Saturday, May 26, 2012

LAPIS ROTI BERDAGING

sedap gak makan macam ni..anak2 suke..thanks pd kak ayu sebab kongsi resepi nie..tp xder ler secantik tuanya buat..he3..tp sedap kak ayu..pd rakan2 sy yg belum freind dgn kak ayu ni resepinya..izinkn saya copy paste ye kak ayu..

LAPIS ROTI BERDAGING
Sumber Resipi : umi_e@myresipi (http://www.myresipi.com/top/detail/749)
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
(Ayu guna loyang bersize 21cm x 14cm x 8cm)

3 biji kentang di potong dadu
500 gm daging cincang (Ayu guna daging ayam cincang + 2 keping daging ayam burger + 3 batang sosej yang Ayu blend utk dapatkan kuantiti 500gm)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - Ayu guna keju cheddar
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan susu+telor+secubit garam. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas-ramaskan kesemua roti tadi
4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
5. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
6. Ulangi proses di atas dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat (Ayu bakar guna oven dengan suhu 180°C & utk masa 45 min awal, Ayu bakar guna api atas bawah dan Ayu tambah lagi 10 min guna api atas jerk untuk bagi permukaan keju keperang²an)
9. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Saturday, May 19, 2012

CUCUR SUSU LEMAK MANIS

sumber kak fida dr my resepi

1 1/4 cwn tpung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bocarbonat
6 sb susu manis
1/2 cwn susu segar/susu cair
garam secukup rasa

ayak bahan kering ke dlm mangkuk masukkn susu manis dan tuang susu segar/susu cair sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga adunan licin dan sebati..goreng cucur dlm minyak yg panas sambil di balik2 kan untuk mendapatkn cucur yang bulat gelembong hingga keperangan..angkat cucur dan hidangkan..

AYAM MASAK UNGKEP


AYAM MASAK UNGKEP

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, 20 May 2012 at 13:14 ·
sumber majalah rasa
bahannya
1 ekor ayam-di potong 8
1 bj kelapa-di ambil santannya
2 batang serai-di ketuk
garam dan gula secukup rasa
bahan kisar:
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
2 cn halia
2 cn kunyit hidup
1 sb ketumbar biji
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih

gaulkan ayam yg di ptong bersama bahan kisar..perapkan sekejap..kemudian masukkan dalam kuali bersama serai dan santan..didihkan sehingga kuah kering..akhir sekali perasa kan secukupnya..sedia untuk di hidang..

saya saja buat kuah sbb sy suka berkuah..he3..

KEK SPAN


KEK SPAN

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, 20 May 2012 at 12:57 ·
bahannya

3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 sk susu segar
15 g butter-panaskan susu dan cairkan mentega di dalamnya
esen vanilla

panaskan oven ke suhu 180 c..asingkan putih telur dengan kuning telur..pukul kuning telur dengan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan..dalam bekas lain pukul putih telur dgn baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk..masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan gaul rata..masukkan kuning telur tadi ke dalam adunan tepung..masukkan campuran susu dan esen vanilla dan pukul hingga sebati..masuk dalam loyang dan bakar selama25-30 minit @ hingga masak..

BAHULU NAIK


BAHULU NAIK

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, 20 May 2012 at 12:45 ·
sumber princess comey lotey

bahan2

1 1/2 cwn tepung gandum*
2sdk serbuk penaik*
2sdk esen vanilla serbuk
5bji telur gredA
1cawan gula
bahan2 bertanda diayak

cara2
pukul telur n gula sampai kembang n putih
masuk esen vanilla kacau lagi
masuk tepung gandum yg diayak kacau rata n bahagi 2 bhgian 1 kaler ijau 1 kaler kuning
kemudian sediakn bekas kek yg berlubang ditengah yg disapu minyak sekeliling nyer....tuang adunan kuning dahulu baru ijau
dibakar pada suhu 180'c agk2 45 minit cucuk dgn lidi law xmelekat masaklah.....pastu gne api atas sekejap tok perangkan cikit bagian atas bahulu...

KEK COKLAT MAYONIS


KEK COKLAT MAYONIS

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, 20 May 2012 at 12:37 ·
sumber sis rahel benyamin
memang sedap tak terhingga sekali mkn mmg tak nak berhenti..time kasih ats resepinya yang saya ambil di blog..izinkan sy berkongsi dgn rakan2 yang lain ye sis..
jom intai bahan2nya

Bahan Untuk Kek:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat(sy guna 1/2 cawan je)
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil
1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara:
1.Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ayak.Ketepikan.
2.Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul
   hingga sebati..
3.Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang -seli dengan
   air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.
4.Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau
   rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bagian tepinya telah digris dengan mentega dan
   dasarnya diletakkan baking paper.Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan.Setkan suhu
   oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C,loyang 9'').

utk toppingnya

cream cheese icing

250 gm cream cheese(sy guna 500gm)
50 gm gula aising(sy tmbhkn 50gm jd 100 gm)
1 sb susu tepung(sy tmbhkn 1 sb jd 2 sb)
1/2 st esen vanilla

pukul cream cheese hingga rata..tambahkan gula,susu tepung..teruskan putar hingga berkrim..tambahkan esen vanilla dan putar rata..boleh dah sapu pada permukaan kek..