Thursday, April 18, 2013

Kek Keju Jeli Koktel





Bahannya

untuk lapisan biskut

200 gm biskut Marie-di kisar halus
100 gm mentega- di cairkan

Lapisan kek

250 gm keju krim
200 ml krim putar tenusu(uht whipping cream)
15 gm gelatin halal
60 gm air
80 gm gula kastor

Lapisan jeli

5 gm serbuk agar-agar
100 gm gula kastor
500 ml air
1 tin buah-buahan campuran-fruit cocktail

caranya

Satukan bahan lapisan biskut dan gaul sebati..Ratakan pada acuan tin springform bersaiz 8 inci dan tekan padat..Masukkan dalam peti sejuk 30 minit..

Untuk lapisan kek:Krim putar di pukul hingga kembang dan pekat..Simpan sebentar dalam peti sejuk..Pukul krim keju dan gula hingga berkrim..Gelatin dan air di satukan dan panaskan atas double boiler hingga cair..Sejukkan sebentar hingga suam dan masukkan dalam adunan keju tadi..Kacau sebati..Masukkan krim putar tadi dan gaul sebati..Masukkan 1/2 tin buah-buahan(tanpa air) dalam adunan lapisan kek..Gaul rata..Tuang atas lapisan biskut dan ratakan..Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam supaya ia keras sedikit..

Untuk lapisan jeli:Satukan serbuk agar-agar,gula dan air..Biarkan ia menjadi suam..Taburkan separuh buah-buahan atas kek yang telah keras tadi..Tuangkan agar-agar yang suam ke atasnya..

* nmpk tak ada putih2 atas agar-agar tu kan kes tak sabar punya pasal..tak sempat suam dah tuang..huhuhuhu

Teh Arab


Bahan-bahan

Bahan2 (untuk 4 orang)
1 uncang serbuk teh ( saya guna boh/lipton)
4 sb gula (ikut citarasa)
8 biji buah pelaga
12 biji bunga cengkih
15 helai daun pudina
1 liter air panas

Caranya


Masukkan air ke dalam jug.
Campurkan uncang teh dan gula. Kacau hingga gula hancur.
Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan daun pudina. Kacau seketika.
Hidang ketika masih panas....(saya guna ais)


Jangan lupa tolong klik iklan ye kwn2..

Thursday, April 4, 2013

Sambal terung ikan bilis




Sambal terung ikan bilis

Bahannya

terung-kupas kulitnya dan potong kecik2
1 mangkuk ikan bilis-di goreng
2 labu bawang besar-racik kasar

Bahan tumbuk

15 ulas cili padi-nak pedas tambah lagi ye
1 ulas bawang putih
3cm belacan
3 ulas bwg merah-sy guna 1 labu bawang besar
(tumbuk lumat semua bahan di atas)
sedikit air asam jawa
garam,perasa dan gula sedikit

caranya

tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau..masukkan bawang besar tumis bagi layu..masukkan terung dan air asam jawa garam perasa dan gula bagi balance rasa pedas sambal ni..biar terung masak lembik la nampaknya baru masukkan ikan bilis..gaul-gaul tutp api..dah siap..

resepi ni sy dapat dari mak long tipah..mak long guna terung asam..sy xder terung tu guna terung pepel tu..

Apam Gula perang



Apam Gula Perang

Bahannya

1/2 kg tepung gandum
1 cwn air
1 peket yis-di rendam dengan 1/2 cwn air suam biarkan dalam 10 minit
1 1/2 cwn gula perang
kelapa parut

Caranya

Tepung dic ampur dengan air,gula dengan yis dan kacau sampai tak bergentel..Biarkan sampai 40 minit @ sampai naik 2x ganda..Lenserkan loyang dengan minyak sikit tuang adunan dan kukus adunan 40 minit @ sampai masak..tutup loyang tu lapik dengan kain tak nak bagi air menitik tau..

*rajin2 tolong klik iklan ye shbt2

Kek Coklat Mocha



Kek Coklat Mocha

Bahannya

Bahan A

6 biji putih telur
200 gm gula halus
1 sb ovalette
1 st garam

Bahan B-ayak

250 gm tepung gandum
1 sb baking powder
50 gm santan serbuk

Bahan C

100 ml santan pekat-sy guna jenama M&S kotak kuning
1 sb esen vanilla
90 gm mentega cair
2 sb susu pekat manis

Bahan D

1 sb coklat emulco
1/2 sb mocha emulco

Caranya

Bahan A:-Pukul putih telur dengan speed perlahan hingga berbuih kemudian baru masukkan gula,garam dan ovalette..Putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih berkilat dan kental..Kemudian masukkan bahan B kaup balik hingga rata..Masukkan bahan C dan kaup balik lagi hingga rata..Bahagikan adunan kepada 3 bahagian..1 bahagian coklat 1 bahagian mocha dan 1 bahagian asal..Kemudian tuang berselang seli dalam loyang bergris dan bakar selama 1 jam dgn suhu 170c ikut suhu masing2..

#Asalnya resepi ni kukus tapi di sbbkn malas nak kukus jadi saya bakar je..kalau nak kukus kukus selapis2 tau..em jangan lupa klik iklan ye kwn2..

Monday, April 1, 2013

Apple Crumble



Bahan-bahannya

5 biji epal merah/fuji epal1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 sudu besar gula perang

Cara-cara:

Gaul sebati semua bahan dan ketepikan

Bahan Crumble:

1 cawan tepung gandum
80gm butter sejuk - didadu kecil
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan nestum
sedikit garam

Cara-cara:

 Gaul ramas semua bahan sehingga menjadi breadcrumbs. Glisskan loyang 8"x8"x3" dengan butter. Letakkan  bahan-bahan filling dalam loyang tersebut kemudian di tabur rata-rata crumbles di atasnya. Bakar selama 35min pada 175 C. Sedia di hidang dengan kastard atau aiskrim vanilla.

#Dalam resepi ini tidak ada adunan pastri di bawah. Tapi saya sertakan adunan pastri yang saya agak-agak sahaja sebab kalau tak letak pastri tak best..

Bahan untuk pastri:

tepung gandum
minyak masak
garam

Cara-cara:

Gaul semua bahan sehingga menjadi doh dan terapkan di dalam loyang. Kemudian letakkan filling dan crumbles.

Kastard vanilla:

1 tin susu cair
1 tin air
2 sudu besar tepung kastard
4/5 sudu besar gula
1 penutup esen vanilla

Cara-cara:

Satukan semua bahan-bahan dalam periuk dengan api yang perlahan sehingga pekat. Hidangkan dengan apple crumble.