Saturday, May 19, 2012

KEK COKLAT MAYONIS


KEK COKLAT MAYONIS

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, 20 May 2012 at 12:37 ·
sumber sis rahel benyamin
memang sedap tak terhingga sekali mkn mmg tak nak berhenti..time kasih ats resepinya yang saya ambil di blog..izinkan sy berkongsi dgn rakan2 yang lain ye sis..
jom intai bahan2nya

Bahan Untuk Kek:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat(sy guna 1/2 cawan je)
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil
1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara:
1.Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ayak.Ketepikan.
2.Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul
   hingga sebati..
3.Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang -seli dengan
   air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.
4.Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau
   rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bagian tepinya telah digris dengan mentega dan
   dasarnya diletakkan baking paper.Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan.Setkan suhu
   oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C,loyang 9'').

utk toppingnya

cream cheese icing

250 gm cream cheese(sy guna 500gm)
50 gm gula aising(sy tmbhkn 50gm jd 100 gm)
1 sb susu tepung(sy tmbhkn 1 sb jd 2 sb)
1/2 st esen vanilla

pukul cream cheese hingga rata..tambahkan gula,susu tepung..teruskan putar hingga berkrim..tambahkan esen vanilla dan putar rata..boleh dah sapu pada permukaan kek..

1 comment:

  1. Assalmualaikum npk mudah boleh le cuba di musin cuti ni....

    ReplyDelete