Saturday, May 26, 2012

LAPIS ROTI BERDAGING

sedap gak makan macam ni..anak2 suke..thanks pd kak ayu sebab kongsi resepi nie..tp xder ler secantik tuanya buat..he3..tp sedap kak ayu..pd rakan2 sy yg belum freind dgn kak ayu ni resepinya..izinkn saya copy paste ye kak ayu..

LAPIS ROTI BERDAGING
Sumber Resipi : umi_e@myresipi (http://www.myresipi.com/top/detail/749)
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
(Ayu guna loyang bersize 21cm x 14cm x 8cm)

3 biji kentang di potong dadu
500 gm daging cincang (Ayu guna daging ayam cincang + 2 keping daging ayam burger + 3 batang sosej yang Ayu blend utk dapatkan kuantiti 500gm)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - Ayu guna keju cheddar
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan susu+telor+secubit garam. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas-ramaskan kesemua roti tadi
4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
5. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
6. Ulangi proses di atas dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat (Ayu bakar guna oven dengan suhu 180°C & utk masa 45 min awal, Ayu bakar guna api atas bawah dan Ayu tambah lagi 10 min guna api atas jerk untuk bagi permukaan keju keperang²an)
9. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

No comments:

Post a Comment