Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Capati


Sumber che mat gebu
Capati

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  2. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
  3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
  4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....

Thursday, December 11, 2014

ROTI KENTANG



ROTI KENTANG

BAHANNYA

135 ml air sejuk- air peti ais
3/4 sk garam
30 gm mentega
1 bj telur
60 gm ubi kentang-saya guna 3 biji di rebus dan di lenyek baru di timbang
300 gm tepung roti/tepung gandum serbaguna
1 sb susu tepung
100 gm gula
2 sb yis
1 sb shortening

CARANYA

Tepung gandum di letak kan di dalam bekas buat lubang di tengah dan letak kan mentega,shortening,telur,susu tepung,garam,gula,yis dan kentang..Gaul rata dengan tangan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit lalu di uli hingga doh tak melekat di tangan..Kemudian perap..Tutup bekas dengan kain basah..Sementara tu blh lah kita masak kastardnya

KASTARD

250 ml susu cair/susu segar
1 bj kuning telur
1 sb tepung kastard
sedikit esen vanilla
6 sb gula pasir

CARANYA

Masak semua sekali hingga likat dan pekat lalu di sejukkan..Kemudian ada balance telur putih tadi di kocok dengan garfu sikkit bersama susu..Bila adunan tepung dah naik bulat2kan lalu susun dalam loyang lalu di ambil telur susu tadi dan di sapu atas doh..Kemudian ambil kastard td picit atas doh ikut kreativiti masing2..Kemudian tunggu hingga naik lagi..Adunan dah naik bakar pada suhu 190c selama 25 minit @ hingga masak..

Thursday, September 18, 2014

Sandwich Giada



Saya namakan dia sandwich giada sbb resepi ni dr rancangan giada at home..Memang sedap buat camni..

Bahan2nya

Roti gardenia-sapu butter
Asparagus
1 biji bawang putih-cincang
Tomato kecil di belah 2
1 biji telur
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
keju
hirisan ayam turki
Basil

Caranya

tumis bawang putih dahulu hingga naik bau baru masukkan asparagus gaul rata..masukkan secubit garam sesudu kecil serbuk lada hitam dan putih gaul rata lagi masukkan tomato..Ketepikan sayur pecahkan telur..Tutup api..Ambil roti yang di sapu butter letakkan hirisan ayam turki lepas tu baru letak adunan sayur kemudian cheese dan bakar dalam oven sampai cheese cair..Maaflah sy guna oven butterfly jd  tak tahu berapa suhunya..

Cinnamon Roll



Assalammua'laikum sahabat semua..Agak lama saya tak update blog ni kan..Kini saya kembali dengan resepi yang saya cuba dr kak azlita masam manis..Terima kasih kak dengan resepinya..First time saya makan cinnamon roll sedap sangat..Halakan ye kak resepi saya ambil..

CINNAMON ROLLS
Sumner : Majalah SEDAP

400 gm tepung gandum protin tinggi
1 sudu teh mauripan
25 gm gula pasir
20 gm susu tepung
1 biji telur
200 ml air sejuk                                                                            

75 gm mentegar tawar
1 sudu teh garam
75 gm coklat masakan putih, cairkan utk hiasan(saya tak letak sbb tak ada)

Bahan sapuan
50 gm mentegar tawar, lembutkan
50 gm gula merah
1/2 sudu makan serbuk kayu manis
100 gm kismis
sedikit chery merah dan hijau dipotong dadu - ita tambah

Cara2 nya

Campurkan tepung gandum, mauripan, gula pasir dan susu tepung. Kacau rata.
Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli hingga tidak melekat ditangan. masukkan mentegar tawar dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan (tumbuk2 kan)
Canai nipis adunan 40 x 25 cm
Sapukan dgn mentega tawar. Taburkan gula merah. Ayak serbuk kulit kayu manis dan taburkan kismis (ita taburkan sekali Chery merah dan hijau). gulung sambil dipadat2kan. Potong setebal 2 cm. 
Letakkan di loyang 24 x 24 x 4 cm yg dialas kertas roti dan disapu majerin
Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
Bakar selama 20 minit dgn suhu ketuhar 190C. Hiaskan dgn coklat masakan putih.

Thursday, May 1, 2014

Roti sayur



Roti sayur

Sumber giada at home
sumber ke 2 nik norsyella asyekin

Bahannya

1 ikat bayam basuh dan ptg
2 ulas bwg putih cincang
2 slices turkey di dadu
keju cheddar keping
mayonis

caranya

tumis bwg putih hingga naik bau masukk slice turkey..slps tu msukkn bayam n garam..dah layu angkat letak atas roti yang di sapu mayonis dan ltkkan bayam td kemudian sy tmbh sos n letakkan keju..boleh lah di bakar di dalam oven..kwn2 sy guna oven butterfly jd sy xtahu suhu mcm mn bakar smpi keju tu cair je ye..

Tuesday, April 8, 2014

Sandwich Telur Keju






SANDWICH TELUR KEJU
Resipi : Ayu Jalinan Rasa

BAHAN-BAHAN:
8 keping roti
2 biji telur - goreng hancur
4 keping keju

BAHAN LAIN:
Serbuk roti secukupnya
Sebiji telur - dikocok

CARA-CARA:
1. Ambil sekeping roti, letakkan telur hancur hingga rata, letakkan keju diatasnya dan lapiskan dengan sekeping roti..
2. Potong dua (bentuk segitiga) @ boleh juga guna sandwich cutter (kalau ada).. Buat hingga habis..
2. Celup di dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti..
3. Panaskan minyak.. Goreng dengan api perlahan hingga berwarna keemasan..
4. Sedia untuk dimakan begitu sahaja atau cicah bersama sos dan mayonis..

Jejari Ketam Gulung



JEJARI KETAM GULUNG
Resipi : Ayu Jalinan Rasa

BAHAN-BAHAN:
10 batang jejari ketam - direndam dalam air panas beberapa minit
5 keping roti
1-2 biji telur gred A - dikocok macam nak buat telur dadar
Serbuk roti oren secukupnya

BAHAN PELEKAT:
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit air
*bancuh kedua²nya hingga sebati

CARA-CARA:
1. Gelek roti hingga nipis dan potong menjadi 2 bahagian..
2. Ambil 1 bahagian yang dah dipotong tadi, letakkan jejari ketam, gulung dan sapukan bahan pelekat dihujung roti..
3. Ulang langkah 2 hingga habis kesemua roti..
4. Celupkan roti dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti dan goreng dalam minyak panas hingga keperang²an.. Angkat dan hidangkan bersama sos cili & mayonis.

Murtabak Roti



MURTABAK ROTI
Resipi : http://www.myresipi.com/top/detail/18741
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan: ( 2 org )
4 keping roti - Ayu guna lebihan roti dari 8 keping roti
½ biji bawang besar - dihiris nipis
2 biji telur (sy guna size kecik) - Ayu guna 3 biji telur Grade B
Garam secukup rasa
Butter (nk guna margerine pun xpe)

Cara-cara:
1. Pecahkan telur dan gaulkan bersama bawang dan garam. (Ala2 nak buat telur dadar). Ketepikan.
2. Potong kepingan2 roti jadi dadu.
3. Panaskan kuali dengan butter. Guna butter secukupnye untuk menggoreng.
4. Bila kuali dah agak panas, baru masukkan roti tadi ke dalam bekas telur. Gaul sebati. Jangan lama sangat proses ni, sebab kita tak nak roti tu resap telur tu banyak sangat. Then, terus tuang dlm ceper or kuali tadi.
5. Guna api kecil, tak nak hangus kat luar, tak masak kat dalam. Dalam 10 minit, boleh la balikkan ia. Dah nmpk kekuningan, siap!
6. Sedap dimakan bersama cili sos. Selamat mencuba!

Wednesday, March 5, 2014

Jejari Roti Telur


Sedap buat cmni anak2 semua igt nugget..kikikikikiki


Sumber kak ayu jalinan rasa

Jejari roti telur

bahannya

BAHAN-BAHAN:
5 keping roti - digelek hingga nipis dan dibelah 2
Sebiji telur grade A
Serbuk roti oren secukupnya

CARA-CARA:
1. Ambil roti, celup di dalam telur & salutkan dengan serbuk roti..
2. Goreng dalam minyak panas hingga keperangan²an, angkat dan hidangkan bersama sos & mayonis.

Friday, October 19, 2012

Roti Sosej Cheese

Untuk kali ni saya cuba resepi roti lak..erm di gulung sosej dengan cheese..sedap tau darling2 semua..dan di sebabkan tergoda saya pergi pasaraya beli bahan2 dan sarapan pagi ini lah yang saya hasilkan..jom intai bahannya..



Roti Sosej Cheese

Bahannya

5 batang sosej
5 keping roti sandwich(sy guna mcm pemilik asl resepi ni roti gardenia)
2 putih telur di pukul sedikit
serbuk roti secukupnya
1 biji kuning telur
sos kegemaran anda(sy guna sos cili dengan mayonis)

Caranya

Celur sekejap sosej dalam air mendidih toskan dan biar sejuk..Roti di buang sedikit bahagian tepinya(kerak) kemudian canai sedikit dan biar sama saiz dengan ukuran sosej..Buat semua hingga siap..Ambil sekeping roti letak cheese sekeping kemudian letak sosej..Gulung dan lekatkan guna kuning telur..Buat semua sampai siap..Celup roti dalam putih telur golekkan dalam serbuk roti kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golek sekali lagi dalam serbuk roti tu..Buat semua hingga siap..Kemudian goreng dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana hingga kekuningan..Jangan goreng lama sangat..Angkat dan toskan..Kalau ada yang tak faham dengan cara2nya boleh tengok di http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-sosej-roll.html

Monday, September 24, 2012

BREAD PUDING





Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Saturday, May 26, 2012

LAPIS ROTI BERDAGING

sedap gak makan macam ni..anak2 suke..thanks pd kak ayu sebab kongsi resepi nie..tp xder ler secantik tuanya buat..he3..tp sedap kak ayu..pd rakan2 sy yg belum freind dgn kak ayu ni resepinya..izinkn saya copy paste ye kak ayu..

LAPIS ROTI BERDAGING
Sumber Resipi : umi_e@myresipi (http://www.myresipi.com/top/detail/749)
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
(Ayu guna loyang bersize 21cm x 14cm x 8cm)

3 biji kentang di potong dadu
500 gm daging cincang (Ayu guna daging ayam cincang + 2 keping daging ayam burger + 3 batang sosej yang Ayu blend utk dapatkan kuantiti 500gm)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - Ayu guna keju cheddar
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan susu+telor+secubit garam. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas-ramaskan kesemua roti tadi
4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
5. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
6. Ulangi proses di atas dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat (Ayu bakar guna oven dengan suhu 180°C & utk masa 45 min awal, Ayu bakar guna api atas bawah dan Ayu tambah lagi 10 min guna api atas jerk untuk bagi permukaan keju keperang²an)
9. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Sunday, March 18, 2012

EGG IN A TOAST


Egg in toast

Bahannya

by Nik Norsyella Asyekin on Monday, 19 March 2012 at 14:16 ·
Sumber Resipi : http://noreen-homecooking.blogspot.com/2008/11/egg-in-toast.html
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

BAHAN-BAHAN:
Beberapa keping roti putih atau wholemeal (Ayu guna roti wholemeal)
Beberapa biji telur
Beberapa keping cheese
blackpepper

CARA-CARA:
1. susunkan 2 keping roti
2. ambil sekeping cheese dan potongkan 4 bahagian kalau boleh biar sama size
3. susunkan potongan cheese tadi ke atas roti tadi
4. kemudian ambil sekeping roti dan potongkan bahagian tengah
5. setelah itu letakkan ke atas roti yang telah di susunkan dengan cheese tadi
6. pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi
7. bakar pada suhu 180C selama 10-15 min (suhu bergantung pada jenis oven)
8. keluarkan dari oven dan taburkan dengan sedikit blackpepper (Ayu tertabur blackpepper dulu baru masuk oven)

NOTA NOREEN:
sesuai sebagai hidangan breakfast

ROTI SARDIN


Roti sardin

bahannya

by Nik Norsyella Asyekin on Monday, 19 March 2012 at 14:06 ·
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

BAHAN-BAHAN:
1 tin kecil sardin
½ labu bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
6-10 biji cili padi - dipotong bulat kecil²
2 biji telur - size M
7-8 keping roti
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA-CARA:
1. Tumis bahan hiris & cili padi hingga layu..
2. Masukkan sardin dan kacau 2 minit..
3. Masukkan air & garam.. Biarkan pekat & angkat..
4. Dengan menggunakan garpu, hancurkan sardin tadi dan ketepikan..
5. Kocok telur seperti nak buat telur dadar..
6. Masukkan sardin ke dalam telur tadi dan kacau rata..
7. Ambil sekeping roti & celupkan ke dalam telur.. Boleh celup kedua² bahagian atau boleh juga buat sebelah bahagian jerk..
8. Panaskan frying pan dan masukkan minyak sikitttt jerk.. Letak roti dan balik²kan agar masak sekata..
9. Lakukan proses yang sama hingga habis semuanya..
10.. Sebelum menghidang, potong 2 roti tersebut menjadi segi 3.. Enak dimakan begitu sajer sbb ianya dah sedia pedas..