Wednesday, April 29, 2015

Nasi Kerabu




Nasi Kerabu

Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
 
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 

Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan mcm nak buat kerisik & tumbuk kasar
15 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
 
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Kena manis sikit baru sedap..

Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya lalu di masak sekejap di atas api..

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan 
Tauge

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

Solok Lada

ni semua agak2 je yer..
lada hijau(khas lada solok)
isi ikan-di rebus dahulu yer
bwg putih
bwg merahlada hitamhaliagaramkelapa putihsantan pekattumbuk bwg putih bwg merah halia isi ikan garam..tumbuk sekata masuk kelapa putih tumbuk skit2..kemudian masuk dlm lada yg dibelah tgh dan buang isi dalamnya belah jgn putus ye..kemudian dh penuh sumbat isinya msuk dlm loyang @ bekas apa2 ler..buh santan pekat..dan kukus..rajin2 tgk semasa kukus dan sambil2 kaup santan yg di dalamnya tu dgn sudu dan curah2 ke atas lada tu..dah siap

Dalam gambar tak ada solok lada kes malas dah nak buat..

No comments:

Post a Comment