Wednesday, April 29, 2015

Nasi Kerabu




Nasi Kerabu

Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
 
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 

Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan mcm nak buat kerisik & tumbuk kasar
15 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
 
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Kena manis sikit baru sedap..

Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya lalu di masak sekejap di atas api..

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan 
Tauge

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

Solok Lada

ni semua agak2 je yer..
lada hijau(khas lada solok)
isi ikan-di rebus dahulu yer
bwg putih
bwg merahlada hitamhaliagaramkelapa putihsantan pekattumbuk bwg putih bwg merah halia isi ikan garam..tumbuk sekata masuk kelapa putih tumbuk skit2..kemudian masuk dlm lada yg dibelah tgh dan buang isi dalamnya belah jgn putus ye..kemudian dh penuh sumbat isinya msuk dlm loyang @ bekas apa2 ler..buh santan pekat..dan kukus..rajin2 tgk semasa kukus dan sambil2 kaup santan yg di dalamnya tu dgn sudu dan curah2 ke atas lada tu..dah siap

Dalam gambar tak ada solok lada kes malas dah nak buat..

Monday, April 20, 2015

Talam Tepung Beras Istimewa




Talam tepung beras istimewa

Oleh: Azie Kitchen
(Dalam 10 orang makan)

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras)
2 cawan air gula - seperti di bawah
Secalit kapur

Bahan Air Gula:
158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil
 3 sudu besar gula putih 
 2 cawan air 
1 helai daun pandan 

Bahan Lapisan Atas:
1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air
1/3 cawan tepung beras - (2 1/2 sudu besar).
1/2 sk garam


Cara cara:
Masak semua bahan untuk membuat air gula sehingga mendidih, angkat dan sejukkan. Sukat sebanyak 2 cawan air gula.

Satukan bahan lapisan bawah iaitu 1 cawan tepung, 2 cawan air gula di atas dan sedikit air kapur. Tapis ke dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak. Saya guna loyang 10" jadi kuih agak nipis. 

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Dikukus lapisan bawah selama 20 minit. Sekiranya ada air atas kukusan, hendaklah buka penutup pengukus dan kukus lagi selama beberapa minit atau dilap dengan tisu dapur. Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.

Satukan kesemua bahan lapisan atas sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian tuang perlahan lahan ke atas bahan  bawah supaya tidak berbuih. Kukus selama 15 minit lagi.

Sama seperti tadi, lapkan lah dengan kitchen towel. Atau buka penutup pengukus dan kukus selama beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan.

Sejukkan kuih ini terlebih dahulu sehingga benar benar sejuk sebelum dipotong. Potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.

Psstt ni kes tak sabar lah..Panas-panas dah potong sekali hamik tak cun rupa kuih kite..adehhhhh..

Friday, April 17, 2015

Kuih Lompang




Kuih Lompang

Sumber :- Kak Azie Kitchen

Bahan A:
2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur (bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dgn sedikit garam

Bahan B:
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air

Cara cara:
Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yang telah suam ke dalam tepung sambil dikacau rata. Tapis adunan ke dalam bekas. 
Didihkan air dalam kukusan. Lumurkan sedikit minyak pada acuan lompang. 
Tuang adunan ke dalam acuan kuih lompang sehingga penuh. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Tuesday, April 14, 2015

Sambal Totok Jawa



Bahan-bahannya:

Segenggam ikan bilis 

10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2 (takut meletup2) 
3 biji cili merah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2) 
1 biji bawang merah (hiris) 
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci belacan 
Minyak utk menggoreng 
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka 

Caranya: 
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat &toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat. 
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.

4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

SAMBAL NYOR TEMPOYAK PERAK




SAMBAL NYOR TEMPOYAK PERAK
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
1/2bj kelapa kukur [parut] putih shj
10-12 bj cili api [x nk pedas kurangkan]
**blh dicampurkan dgn cili masak besar juga
sedikit udg kering
5 sudu makan tempoyak
garam & gula secukup rasa

cara-cara :
- tumbuk cili bersama garam n gula n udg kering
masukkan nyor/kelapa parut, tumbuk perlahan sambil gaul hingga sekata..
- masukkan tempoyak, tumbuk perlahan lg hingga semuanya bercampur sebati.. gaulkan juga bg mesra semuanya..
- hidangkan bersama dgn ulam-ulaman segar atau yg rebus

Sambal Belacan Goreng



SAMBAL BELACAN GORENG

BAHAN

10 biji cili Thailand merah * nak lebih atau kurang terpulang tahap kepedasan masing2 ya
10 biji cili Thailand hijau
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 sudu air asam jawa pekat
sedikit minyak
garam dan gula

CARA

1. Panaskan sedikit minyak, dan gorenglah cili merah, hijau, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan layu.
2. Kemudian masukan belacan yang telah di hancurkan dan goreng lah dengan api yang agak perlahan sebab kalau api yg kuat belacan ni akan kehitaman dan hangus nanti tak sedap pulak sambal kita tu.
3. Dah masak semua boleh lah di angkat dan tos kan
4. Masukan bahan goreng ni dalam blender kering tu kisar lah sekejab je, kalau lama akan hancur sangat pun tak sedap jugak.
5. Akhirnya boleh lah di tambah dengan garam dan gula jugak air asam jawa, dan rasa lah ikut pilihan sendiri, bagi akak lebih suka sambal tu ada sikittttt manis memang menambat selera.
Saya kurang suka dengan gula di dalam sambal belacan so tak letak..

Puding Biskut Crackers



PUDING BISKUT CRACKERS

Bahan utk 1 adunan

10 keping biskut crackers
2 biji telur ayam
1/3 tin susu manis

Caranya:- Rendam biskut dengan sedikit air hingga kembang..Slps kembang toskan air dan ketepikan..Blender telur dengan susu manis bersm biskut yg telah di toskan hingga halus..Utk dptkn adunan yg byk gandakan adunan..Kemudian bahagikan kepada 2 adunan 1 adunan di campurkan dengan 2 sb serbuk koko..1 lg plain..Kukus selapis2 selama 5minit bg setiap lapisan dan lapisan akhir kukus selama 10 minit..Acuan hendaklah di sapu dengan minyak..

Puding Milo Lapis Oreo




PUDING MILO LAPIS OREO

Bahan : ( Saiz: 8" persegi )
1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
750ml Air
140g Gula
1 tin @ 400g Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Apam Nasi



Apam nasi

Bahan A

1 cwn nasi sejuk
1 1/2 cwn air

Bahan B

2 cwn tepung beras
2 sb tepung gandum
1 sudu teh maripan
1 cwn gula pasir

Bahan lain

1 peket eno biru

Caranya:-Blend halus Bahan A..Masukkan bahan B dan blend sebati..Masukkan ke dalam bekas lain lalu di masukkan eno dan kalau suka blh ltk pewarna..Bekas haruslah di sapu minyak terlebih dahulu ye..Perap 4 jam dan kukus selama 25 minit..Biarkn sejuk dan potong..boleh di makan bersama kelapa putih yg di gaul garam..

Kuih Tepung Bunga



Kuih Tepung Bunga

BAHANNYA

1 cawan tepung pulut
1/2 sk garam
air secukup nya..(saya guna santan)
1 biji telur
gula castor

Cara-cara
Tepung pulut diuli dengan air yang telah dikacau dengan garam.. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
Buat bentuk bulat2 kecil dan leperkan..
Celupkan kedalam telur yg telah dipukul..
Goreng ke dalam minyak yang panas sehingga kekuning-kuningan..
Angkat dan salutkan kedalam gula.

Bingka Pandan



Bingka Pandan

Sumber kak yatie blog

Bahan- Bahan


1 cawan gula
1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
2 sudu besar mentega
2 cawan tepung gandum
3 biji telor
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan
Cara-Cara:-
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Bingka Ubi



Bingka Ubi

Bahannya

Resepi asal : mama saranur
Sumber : Kak Rohah - Damai Qalbu

BAHAN-BAHAN
5 cawan ubi yang siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula (Ikut manis pun boleh)
Garam secukup rasa
pewarna kuning

Cara Membuatnya :

1.Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu (petua supaya tak pening dan angin).
2. Kemudian sejatkan dan buang air tersebut, tapi sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi.Campurkan bersama gula, garam, pewarna dan santan pekat.
3.Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar, baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dan bakar dalam 1 jam setengah, suhu 200'c api atas dan bawah.
4 . Biarkan kuih betul-betul sejuk baru di potong dan hidangkan.

Bingka Labu



Bingka Labu

BAHAN-BAHAN
2 biji telur
2 cawan santan (guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cawan susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cawan gula pasir halus
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak
2 cawan labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.Tapis adunan tadi. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.*

Cara sy..susu cair sy xltk sy terus gn santan 2 1/2 cwn..susu pekat mnis jgk xbuh..sy gn gule je..


Pop Corn


Pop corn coklat.

.Hasil tnjuk ajar dr tokmak,ChaSya Aripin resepi dari giada at home dan jgk izzah muffin

Bahannya(ikut suka)

1 sb mentega
2 sb minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa

Utk salut

1 sb mentega
3-5 sb gula ikt byk mn pop corn
3sb serbuk coklat yg di gaul dgn sedikit air..

*Panaskn minyak dan butter..Api mula² guna api yg kuat utk panaskn lps tu turunkn api..Masukkn jagung menutupi dasar periuk..tuang jagung bg sama paras dgn butter..Tutup periuk tggu beberapa minit akan dengar bunyu pop² dgn rancak..bl bunyi dah berhenti cepat2 kuarkan dan gaul dengan garam..

Utk salut

Cairkn mentega dengan gula hingga bertukar menjadi karamel..Matikan api dan msukkb serbuk coklat tadi..Gaul rata kemudian gaulkn ke dalam pop corn tadi..

Utk karamel sos giada at home

1 cwn gula perang
1/2 cwn butter
200 ml whip cream
1 sk baking soda

Cairkn butter dan gula hingga menjadi karamel..Masukkan whip cream..Kuatkan sedikit api masukkab baking soda..Tutup api dan bolehlah di gaul bersama pop corn.


Sagun

Assalammua'laikum sahabat ku semua..Agak lama saya menyepi kan diri dari menulis di blog..Bukan apa laptop rosak jadi memang tak boleh nak update blog..Apa pun kali ni saya telah mencuba resepi yang boleh di katakan agak legend..Masa kita kecik2 dulu mesti pernah makan sagun kan..Memang mengimbau kenangan masa kecik..Makan pun ada yang tersedak tak boleh bercakap kalau tak nanti menyeembur..hihihihi..Apa pun jom intai bahannya

Sagun

Bahannya

1 biji kelapa parut 
200 gm tepung beras
50 gm tepung pulut
100 gm gula halus

Cara-cara
Goreng kelapa parut sehingga separuh kering atau sehingga wangi
Kemudian masukkan tepung beras n tepung pulut.
Goreng kesemuanya hingga garing n berderap (Saya goreng dgn api yang perlahan dalam 15- 20 minit)
Sejukkan dulu , baru digaul dgn gula halus

* Dah siap dan di gaul sebati semua bahan, sy kisar bg halus guna pegisar kering, sejukan bolahlah dimasukan dlm bekas
Sesiapa yg nak share sy izinkan ye..


Nampak tak kita goreng macam nak buat kerisik tu..
Lepas tu kita masukkn lah tepung tu..
Kemudian sejukkan dulu tau baru masukkan gula..
Lepas tu kita blend..
Taraaaaa..