Tuesday, December 3, 2013

Slice Cheese Cake



Slice Cheese Cake

Sumber 1:- Mak long tipah
Sumber 2:- Duyung sweet laling

4-5 keping slice sheese (single)
200ml susu segar @ susu cair
4 biji telur (A)
asingkan putih & kuningnye pastikan x de sikit pon kuning
tercampo dlm putih telurnye
70gm gula halus
70 gm tepung kek
50gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
70gm butter
1 sudu kecil esen vanilla

CARA2NYE:

1.koyakkan cheese & camporkan dgn susu dan panaskan
atas api yg perlahan,bile cheese da hancur masukan butter
dan ketepikan.sejukkan ye..
2.pukul putih telur bersama 1/2 cwn gula halus hingga jd
merigue.
3.dlm bekas yg lain pukul kuning telur hingga kembang
masukkan dlm adunan cheese td,masukkan pula tepung
yg 3 jenis td sikit2(ayak semua ye)pukul sebati.
4.kemudian campurkan aduanan dgn merigue td sedikit2
secara kaup balik.
5.bile dah sebati,masukan dlm loyang yg d gris dan letakn
kertas minyak.bakar 170'c 20 minit tambah 140'c 40 minit.
* bakar steam bake.

Sunday, November 10, 2013

Apam coklat




Resepi ni saya gandakan tau..

Sumber :- Zanavilla blogspot

Apam coklat 

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1 bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara:-
  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan...!

Tuesday, November 5, 2013

Kek Mentega Coklat



Sumber resepi:=Noraslinda bugal

Kek Mentega coklat

BAHAN-BAHAN
250 gram butter
250 gram gula kastor
5 biji telur Gred A
1 sudu teh esen vanilla
250 gram tepung naik sendiri*
50 gram serbuk koko*
(Satukan bahan2 bertanda * dan ayak)

CARA-CARA MEMBUATNYA
Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.Pukul lagi
Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko
Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas baking paper dan gris sekeliling
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak suhu 180'c,saya guna api atas bawah
Bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai selama 10 minit,kemudian terbalikkan ke kedudukan asal

Friday, October 18, 2013

Kasih



Kasih
Ku lukiskan wajahmu di dada sutera
ku lakarkan memori indah
ku nyanyikan lagu rindu
ku bacakan puisi syahdu
ku bajai kelopak rindu
ku sirami api cemburu
dan ku simpulkan ikatan cinta

Andainya kau di sisi ku
akan ku luahkan segala kesakitan
dan kerinduan ini
Andainya hatimu berdegup resah
itulah tanda aku merinduimu

Saturday, September 28, 2013

Hari lahir yang 31


Assalamu'alaikum w.b.t. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..Alhamdulillah..bersyukur pada yang maha esa...kerana diizinkan lagi olehNya untuk aku bernafas di bumi yang indah ini..Hari ini buat pertama kalinya saya menyambut ulang tahun kelahiran di luar..Terkejut juga suami tersayang bawa kami anak beranak ke secret recepi..

Tahun ini ku rasakan amat bermakna sekali..Syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan   aku segala-galanya yang lebih berbanding dari orang lain dan di dalam diri aku sesunggguhnya Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang dan penuh keistimewaan..Syukur kepada Mu Ya Allah..Aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang KAU  kurniakan buat  hambaMu yang penuh dengan kelalaian ini. Tiada yang lebih indah melainkan merindui kasih sayang dan cintaMu tapi hambaMu ini lemah Ya Allah maka kau pimpinlah aku Ya Allah..Pandanglah aku yang hina ini supaya aku dapat berdiri setaraf dengan orang lain, bergerak sederap dengan orang lain dan duduk setara dengan insan-insan yang kau cintai..

Terima kasih abang..Ayang hargai segalanya..


Sunday, September 8, 2013

Pandan Bread Puding




BAHAN2:
1 cwn Gula
cwn Santan
2¼ cwn Air Daun Pandan Juice (blend 8 helai dgn air & tapis) 
2 sb Butter
3 bj Telur
1/2 st Garam
1 sb Pes Pandan 
14 keping (520g) Roti -potong kecil

CARA2:
1. Blend kesemua bahan, kecuali roti, sehingga sebati.
Tuangkan ke atas roti & rendam sebentar selama 5 minit.
2. Tuangkan 1 sb minyak ke dlm tin & panaskan di dlm oven.
Ramas adunan tadi & tuangka ke dlm tin.
3. Tabur biji bijan & bakar 180C selama 1 jam.

Wednesday, June 12, 2013

Ayam Madu Bijan



Bahan-bahannya
  • 3 keping dada@peha ayam boneless/1/2 ekor ayam potong kecil
  • *1 sudu makan kicap cair - hana gune syouyu
  • *1 sudu makan cuka
  • *1/2 sudu makan minyak bijan
  • *1 sudu kecil gula
  • *garam dan lada sulah
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras@tepung jagung
Utk Sos
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan madu - terpulang manis masing2
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1/4 cawan air
  • bijan sangai - utk tabur
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda *. Perap paling kurang sejam.
  • Panaskan minyak. Masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung@beras ke dalam perapan ayam. Gaul.
  • Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  • Utk membuat sos - Satukan semua bahan. Masak di atas kuali sehingga agak pekat.
  • Masukkan ayam dan gaul rata. Taburkan bijan dan sedia dihidang dengan nasik putih panas.

Tuesday, May 28, 2013

Sup kentang bersama cheese



Assalammua'laikum sahabat blog2 ku semua..Sudah lama tak mengupdate blog hari ini berpeeluang untuk mengupdate 1 resepi yang ku cuba dari rancangan Giada at home gara-gara suami yang tertarik dengan resepinya dan terus mengajak ku untuk membeli barang-barangnya..Memang tak disangka sedap juga walau pertama kali ku cuba sup yang macam ni..Cubalah kawan-kawan..Saya sertakan resepinya di bawah

Sup kentang bersama cheese

4 biji kentang-di buang kulit dan di dadu
3 ketul dada ayam-di rebus dan carik-carikkan
1 biji bawang besar-di racik
4 ulas bawang putih-di racik
secubit tyhme
secubit rosemary
cream cheese mascarpone
garam secukup rasa
lada hitam yang dah di blend halus
stock ayam
1 sb daun selasih


Caranya

Tumis bawang besar bawang putih hingga naik bau..Masukkan garam dan lada hitam..Gaul rata..kemudian masukkan stock ayam dan kentang..Masak hingga kentang lembut..Masukkan tyhme,rosemary dan selasih..(rasa dulu garamnya cukup x)..Kemudian blend halus bahan2 yang dah masak tadi..Masukkan cream mascarpone tadi dan blend lagi..masukkan dalam bekas dan letak ayam carik-carik tadi..Dah sedia di hidang bersama dengan roti yang kita bakar..

*cream mascarpone ni sy guna 1 bekas kecil sahaja..saya ikut 100% resepi dari rancangan ni dengan gunakan minyak zaitun(sanggup beli tu..hik3)..

Thursday, May 16, 2013

Trifle Puding Cake



Trifle Puding Cake

Bahan-Bahan

Kek @ swiss role-layer untuk paling bawah

Layer ke 2

1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1/2 cwn air
4 sb gula
4 sb tpung kastard
secubit garam

Layer atas

10 g agar-agar-sy guna perisa rasbery
2 1/2 cwn air

caranya

Potong kek dan susun dalam bekas..Asing isi cocktail dengan sirapnya..Masak bahan-bahan untuk layer ke 2 kecuali buah cocktail..Masak hingga likat..Bila likat tuang adunan ke atas kek yang sudah di susun tadi..Taburkan buah-buahan cocktail tadi di atas puding dan biarkan sejuk..

Layer atas..Masak agar-agar bersama air hingga mendidih..kemudin tuang pada lapisan atas sekali..Biarkan agar-agar sejuk..Dah siap..

Thursday, April 18, 2013

Kek Keju Jeli Koktel





Bahannya

untuk lapisan biskut

200 gm biskut Marie-di kisar halus
100 gm mentega- di cairkan

Lapisan kek

250 gm keju krim
200 ml krim putar tenusu(uht whipping cream)
15 gm gelatin halal
60 gm air
80 gm gula kastor

Lapisan jeli

5 gm serbuk agar-agar
100 gm gula kastor
500 ml air
1 tin buah-buahan campuran-fruit cocktail

caranya

Satukan bahan lapisan biskut dan gaul sebati..Ratakan pada acuan tin springform bersaiz 8 inci dan tekan padat..Masukkan dalam peti sejuk 30 minit..

Untuk lapisan kek:Krim putar di pukul hingga kembang dan pekat..Simpan sebentar dalam peti sejuk..Pukul krim keju dan gula hingga berkrim..Gelatin dan air di satukan dan panaskan atas double boiler hingga cair..Sejukkan sebentar hingga suam dan masukkan dalam adunan keju tadi..Kacau sebati..Masukkan krim putar tadi dan gaul sebati..Masukkan 1/2 tin buah-buahan(tanpa air) dalam adunan lapisan kek..Gaul rata..Tuang atas lapisan biskut dan ratakan..Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam supaya ia keras sedikit..

Untuk lapisan jeli:Satukan serbuk agar-agar,gula dan air..Biarkan ia menjadi suam..Taburkan separuh buah-buahan atas kek yang telah keras tadi..Tuangkan agar-agar yang suam ke atasnya..

* nmpk tak ada putih2 atas agar-agar tu kan kes tak sabar punya pasal..tak sempat suam dah tuang..huhuhuhu

Teh Arab


Bahan-bahan

Bahan2 (untuk 4 orang)
1 uncang serbuk teh ( saya guna boh/lipton)
4 sb gula (ikut citarasa)
8 biji buah pelaga
12 biji bunga cengkih
15 helai daun pudina
1 liter air panas

Caranya


Masukkan air ke dalam jug.
Campurkan uncang teh dan gula. Kacau hingga gula hancur.
Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan daun pudina. Kacau seketika.
Hidang ketika masih panas....(saya guna ais)


Jangan lupa tolong klik iklan ye kwn2..

Thursday, April 4, 2013

Sambal terung ikan bilis




Sambal terung ikan bilis

Bahannya

terung-kupas kulitnya dan potong kecik2
1 mangkuk ikan bilis-di goreng
2 labu bawang besar-racik kasar

Bahan tumbuk

15 ulas cili padi-nak pedas tambah lagi ye
1 ulas bawang putih
3cm belacan
3 ulas bwg merah-sy guna 1 labu bawang besar
(tumbuk lumat semua bahan di atas)
sedikit air asam jawa
garam,perasa dan gula sedikit

caranya

tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau..masukkan bawang besar tumis bagi layu..masukkan terung dan air asam jawa garam perasa dan gula bagi balance rasa pedas sambal ni..biar terung masak lembik la nampaknya baru masukkan ikan bilis..gaul-gaul tutp api..dah siap..

resepi ni sy dapat dari mak long tipah..mak long guna terung asam..sy xder terung tu guna terung pepel tu..

Apam Gula perang



Apam Gula Perang

Bahannya

1/2 kg tepung gandum
1 cwn air
1 peket yis-di rendam dengan 1/2 cwn air suam biarkan dalam 10 minit
1 1/2 cwn gula perang
kelapa parut

Caranya

Tepung dic ampur dengan air,gula dengan yis dan kacau sampai tak bergentel..Biarkan sampai 40 minit @ sampai naik 2x ganda..Lenserkan loyang dengan minyak sikit tuang adunan dan kukus adunan 40 minit @ sampai masak..tutup loyang tu lapik dengan kain tak nak bagi air menitik tau..

*rajin2 tolong klik iklan ye shbt2

Kek Coklat Mocha



Kek Coklat Mocha

Bahannya

Bahan A

6 biji putih telur
200 gm gula halus
1 sb ovalette
1 st garam

Bahan B-ayak

250 gm tepung gandum
1 sb baking powder
50 gm santan serbuk

Bahan C

100 ml santan pekat-sy guna jenama M&S kotak kuning
1 sb esen vanilla
90 gm mentega cair
2 sb susu pekat manis

Bahan D

1 sb coklat emulco
1/2 sb mocha emulco

Caranya

Bahan A:-Pukul putih telur dengan speed perlahan hingga berbuih kemudian baru masukkan gula,garam dan ovalette..Putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih berkilat dan kental..Kemudian masukkan bahan B kaup balik hingga rata..Masukkan bahan C dan kaup balik lagi hingga rata..Bahagikan adunan kepada 3 bahagian..1 bahagian coklat 1 bahagian mocha dan 1 bahagian asal..Kemudian tuang berselang seli dalam loyang bergris dan bakar selama 1 jam dgn suhu 170c ikut suhu masing2..

#Asalnya resepi ni kukus tapi di sbbkn malas nak kukus jadi saya bakar je..kalau nak kukus kukus selapis2 tau..em jangan lupa klik iklan ye kwn2..

Monday, April 1, 2013

Apple Crumble



Bahan-bahannya

5 biji epal merah/fuji epal1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 sudu besar gula perang

Cara-cara:

Gaul sebati semua bahan dan ketepikan

Bahan Crumble:

1 cawan tepung gandum
80gm butter sejuk - didadu kecil
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan nestum
sedikit garam

Cara-cara:

 Gaul ramas semua bahan sehingga menjadi breadcrumbs. Glisskan loyang 8"x8"x3" dengan butter. Letakkan  bahan-bahan filling dalam loyang tersebut kemudian di tabur rata-rata crumbles di atasnya. Bakar selama 35min pada 175 C. Sedia di hidang dengan kastard atau aiskrim vanilla.

#Dalam resepi ini tidak ada adunan pastri di bawah. Tapi saya sertakan adunan pastri yang saya agak-agak sahaja sebab kalau tak letak pastri tak best..

Bahan untuk pastri:

tepung gandum
minyak masak
garam

Cara-cara:

Gaul semua bahan sehingga menjadi doh dan terapkan di dalam loyang. Kemudian letakkan filling dan crumbles.

Kastard vanilla:

1 tin susu cair
1 tin air
2 sudu besar tepung kastard
4/5 sudu besar gula
1 penutup esen vanilla

Cara-cara:

Satukan semua bahan-bahan dalam periuk dengan api yang perlahan sehingga pekat. Hidangkan dengan apple crumble.

Friday, February 22, 2013

Kerabu Kacang Panjang



Bahan A

10 kacang panjang

1/2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar-hiris
2 sudu makan kacang tanah-goreng dan di tumbuk kasar
4 biji limau kasturi-ambil jusnya
1/2 mangkuk kecil udang-di buang kulit dan di rebus
1 st gula
garam secukup rasa

Bahan B-di kisar kasar

10 biji cili api
2 biji cili merah
sedikit belacan

Caranya

Potong pendek dan rebus kacang panjang dengan sedikit garam hingga lembut..Kemudian toskan..Hiris bunga kantan halus-halus..Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata..Sedia di hidang..

*jangan lupa klik iklan ye kwn2..

Murtabak Maggie



Bahan-bahannya

1 paket maggie-di celur dan toskan
1 biji telur
beberapa tangkai cili padi-ikut kepedasan 
1 biji bawang besar-di hiris
1 paket perencah maggie

Caranya

Campurkan kesemua bahan tadi dan gaul rata..Kemudian letak bahan tadi atas kuali pan dan biar dalam 2 minit terbalikkan..Bila dah masak boleh makan dengan sos campur mayonis..

*kita boleh juga letak daging kisar/ayam kisar..terpulang atas kita ye kwn2..pssttt jangan lupa klik iklan dalam blog ni ye..tak kena bayaran lalink2 just klik jer..jazakallahukairan lalink2..

Saturday, February 2, 2013

Puding nangka



Bahan-bahannya

1 paket agar-agar stripe
1500ml air
2 helai daun pandan
300 gm gula pasir-saya kurangkan gula sbb guna nangka madu

Bahan-bahan A

6 ulas isi nangka-saya letak lebih
2 sm tepung kastard
1 biji telur
1 tin susu cair(+air jadikan 500 ml)
Bahan c

 6 ulas nangka-di dadu

Caranya

Masak agar-agar bersama 1500ml air dengan gula dan daun pandan..Kisar bahan A hingga hancur..Masukkan dalam agar-agar yang telah hancur dan kacau tanpa henti hingga mendidih..sebelum angkat masukkan potongan nangka yang telah di dadu..Tuang dalam bekas yang comel dan sejukkan..

Puding coklat nestum


Bahan-Bahan

-10gm agar-agar stripe
-60gm nestum [ lebih kurang 1 cawan ]
-2 sudu besar tepung kastrd
-2 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen vanila
-200gm gula [ lebih kurang 1 cawan ]
-400gm air
-400gm susu cair [ 1 tin ]
-6 sudu makan milo + 3 sudu makan serbuk koko
-200gm air panas untuk bancuh milo dan serbuk koko





Cara-Cara

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Bancuh milo dan serbuk koko dengan air panas. Sejukkan. Kemudian satukan dengan susu cair, telur, tepung kastad dan esen vanila. Pukul dengan whisk hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Kemudian masukan nestum dan kacau lagi.
  4. Masukkan adunan tersebut ke dalam larutan agar-agar. Kacau hingga kelihatan pekat.
  5. Tutup api dan tuang dalam loyang 7 x 7 yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  6. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Sunday, January 6, 2013

Kek mentega coklat




Kek mentega coklat

Bahannya

180 g mentega
420g gula-yang ni saya hanya guna 220 g tu pun masih rasa manis
3 biji telur saiz A

(A)
1 tsp nescafe
1 tsp coklat emulco
1 tbsp air panas
1 tbsp esen vanilla
(campurkan)

(B)-ayak bersama
240 g tepung gandum
60 g serbuk koko
1/2 tsp garam
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

1 1/3 cwn susu cair

caranya

Pukul mentega dengan gula hingga gebu..Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi sampai kembang..Masukkan bahan A dan di pukul lagi..Kemudian masukkan bahan B berselang seli dengan susu cair..Putar sampai adunan rata..Masuk dalam loyang yang telah di gris dan bakar pada suhu 165 darjah selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing..