Friday, December 12, 2014

AGAR-AGAR SUMI


AGAR-AGAR SUMI

BAHANNYA

25gm agar2 tali
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
Sumi secukupnya

CARANYA

Masak agar2 dan gula sehingga hancur..Masukkan susu cair..Susun rapat2 sumi di dalam loyang..Tuang agar2 di tengah loyang dengan menggunakan senduk agar sumi tidak terapung..

Cara saya:- sy tuang dl sesnduk di tengah2 dan tunggu hingga suam sekejap baru tuang lagi 2 senduk dan tunggu lagi..lepas tu balance agar2 yg di masak tadi tuang semua skl tapi biar adunan suam baru tuang kalau panas2 nnt cair pulok suminya ye..

KERABU PERUT


KERABU PERUT

BAHANNYA

2 ikat pucuk paku-di potong
400 gm perut lembu-di rebus sampai masak dan di hiris nipis
Sebiji bawang besar-di mayang nipis
garam dan gula secukupnya
jus limau secukupnya
kerisik secukupnya

BAHAN DI TUMBUK @ DI KISAR

3 biji cili merah-blh di tmbah kalau nak pedas
1-2 inci belacan bakar
2 inci halis
1-2 btg serai

CARANYA

Gaul semua sekali siap di hidang..

JERUK MANGGA



JERUK MANGGA

BAHANNYA

Jeruk mangga-saya guna pelam lemak
Asam boi
Gula-lebihkan
Garam
Cili padi-di potong

Caranya

Kupas dan belah mangga cuci dan toskan hingga kering airnya..Gaul semua bahan dengan buang mangga dan perap di dalam peti sehingga 4-5 jam..Siap untuk di makan..

CUCUR KEMBUNG MANIS


CUCUR KEMBUNG MANIS

SUMBER:-SIS NORASLINDA BUGAL

CUCUR KEMBUNG MANIS
BAHAN-BAHAN
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air panas(air yang baru mendidih dan betul2 panas)
1/2 Cawan susu pekat manis(boleh lebih atau kurangkan mengikut citarasa masing2)
Secubit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA
Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
Adunan akan menjadi doh dan melekat di tangan(macam kuih keria tu).
Biarkan doh agak sejuk/suam2 kuku baru boleh digoreng(supaya senang nak bulat2kan dengan tangan).
Pastikan minyak betul2 panas dengan api sederhana,celup/basahkan tangan dalam air,ambik doh tadi mengikut saiz yang kita nak,kepal2/bulat2 kan dan terus goreng.Masak hingga kekuningan
Masa dalam kuali bila nampak kuih dah boleh diterbalikkan selalu kacau2/kaup balik dengan sudip supaya kuih cantik bulatnya

AISKRIM MALAYSIA


AISKRIM MALAYSIA

SUMBER 1:-SIS NORASLINDA BUGAL
SUMBER 2:-SIS AZLITA MASAM MANIS

Tq akk..Lepas dpt tip ni lembut gebu aiskrim ku..Mohon sy sopy ye resepinya..

Bahanya

Susu cair-sy guna susu pekat
Gula
Cordial jagung red man
Air
Jagung dalam tin-saya tak letak

Caranya

Buat air batu jagung ni mudah aje. Untuk dapatkan air batu yang lembut air tu kenalah di masak hingga didih pas tu kita masukkan gula. Gula pun kena banyak kalau tak air batu tu kasar tak halus. Bila gula dah larut barulah masukkan kordial jagung biasa ita guna Red Man. Bila dah didih baru masukkan jagung dalam tin. Jagung dalam tin ni biasa ita guna yang creamer jadi terasa lemaknya.. tambahkan secubit garam untuk lebih rasa lemak.  Bila dah masak tutp api baru masukkan susu cair. Rasalah dulu air tu rasanya biarlah ada manis dan lemak-lemak jagung. Tunggulah hingga air ni tadi betul-betul sejuk baru lah di masukkan dalam plastik air batu. Ikat ketat dan simpan dalam peti ais semalaman. Mudah je kan.. Jom buat!

Cara saya iku cara sis noraslinda bugal..Semua sekali saya masak dah gelegak tutup api biar suam2..dah suam2 terus msuk plastik terus msuk peti..

Thursday, December 11, 2014

SAMBAL BELACAN GORENG



SAMBAL BELACAN GORENG

BAHAN

10 biji cili Thailand merah * nak lebih atau kurang terpulang tahap kepedasan masing2 ya
10 biji cili Thailand hijau
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 sudu air asam jawa pekat
sedikit minyak
garam dan gula


CARA

1.  Panaskan sedikit minyak,  dan gorenglah cili merah, hijau, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan layu.
2.  Kemudian masukan belacan yang telah di hancurkan dan goreng lah dengan api yang agak perlahan sebab kalau api yg kuat belacan ni akan kehitaman dan hangus nanti tak sedap pulak sambal kita tu.
3.  Dah masak semua boleh lah di angkat dan tos kan
4.  Masukan bahan goreng ni dalam blender kering tu kisar lah sekejab je, kalau lama akan hancur sangat pun tak sedap jugak.
5.  Akhirnya boleh lah di tambah dengan garam dan gula jugak air asam jawa, dan rasa lah ikut pilihan sendiri, bagi akak lebih suka sambal tu ada sikittttt manis memang menambat selera.
Saya kurang suka dengan gula di dalam sambal belacan so tak letak..

ROTI PURI


ROTI PURI

BAHANNYA-12 BIJI

2 cwn tepung gandum
1 sk yis maripan
minyak untuk menggoreng

BAHAN B

1/2 sk garam
3 sb minyak masak
2 sb gula
175ml air panas


CARANYA

CARA SAYA:-Air suam saya guna saya gaul kan gula dan garam siap2 dalam tu supaya hancur..Masuk minyak sekali..Dalam bekas lain satukan yis dan tepung lalu di gaul rata..Seterusnya tuang bahan B perlahan2 sambil di uli(jangan hbskan semua air takut terlembik)..Perap selama 30 minit..Kemudian bahagikn kepada 12 bahagian dan di bulat2kan..Canai doh nipis2 dan boleh lah di goreng..

TIPS:-Gunakan api sederhana..Api yang besar boleh menyebabkan roti tidah menggelembung..Semasa menggoreng hendaklah di simbah2 minyak ke atas roti ini dan bila menggelembung baru lah di terbalikkan..

ROTI KENTANG



ROTI KENTANG

BAHANNYA

135 ml air sejuk- air peti ais
3/4 sk garam
30 gm mentega
1 bj telur
60 gm ubi kentang-saya guna 3 biji di rebus dan di lenyek baru di timbang
300 gm tepung roti/tepung gandum serbaguna
1 sb susu tepung
100 gm gula
2 sb yis
1 sb shortening

CARANYA

Tepung gandum di letak kan di dalam bekas buat lubang di tengah dan letak kan mentega,shortening,telur,susu tepung,garam,gula,yis dan kentang..Gaul rata dengan tangan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit lalu di uli hingga doh tak melekat di tangan..Kemudian perap..Tutup bekas dengan kain basah..Sementara tu blh lah kita masak kastardnya

KASTARD

250 ml susu cair/susu segar
1 bj kuning telur
1 sb tepung kastard
sedikit esen vanilla
6 sb gula pasir

CARANYA

Masak semua sekali hingga likat dan pekat lalu di sejukkan..Kemudian ada balance telur putih tadi di kocok dengan garfu sikkit bersama susu..Bila adunan tepung dah naik bulat2kan lalu susun dalam loyang lalu di ambil telur susu tadi dan di sapu atas doh..Kemudian ambil kastard td picit atas doh ikut kreativiti masing2..Kemudian tunggu hingga naik lagi..Adunan dah naik bakar pada suhu 190c selama 25 minit @ hingga masak..