADI IKUT KEPEDASAN MASING2 SUKA-DI KETUK
4 SUDU BESAR SOS TIRAM
4 SUDU BESAR SOS CILI
2 SUDU BESAR KICAP PEKAT MANIS(SAYA GUNA JENAMA ABC)
3 HELAI DAUN LIMAU PURUT -KOYAK2KAN
2 SUDU TEPUNG JAGUNG-DI GAUL DENGAN SEDIKIT AIR
GARAM
1 CAWAN AIR

CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK TUMIS BAWANG DAN BAHAN KETUK DAN BAHAN HIRIS..SETELAH NAIK BAU MASUKKAN AYAM DAN GAUL RATA..SETELAH AYAM MASAK MASUKKAN SEMUA SOS DAN GAUL SEBATI..MASUK PULA SEMUA SAYURAN KECUALI TOMATO...MASUKKAN SEDIKIT AIR BERSAMA AIR TEPUNG JAGUNG TADI..AKHIR SEKALI BOLEH LAH MASUKKAN TOMATO DAN DAUN LIMAU PURUT..RASAKAN GARAM NYA..

PUDING BUIH


Puding buih

bahannya

1 paket agar2
1.75 liter air
9 sudu gula(tp saya guna 6 sudu je sbb nak mkn dgn kuah dia kan kuah dia pun manis)
1 helai daun pandan-simpul
6 biji telur gred A-asingkn putih dgn kuning dan simpan 1 biji kuningnnya utk di masukkn ke dlm kuah)
1 tin fruit cocktail-asingkn air dgn buah
pewarna dan paste ikut citarasa
2 sudu esen vanilla

cara2 nya

masak agar2 bersama gula air dan daun pandan..bila dah mendidih masukkn pewarna kacau sebati..bila dah betul2 masak tutup api..agar2 dah suam2 kuku boleh pukul putih telur hingga betul2 kembang mcm krim kek gitu jd nya..slps nmpk mcm krim kek baru masukkn kuningnya yang 5 biji td 1 per 1..pukul lagi hingga gebu segebu2nya..tuang agar2 di dalam pukulan telur tadi dan pukul lagi hingga betul2 sebati..letak lah dalam loyang setelah semuanya sebati

untuk kuahnya pula

bahannya

1 tin susu cair
2 tin air-guna tin susu cair
7 sudu besar gula-tapi saya guna 3 je tu pun dah manis
2 sudu besar tepung kastard-di bancuh dengan sedikit susu cair tadi
1 biji kuning telur-yang diambil dari 6 biji tadi
2 helai daun pandan-simpulkan
1/2 sudu kecil garam

caranya


masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih kuah ini hendak lah selalu di kacau supaya tidak berketul..bila dah mendidih dan pekat tutup api dan biarkan sejuk bila dah sejuk simpan dalam peti ais.

* bila nak makan potong puding buih letak kuah kastard dan hias dengan buah coctail tadi dan ngap lah..he3..


BIHUN GORENG TOMYAM


Bihun goreng tomyam

bahan-bahannya

1 bungkus bihun-rendam dan toskan
300 gram udang
300 gram ayam
3 ulas bawang putih-di ketuk
5 ulas bawang merah-di tumbuk
2 batang serai-di ketuk
2 kiub perencah tomyam(saya gn dlm paket)
cili api-bagi yang mahu pedas
1 biji telus
3 helai daun limau purut-koyak2kan
sayur kubis
carrot-potong memanjang
2 biji tomato belah 4
1 mangkuk air

cara-caranya

tumis bawang dgn serai hingga wangi..masukkan ayam dan kacau..masuk perencah tomyam goreng hingga pecah minyak..masukkn udang,air,garam..selepas itu masukkn pula sayur-sayuran,cili dan tomato..masukkn pula daun limau purut bila sayur sudah lembut masukkn bihun dan kacau hingga ramuan sebati..

Asam Rebus Kerang


Asam rebus kerang

bahan2nya


2 ikat keladi-di rebus dahulu dengan asam keping dalam 2 keping
2 kg kerang
1 ikat daun kesom
5 keping asam gelugur
5 biji cili merah*
20 biji cili padi*
5 biji bawang besar*
1 inci belacan*
5 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
(mesin bahan yang bertanda)

cara2nya:-

rebus keladi dahulu tapis dan letak tepi..panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di mesin tadi hingga naik bau..masukkan air,kerang dan asam keping..rasakan garamnya setelah kerang tu terbuka2 baru masukkan daun kesom dan keladi..sedia untuk di hidang.


petua:-hilangkn kotoran pada kulit kerang

ambil segenggam garam kasar masukkan ke dalam bekas berisi air yang mengandungi kerang..kemudian potong lebih kurang 3 sentitmeter dahan pisang dan gunakan ia untuk menggosok kulit kerang tersebut.hasilnya dapat di lihat dalam masa 2 minit..

AYAM MASAK PINDANG



bahan-bahannya

beberapa ketul ayam-goreng separuh masak
2 batang serai-di ketuk
1 helai daun kunyit
7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
tumbuk bersama bahan yang bertanda*
1 sudu besar cili kering mesin
1 keping asam gelugur
1 jag kecil air
1 sudu besar serbuk kunyit
beberapa biji cili padi

cara-caranya


tumis serai dengan bahan tumbuk hingga naik bau.selepas itu masukkn cili kering mesin serta serbuk kunyit dan kacau hingga pecah minyak..dh pecah minyak masukkan air,asam gelugur..masukkan ayam daun kunyit dan cili padi..biar hingga ayam betul2 masak..

*anda boleh masukkan tomato..tp sy malas nak ke kedai beli redah je xder pun xper jji hbs di mkn hik3..
WebRepOverall rating 

KEK COKLAT KUKUS


Kek coklat kukus

bahan-bahannya

1 biji telur
1 cawan gula-di blender halus
2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk coklat van hauten*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
(ayak bahan bertanda bersama)
1 tin susu cair
1 cawan minyak masak
1 sudu esen vanilla


cara-caranya


pukul telur dengan gula hingga gebu..masukkan esen vanilla,minyak dan susu pukul lagi..masukkan bahan yg telah di ayak bersama tadi sedikit demi sedikit dan pukul sebati..letak dalam loyang dan kukus lah hingga masak..cucuk dengan lidi utk pastikan ia sudah masak..kalau melekat lagi maknanya x masak lagi..jangan gunakan api yang besar nanti kek pecah di tengah..
WebRepOverall rating 

Puding Kastard Pelangi



Puding kastard pelangi

bahan-bahannya

25gm agar2 bertali
1/2cawan susu pekat*
1 tin susu cair*
3 sudu tepung kastard*
2 sudu kecil esen vanilla*
2ibiji telur*
3 keping roti gardenia-koyak2kan*
(blender semua bahan yang bertanda)
pewarna kesukaan masing2
4 sudu gula
daun pandan-simpul


cara2nya

masak agar2 bersama 1 jag kecil air daun pandan dengan gula sehingga hancur.setelah agar hancur masukkan bahan yg di blender td masak hingga pekat selalu di kacau agar tidak berketul..kemudian bahagikan kepada 3 bahagian..letak warna kesukaan masing2..letak sesenduk warna asal di tengah2 loyang kemudian warna merah di tengah warna asal kemudian warna hijau di tengah warna merah buat berselang seli hingga habis adunan td kemudian buatlah corak ikut cita rasa masing..sejukkan dan boleh lah di hidang..

PUDING ROTI MARBLE COKLAT


PUDING ROTI MARBLE COKLAT

bahan-bahannya

4 keping roti gardenia
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula(boleh di kurangkan)
2 sudu besar butter@marjerin-cairkan
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko@coklat emulco(saya guna van hauten)
2 biji telur

cara-caranya

didihkan 3 cawan air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan balance air td 1/2 cawan.kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 tadi.masukkan butter@majerin dan kacau rata sampai mendidih.matikan api..bahagi kepada 2 bahagian.1 warna asal 1 yg di campur dengan serbuk koko..*jika gunakan serbuk koko bancuh dahulu serbuk koko dengan air panas jadikan pes agar tidak berbiji-biji @ bergentel-gentel serbuk koko tersebut*..ambil sesenduk warna asal letak di tengah2 loyang.ambil pula sesenduk warna koko dan letak di tengah2 warna asal.buat ulang2 hingga habis.dah siap boleh lah di simpan di dalam peti ais setelah sejuk.


NOTA:-kemanisan puding sila ejas ikut selera masing-masing dan bagi yang kurang gemar berlemak kurangkan sukatan susu pekat..


KUIH BOM


bahan-bahannya

1 kilo tepung gandum
1 paket maripan
1 cawan gula
air masak sejuk

cara-caranya

campur semua adunan dan pukul guna kan senduk kayu hingga berbuih..bl dah nampak ia berbuih biarkan selama 1/2 janm nnt dia akan kembang dan buih jd banyak..panaskan minyak dan buat adunan bulat2 besar..basahakan tangan setiap kali bulatkan kuih..

PUDING ROTI KARAMEL


bahannya

3 sudu besar gula-utk di jadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur-di pukul manja dan tapis
2 cawan air suam
1 @ 1/2 cawan susu pekat manis-bergantung pada selera masing2
esen vanilla


cara

dengan mengguna kan loyang sediakn gula hangus..kemudian ketepikan panaskan pengukus..carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu..selepas itu masukkan teluar yang telah di pukul dan esen vanilla..kemudian maskkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus hingga masak


* gambar ni saja saya letak warna hehehehe..klu xletak warna jd warna putih ler..*

DAGING TEMAN TAPI MESRA



DAGING TEMAN TAPI MESRA

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, July 31, 2011 at 8:39pm
  1. 700 gram adging
  2. kentang-suka hati nk byk mn
  3. 5 ulas bawang merah*
  4. 4 ulas bawang putih*
  5. 1/2 incin halia*
  6. tumbuk bahan yang bertanda..
  7. 2 biji bawang besar-di potong bulat2
  8. 3 sudu besar sos tiram
  9. 2 sudu kecil lada hitam-yang di tumbuk halus
  10. 3 sudu kecil kicap pekat-saya guna jenama ABC
  11. kacang peas,cili merah


  • buang kulit kentang basuh potong dan goreng kentang dahulu ketepikan..panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau setelah naik bau masukkan sos tiram,lada hitam dan daging..kacau sebentar..bila daging empuk masukkan garam perasa akhir sekali masukkan kentang yg telah di goreng tadi dgn bwg besar yg di potong bulat bersama dgn cili yg di belah 2 serta kacang peas..


*untuk empukan daging saya letak air sedikit tp saya guna daging biasa yang murah jd sy rebus dahulu nnt ms letak air skit buh je air rebusan daging td..klu guna daging batang pinang xyah rebus dl sbb daging jenis ni mudah lembut..
 maaf ye gmbr ni kurang memuaskan lah pulak..hu3

PUDING ROTI PANDAN KUKUS



PUDING ROTI PANDAN KUKUS
bahannya

12-14 keping roti putih gardenia
3 helai daun pandan-dalam resepi tulis 15 helai sy try wat pahit
1 biji kelapa @ 100 ml santan kotak-sy try wat lembik jd sy guna separuh shj santan
5 cawan air-saya guna hanya 3 cawan
2 biji telur-saya guna 3 biji-di pukul ringan
1 cawan gula pasir-sukatan manis ikut selera masing2
1/2 sudu teh esen vanilla-saya guna 1 sudu
sedikit pewarna hijau
secubit garam

caranya

bersihkan daun pandan kerat kedil dan blender dengan santan tadi dengan air..tapis untuk dapatkan santan perisa pandan..dalam mangkuk besar masukkan telur gula pasir santan dan sedikit garam..kacau sekejap untuk melarutkan gula..masukkan esen vanilla pewarna dan kacau lagi..celupkan roti dalam campuran santan tersebut biarkan hingga meresap ke dalam roti dan susun dim loyang..buat hingga habis dan tuang lebihan santan di ats susunan roti tadi..kukus roti tadi dalam 15-20 minit..sejukkan dahulu baru di potong dan sedap di makan..


*percubaan kali ke dua baru menjadi sebabnya percubaan pertm ikut resepi asal*
WebRepOverall rating 

DAGING MASAK HITAM


DAGING MASAK HITAM

bahannya

500 gram daging
1 biji bawang besar-hiris bulat
50 gram kerisik
garam,gula dan perasa-saya tak guna gula sbb dlm kicap manis dh manis kan

bahan perap

10 tangkai cili kering-saya guna 2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah-saya guna separuh bawang besar krn bawang besar lebih manis dari bwg merah
1 ulas bawang putih-saya guna 3 ulas
1/2 inci halia

kesemua bahan ini hendak lah di kisar

*1/2 sk ketumbar
*1/2 sk jintan manis
*1/2 sk jintan putih
*1/2 sk lada hitam

bahan yang bertanda * sangai dan blender halus..guna blende yg khas utk blender bahan2 ni..

1 sb sos tiram-saya guna 3 sb
1 sb sos cili-saya tak guna sbb xde mls nk ke kedai hehehe
1 sb soso tomato-sama juga saya x guna
3 sb kicap pekat manis-saya guna 6 sb dan jenama ABC
gula merah secukupnya


*caranya*

perap daging bersama bahan perapan selama 30 minit(saya perap selama 3 jam)..panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging perap tadi dan kacau sebati..masukkan air untuk melembutkan daging..setelah daging lembut masukkan kerisik dan gaul rata..perisakan daging..masak sehingga kuah agak pekat dan agak kering..sedia di hidang..


*masa perap saya dah perisakan siap2 daging..saya guna garam hanya secubit sebab sos tiram pun dh ada garam..saya x letak gula putih dah sbb kicap pekat ABC dh manis dan dh ada gula merah..mmg sm rsnya mcm daging hitam ibu saya..selamat mencuba pd kwn2 semua..*
WebRepOverall rating 

KEK KARAMEL COKLAT MOIST



KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Bahannya

4-5 sb gula....buat gula hangus.msukan 3 sb air...kacau sbati n tuang dlm loyang

PUDING;

1tin susu cair
1cup gula...ikut suka manis,sya kurangkan ckit
4biji telo
1sk vanila

panaskan susu n gula.Pukul telo +vanila..msukan susu panas pelan2..kacau sbati.tapus n msukan dlm loyang gula hangus.KUKUS 15-20min

KEK;

1cup tpung kek/tpung gndum
1cup susu pekat
1cup gula
1cup srbuk koko
1cup minyak

4biji telo 1sb baking powder


masak minyak,susu,gula,srbuk koko smpi sbati n likat...guna api pelan.Pukul telo smpi kmbang.Tpung + baking d ayak n msukan dlm telo..gaul sbati n msukan bahan yg d masak ...gaul sbati..tuang dlm loyang puding n KUKUS lgi 50-60min...


**ni main copy paste je ni..hehehehehe malas lak nak taip satu2..huhuhuhuhu apa2 pun mmg sedap kek ni selamat mencuba pada semua yer**
WebRepOverall rating 

AYAM MASAK KUNYIT



AYAM MASAK KUNYIT

bahannya

1 ekor ayam-di basuh bersih
2 batang serai-di ketuk
1 sb cili kering kisar-saya guna 2 sb
2 sb serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
kentang ikut suke nk banyak mn-saya xbuh sbb terlupa
garam perasa
air
cili padi-ikut suka banyak mn
2 helai daun kunyit-di racik


bahan kisar bersama

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 potong halia-sebesar ibu jari

caranya

ayam yang telah di cuci gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit ketepikan..panaskan minyak tumis serai hingga naik bau baru masukkan bahan kisar iaitu bawang dahulu..setelah nampak bahan kisar bawang masak masukkan cili kisar..tumis hingga pecah minyak..setelah pecah minyak baru masukkan ayam dan gaul lagi..kemudian masukkan air..terpulang banyak mana air yang anda ingin kan..kalau ingin berkuah banyakkan sedikit airnya..masukkan asam dan bahan perasa..akhir sekali masukkan cili padi dan daun kunyit..


*rasa masakan ini lebih kurang seperti masak pindang cuma perbezaannya ialah masak ini agak pekat kuahnya dari masak pindang..

PUDING COKLAT SOS KASTARD.


bahannya

10 g serbuk agar2-saya guna 25 gram agar2 bertali
500 ml susu segar
250 ml susu cair-saya guna 1 tin
100 ml air
3/4 cawan gula-saya guna hanya 3 sb gula
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko-di bancuh dengan air panas
1 sb tepung kastard-saya guna 2 sb-di bancuh dengan 4 sb air
1 sb mentega-cairkan
1 sk esen vannila

caranya

larutkan agar2 bersama gula dan air..kemudian masukkan susu segar,susu cair,susu pekat..kacau sebati dengan api perlahan..setelah itu masukkan koko,esen vannila.tepung kastard dan mentega sebatikan..bila dah semua adunan sebati dan masak tutup api tuang dalam bekas bersesuaian..

bahan sos

2 cawan susu segar/susu cair-seeloknya di campur bersama tp td sy guna susu segar jer jd rs nyer kurang lemak..hu3
2 sb tepung kastard-saya terlebih sesudu
4 sb gula
1 sk esen vanilla
secubit garam

caranya

satukan semua bahan dan kacau hingga tepung larut..kemudian panaskan di atas api yg perlahan hingga sos kelihatan pekat dan likat tutp api dan tuang dalam acuan puding tadi..sejukkan dahulu baru di masukkan di dalam peti ais..

RENDANG PINDANG



RENDANG PINDANG

bahannya

ayam ikut suka nak banyak mana
5 batang serai*
6 ulas bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
5/6 biji cili padi*

(kisar bahan bertanda bersama2)

1 cawan santan
2 keping asam gelugur
beberapa helai daun limau purut
garam,gula dan perasa



caranya

panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan ayam dan gaul rata..bila ayam sudah hampir masak masukkan santan dan gaul sebati..masukkan asam gelugur,garam,gula dan perasa..akhir sekali baru di masukkan daun limau purut..masak hingga kuah pekat..

utk lembutkan ayam sebelum masuk santan masukkan air dahulu..klu air berlebihan nnt biar hingga agak kering baru di masukkan santan..
WebRepOverall rating 

JUS KURMA



JUS KURMA

bahannya

12-15 biji kurma lembut-saya guna yusuff taiyob
200ml susu segar-saya guna 1 tin susu cair lebih sedap dan lemak
gula sesudu

caranya

buang biji kurma dan letak air kalau boleh hingga tenggelam kurma tersebut..masukkan gula dan masak di atas api sederhana kecil..kacau hingga menjadi puree kurma..setelah kurma menjadi puree blender puree tersebut dan akhir sekali masukkan susu dan di blender sekali lagi..

masa hendak di minum letakkan ais..memang rasa segar jer..

DAGING GORENG ALA KAPRAU



DAGING GORENG ALA KAPRAU

Bahannya

250 gram daging batang pinang/ayam
2 sb paste tomyam
cili api di ketuk-ikut kepedasan
2 labu bawang besar-di belah 8 dan cerai2 kan
1 sb sos cili-saya guna sos cili thai
daun selasih/daun limau purut
3 sb kicap pekat-sy gn jenama ABC

cara2nya

perap daging bersama paste tomyam selama 1/2 jam..kemudian panaskan minyak dan tumis bawang hiris kemudian masukkan cili api..setelah agak garing masukkan daging perap dan goreng hingga daging kecut..kemudian masukkan kicap,sos dan terus goreng lagi..masukkan daun selasih/daun limau purut dan rasakan daging..


resepi asal ni dr sahabat fb sy iaitu kak jee..time kasih kak mmg sedap..

APAM MAR MAR



APAM MAR MAR

Bahannya

250 gram tepung naik sendiri
200 ml santan
200 gram gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau

Cara membuatnya
Satukan semua bahan kecuali pewarna
Pukul dengan speed perlahan sehingga sebati
Kemudian lajukan speed dan putar hingga kembang dan pekat
Bahagi adunan kepada 3 bahagian
1 adunan bubuh warna hijau,1 adunan bubuh warna merah dan 1 adunan dibiarkan asal
Dalam loyang yang sudah disapu minyak,bubuh adunan secara berselang-seli
Gunakan spatula atau tangkai sudu,buat pusingan satu arah sebanyak 1 atau 2 kali(untuk mendapatkan corak)
Kukus selama 45 minit
Biar sejuk baru boleh dipotong

sy ltk warna yg ada.hehehehe selamat mencuba pd shbt2 sy mmg xrugi cb sbb gebu jer...

UMAI GAYA SARAWAK


UMAI GAYA SARAWAK

bahannya

5-6 ekor udang saiz sederhana-buang kulit belah belakang dan buang urat nya kemudian cuci hiris nipis2..
(saya guna 10 ekor)
1 biji bawang besar*
3 biji cili padi-ikut kepedasan*(hiris halus bahan bertanda)
1 sb cuka
5 biji limau kasturi-ambil jusnya
sedikit garam dan gula
sedikit hirisan daun sup,daun ketumbar,serai dan daun kunyit

bahan tumbuk

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
1 biji cili merah


caranya

udang tadi gaul dengan sedikit garam dan jus limau kasturi..rehatkan sebentar..kemudian gaul udang tadi dengan bahan tumbuk dan bahan yang lain2 gaul rata dan perap selama beberapa jam dalam peti sejuk..udang tadi akan berubah ke warna putih dan telah masak semula jadi sebab tindak balas jus limau kasturi dengan cuka tadi..


p/s bg sesiapa yang tidak suka dengan bau ketumbar jangan letak yer..

WebRepOverall rating