Tuesday, May 28, 2013

Sup kentang bersama cheese



Assalammua'laikum sahabat blog2 ku semua..Sudah lama tak mengupdate blog hari ini berpeeluang untuk mengupdate 1 resepi yang ku cuba dari rancangan Giada at home gara-gara suami yang tertarik dengan resepinya dan terus mengajak ku untuk membeli barang-barangnya..Memang tak disangka sedap juga walau pertama kali ku cuba sup yang macam ni..Cubalah kawan-kawan..Saya sertakan resepinya di bawah

Sup kentang bersama cheese

4 biji kentang-di buang kulit dan di dadu
3 ketul dada ayam-di rebus dan carik-carikkan
1 biji bawang besar-di racik
4 ulas bawang putih-di racik
secubit tyhme
secubit rosemary
cream cheese mascarpone
garam secukup rasa
lada hitam yang dah di blend halus
stock ayam
1 sb daun selasih


Caranya

Tumis bawang besar bawang putih hingga naik bau..Masukkan garam dan lada hitam..Gaul rata..kemudian masukkan stock ayam dan kentang..Masak hingga kentang lembut..Masukkan tyhme,rosemary dan selasih..(rasa dulu garamnya cukup x)..Kemudian blend halus bahan2 yang dah masak tadi..Masukkan cream mascarpone tadi dan blend lagi..masukkan dalam bekas dan letak ayam carik-carik tadi..Dah sedia di hidang bersama dengan roti yang kita bakar..

*cream mascarpone ni sy guna 1 bekas kecil sahaja..saya ikut 100% resepi dari rancangan ni dengan gunakan minyak zaitun(sanggup beli tu..hik3)..

No comments:

Post a Comment