Monday, June 23, 2014

BISKUT SARANG SEMUT



Sumber :- Ha sue

Bahan-bahan

• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 s/teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan
>hasue tambahkan pewarna kuning

Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata ,tambahkan pewarna
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

DONUT GEBU DAN LEMBUT



Sumber :- Kak Azie Kicthen

Donut Gebu Lagi

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

Pssstt..sy rehat kan sekejap tapi terleka tgk tv lebih kurang 1/2 jam doh rehat jd kembangnya xyah cakap lah..sememangnya donut ni mmg gebu lembut walaupun dah sejuk..terima kasih pd sumber resepi..sy suka sesgt..halalkn resepi kak ye..

Wednesday, June 18, 2014

KAU YANG KUPANGGIL MAMA


Mama..
    Setiap keringat yang mengalir dari tubuhmu memberi seribu kesenangan,seribu kebahagiaan untuk keluarga tersayang.Penat lelahmu tidak pernah di hiraukan.Sebagai orang tua yang bertanggungjawab,dirimu mendidik dan mahukan setiap anak-anak mu berada di landasan yang sebenar.
    Aku di besarkan dengan rotan namun aku tidak pernah menyalahkan mama kerana aku tahu apa yang di lakukan untuk menjadikan aku sebagai insan berguna di masa depan.Hajatmu mama ingin mengerjakan haji sebelum nyawa terpisah daripada badan.Doaku mama,mudah-mudahan akan tercapai apa yang di hajati.
 Mak...
     Setiap leteran dan bebelan mu mendatangkan rasa cuak dan jemu.Tapi dirimu mak,sentiasa bersabar dengan karenah,kenakalan dan kejahatan anak-anakmu.Perut kami sentiasa kekenyangan dengan air tangan mu mak.Pakai kami di urus dengan sempurna.

Mama dan Mak..
      Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat ku membalasnya.Kesal aku kerana tak dapat menyenangkan kalian.Kesal aku tak dapat membahagiakan kalian.Walaupun aku tahu setiap jasa dan pengorbanan kalian tak akan terbalas olehku.Namun aku tahu bukan wang ringgit yang di harapakan tetapi cukup dengan doa yang di hadiakn oleh seorang yang bergelar anak.Hanya satu yang dapat ku katakan.Sungguh mulianya hati kalian..

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN


Setiap pertemuan ada perpisahan
Itu lumrah kehidupan
Sama ada berpisah hidup
Atau berpisah mati
Ia pasti akan terjadi

Biasanya pertemuan itu indah
Saat-saat yang manis untuk kita
Detik-detik manis yang membuatkan kita
Tersenyum bahagia meniti
Hari-hari yang mendatang

Namun berbeza pula dengan perpisahan
Saat-saat iu sangat pahit untuk di terima
Detik-detik yang membuatkan kita
menderita memendam rasa
Berharap agar hari malang segera berlalu

Itulah lumrah kehidupan
Walau apa pun terjadi
Pertemuan dan perpisahan
Tetap akan datang dan pergi 
Dalam hidup seseorang

DI SAAT AKU KESUNYIAN


Di saat aku kesunyian
Ku terkenangkan saat
Terlerainya sebuah ikatan
 
Benarlah kata hatiu
Yang di tinggalkan itu
Lebih sepi daripada yang pergi

Kehadiranmu merawat 
sebuah keindahan
Tanpamu membawa seribu kesepian
Bersamamu ku ukir senyuman
Tanpamu hatiku rebah ke bumi sepi

Namun apalah daya diriku ketika itu
Kini cuma tinggal kenangan
Cinta yang tersulam
Terlerai layu sebuah percintaan

Walaupun kini hatiku telah
di miliki oleh insan lain
namun kenangan bersamamu
Tetap kekal di hati ku

Biarlah ku menghantar
Isi hati ku melalui angin
Ia akan membisik kepadamu
Betapa sucinya
Cintaku terhadapmu ketika itu...

Kesunyian yang mengcengkam jiwa


Sepi diri ini tatkala kau pergi
Jiwaku kosong tak bererti
Lemah tubuhku longlai sekali
Mendengar perkhabaran duka itu

Isteri yang kau cintai
Mengapa takdir memisahkan
Kita buat selamanya
Mengapa sayang

Sedangkan aku dan anak-anak
Masih memerlukan kasih sayangmu
Aku dan anak-anak amat berasa
Kehilanganmu sayang

Namun aku sedar sayang
Takdirmu pergi lebih awal
Masamu telah tiba
Kau di jemput Maha Pencipta

Isteri yang amat aku cintai 
Damailah engkau di sana
Akan ku jaga benih-benih cinta kita
Agar mereka menjadi insan yang berguna

Aku lebih rela menyendiri
Di dunia ini di temani anak-anak
Doaku agar kita bertemu 
Di syurga yang hakiki

BISKUT NESTUM



SUMBER : KAK RR

BAHANNYA

1 cwn tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
ayak bahan di atas

1 cwn nestum kisar
1 cwn nestum xyah kisar
125 gm butter
1/2 cwn gula kastor
1 sk vanilla
telur sebiji
1 mangkuk nestum utk di golekkan adunan nnt(sy guna 1/2 mangkuk je)

Caranya

pukul butter dgn gula sampai sebati..masukkan vanilla dan telur lalu sebatikan..masukkan tepung,nestum kisar dgn xkisar td ke dlm adunan..kemudian bulat2kan golek dlm nestum dan tekan dengan garfu letak ceri dan coklat chip bakar 150c selama 20 minit..

sy xde pun ceri dgn coklat chip hentam mn yg ada je..kikikikiki jji sdp..