Thursday, February 27, 2014

Sambal Pahang



Sambal Pahang

Bahannya

2 sb belimbing hitam
2 genggam ikan bilis
35 biji lada burung(pedas baru sedap)
1 biji bwg besar

caranya(cara saya)

Blender bwg,cili,belimbing..Ikan bilis saya tumbuk..panaskan minyak dalam 1/2 cwn @ 1 cwn saya tumis kan ikan bilis dulu naik bau baru msuk bahan blender..Masuk garam dan kacau sampai kering..Kena rajin kacau ye..Sambal ni akan hitam dengan sendirinya.

Belimbing ni basuh bersih2 tapis..pastu buh dalam periuk yang tak guna(saya guna periuk letrik yg rosak tu) buh garam jangan letak air sebab nnt belimbing ni akan keluarkan air..kena kacau2 tkut hangit bwhnya..

See..banyak x air nya??Banyakkn..hik3..lebihan airnya jangan di buang blh di simpan..Nnt klu ada bakar ikan ke blh gnt kan air asam kpd air ni..Mksdnya air asam tu kita guna asam jawa,bwg merah cili padi belacan kan??jd air asam jawa xyah guna gantikan air belimbing ni je..Oh ya masak belimbing ni 3 jam..Cukup 3 jam ttp api dan tapis..boleh simpan dalam bekas stock tuk sambal pahang..

Keema



Sumber :- kak Rohana sulaiman

Keema

Bahan-bahan

1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 biji bawang potong dadu - ketepikan
500 gm daging cincang 
sayur campur

Bahan kisar

Kisar semua bahan ini
3 bj bawang besar
3 ulas bawang puteh 
sikit je halia
cili sikit (kalau nak pedas)
1 sdm rempah kari daging/bahmia
1 sdt rempah beriani sikit
sadikit lada hitam

Bahan lain

tomato sos
daun ketumbar
bawang goreng
sadikit kicap manis

Caranya

Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, kemudian masukkan bawang dadu. Tumis hingga naik bau. Masukkan rempah yg di kisar, tumis hingga naik bau dan masukkan tomato sos. Kemudian masukkan daging cincang dan sayur campur serta sadikit kicap manis.Akhir sekali masukkn daun ketumbar. 
Masak hingga kering sikit baru bbh garam

Tuesday, February 11, 2014

Cheddar Cheesecake



Sumber:-Evelyn Gemina

Tq yunk sedap..Mohon copy dalam blog.Halalkan ye syg..

Cheddar cheesecake

Bahan2:

A
130g susu segar
40g butter
125g cheddar cheese, potong kecil2

B
20g tepung gandum
15g tepung jagung

C
2 biji kuning telur

D
3 biji putih telur
80g gula kaster
1/8 sk cream of tartar

Cara2 membuat kek:
1. Sediakan loyang bulat bersaiz 18cm, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Masak bahan2 A atas double boiler hingga cheese cair sepenuhnya. 

3. Alihkan & masukkan bahan2 B, gaul rata. Kemudian masukkan pula bahan C & gaul sebati.

4. Pukul bahan2 D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan tadi hingga sebati.

5. Tuang dalam loyang & bakar guna teknik water bath pada suhu 150 C selama 50 minit.

6. Segera keluarkan kek dari acuan bila masak, sejukkan sepenuhnya. Hiaskan.

Wednesday, February 5, 2014

Butter Cake




Butter Cake

Sumber resepi Kak fauziah ahmad daud..
resipi asal Mrs Ng SK
olahan Wendy Table For Two
bakal diolah oleh Farah-Nadia. Hehehe


BAHAN-BAHAN

230 gms butter (Kjee guna Anchor - letak pada suhu 18-30C)
4 biji telor grade B (letak pada suhu bilik)
150 + 50 gms gula halus
200 gms tepung naik sendiri (diayak)
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

CARA

1. Panaskan oven. Suhu 180C. Oles acuan alluminium 8"x8" (Kjee guna 7"x7"). Kjee guna kertas minyak. Kata Wendy sekeliling dalam acuan harus dioles sempurna dengan margerin kalau mahu kek naik sempurna.
2. Asingkan putih telor. Pukul putih telor hingga keras dengan dibubuh 50 gms gula secara selang seli, sambil dikocak. Tepikan.
3. Pukul butter dan 150 gms gula hingga kembang menggunakan mixer. Kemudian masukkan vanilla dan dipukul hingga rata. Masukkan kuning telor, satu per satu dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan separuh dari tepung ke dalam adunan butter dan susu. Kemudian diputar lagi hingga sebati. Setelah sebati masukkan separuh lagi tepung dan putar hingga sebati.
5. Masukkan pula separuh dari putih telor dan putar hingga sebati. Kemudian, guna spatula (sudu plastik) dan masukkan sebahagian lagi putih telor. Guna kaedah folding-in atau kaup balik dan kacau perlahan-lahan sampai semuanya sebati.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 minit. Menurut Wendy, untuk 15 terakhir, turunkan suhunya ke 150C supaya permukaan atas tidak menjadi gelap. Kalau guna oven yang apinya atas dan bawah, mungkin boleh padam api atas di 15 minit terakhir.
7. Kek masak setelah dicucuk dengan lidi dan ia muncul bersih.

Kek Span Pandan



Sumber resepi dari kak mai zura

Kek Span Pandan

Bahan-Bahannya

BHN:
6 biji telur ayam --asing putihnya
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat - guna susu cair je
10 helai daun pandan --blend ambik patinya di campurkan dlm santan jadikan secawan

CARA:
1- Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2- Masukkan santan yang telah dicampur dengan pati pandan dan garam.

3- Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4- Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat - kalau terbalikkan tu tak jatuh ler..

5- Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

*** mai tak blend pun daun pndan guna esen pandan dan
pewarna je..he.he.
cream of tartar mai ganti dgn cikit garam