Friday, May 15, 2015

Donut Sira Sambal



Donut Sira Sambal..

Bahan doh

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

RESIPI SAMBAL SIRA
Sumber Resipi : noorsha.blogspot.com

Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
Garam secukup rasa- hasue tambah
10 -15 biji Donut yang telah digoreng

Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba smile emoticon

Sebaiknya selepas disira,terus jer angkat donut tu dan buh atas pinggan ye, kalau tak ia akan sedikit melekat kalau masih kat kuali selepas beberapa jam.

No comments:

Post a Comment