Friday, December 31, 2010

Buat tatapan suami ku yang ku kasihi






Abang
di sini aku meluah kan segala 
apa yang telah daku rasa
harapanku andai daku pergi 
dahulu sebelum mu
janganlah lupa membaca segala kamus hidup
yang telah tersimpan di sini


Abang
hari-hari yang ku lalui
setelah pemergianmu demi tugas
cukup membosan kan
tambahan pula bila 
kehadiran malam menambahkan lagi
keresahan dan kerinduan 
kian hari kiah parah menggamit
tangkai hati


cuma di saat itu hanyalah
sekalung doa kudus yang
dapat aku panjatkan kepada allah swt
supaya memberikan taufik hidayah 
dalam kehidupan kita yang sering
terpisah jauh
menuju kehidupan yang penuh dengan pancaroba


tiap detik yang ku lalui cukup
menyeksakan batin ini
kau perlu tahu dalam menghadapi
kesakitan dan keletihan
hnya ciuman,ucapan sayang terima kasih
dan perhatian mu dapat memberikan aku 
kekuatan dan menghilangkan
segala keperitan yang aku hadapi


Abang
ketahuilah aku terlalu menyayangi
dan menyanjungi mu
kesabaran,kemesraan dan layanan 
cukup istimewa buatku walau
sesekali karenah isterimu ini
mencabar kewibawaan mu
bagi isterimu ini teguran mu
yang lembut dan juga sifat
penyayang mu itu tiada ternilai
dengan emas permata
dan ianya amat berharga buat isteri mu ini


Abang
singgah lah di ruang hati ini
untuk menatap namamu yang terpahat di sini
wajahmu selalu di mindaku
namamu sentiasa di bibirku
seikhlas kasih ini 
sejernih sang bayu yang kau hirup
bimbingilah aku sambil memegang erat
tanganku meredah lautan gelora
memperjuangkan cinta ini 
hingga ke titik akhir nafas kita berdua


Abang
izinkanlah aku menjadi lilin
yang memberikan cahaya buatmu
bawalah daku dalam pelukan mu
bawalah daku meredah mimpi malam mu
sesungguhnya dikaulah permata 
yang menerangi segala kegelapan
hidup ku ini
diriku dan diri mu telah bersatu dalam janji
bersatu dalam hati
indahnya di buai cinta ini
bersama denganmu


Abang
telah ku hayunkan sayang
di tiap langkah mu
kaulah payung naungan keteduhan ku
tanpamu bagaikan nakhoda tak berkemudi
bagai hidup tanpa cahaya
bagaikan layang-layang
terputus talinya
tiap kenangan bersama adalah suatu 
saat indah untuk di ingati


Abang
terlalu banyak kenangan kita bersama
yang telah tercoret di warkah yang lalu
tapi aku tak akan biarkan kenangan itu
terus menyepi di telan arus masa
walau aku tahu ianya tak mungkin akan berulang
bernarlah kata pujangga
patah tumbuh hilang berganti
namun kenangan itu tak mungkin 
akan tumbuh atau berganti


Abang
tanpa pili dan sengsara
kita akan tenang
menyusuri dunia yang penuh
pancaroba ini
untuk menyemai erti kasih sayang
menyulam rasa kerinduan
merungkai intan dan kaca


Abang
walau adakalanya pekerti mu
adakala mengguris hari nurani ku
tetap merisik perasaan aman dalam kamar hati ini
semoga hadirnya kebahagiaan bersamamu ini
mampu memadam kan sejarah hitam yang ku lalui


Abang
di saat airmata mengalir membasahi
dua pipi
"si dia" berlalu pergi meninggalkan
resah berpanjangan
terpalit sudah sengsara dari jiwa
bernama perempuan
perempuan
sebenarnya tebal nilai setia
di sisi suami mahu pun kekasih
biar pun berada di mana jua
perempuan tetap tabah
mengharungi duri kehidupan
dalam suka dan duka
fahamilah rintihan hati seorang perempuan


Abang
maafkan aku andai dikau terguris hati disaat membacanya
isterimu ini juga ingin dikau memahami segala 
yang tersirat di hati
maafkan aku sekali lagi
andai selama ini daku menyusahkan mu
halalkan segala pemberian mu termasuk cinta dan kasih sayang mu itu....

BADAI KEHIDUPAN






Terlalu banyak aku menyimpan
dan memendam perasaan
kerana bimbang perasaan insan di kasihi
akan lebih terguris
aku mesti menghapuskan setiap
titis airmata duka yang selama ini
melemahkan sisa-sisa semangat ku

telah ku cuba buktikan yang selembut jiwa
wanitaku ini juga mampu
teguh kembali meskipun
pernah derita di hempas gelombang dunia
perjalanan hidupku tak seindah yang
di impikan
jiwa ini teruji dengan pelbagai dugaan

aku cuba untuk bangun
menongkah badai kehidupan ini
aku tak rela membiarkan diri ini
di perkotak katikkan lagi
tidak tegar aku memaut hidup
dengan hanya bergalangkan cinta
dan kepercayaan

sebongkah harapan yang terbina
bersama impian hampir musnah
sekeping hati terguris lara
pedihnya tiada terperi
sakit bak sembilu
menusuk bukan kepalang
runtutan duka menyentuh rasa
entah ke mana mengikut hati
sejuta langkah menghayun pergi
bersama kepedihan
merundung malang nasib diri menimpa

terbangun di benakku kerisauan
yang mencengkam
semalam di cekik kehampaan
serba tawar dan hambar
yang memancung segala keseronokkan
sampai bilakah aku mesti terkurung
dalam tempurung kekusutan
gelap dan pekat
aku perlu bangkit menyedut sepalit harapan
meneguk secebis ambisi
menguak seluas mungkin
jendela yang tertutup
agar sinar bisa menyelinap
mambasuh bersih awan-awan kemurungan

betapa pun kecewa hati yang pernah luka
pedihnya tak terasa
sakitnya membakar jiwa
luruh bersama kelopak cinta
andai berulang lagi
kecewa memanjat diri
menjalar di sanubari
adakah sakitnya kan memamah hati?
walau payah di rasa
lari dari dakapan cinta
pembawa kecewa tetap takkan di lupa
manisnya di dalam duka....

Thursday, December 30, 2010

pantun istimewa buat mu





anak tebuan di atas dahan
ambil betik buat halwa
sudah lama rasa ini ku tahan-tahan
entah bila kan bersua


mari berkembang bunga melati
camar pulang di waktu senja
cinta di beri untukmu pujaan hati
siang dan malam wajah terbayang..


di atas titi duduk bertandang
tumbuh rimbun si pohon bambu
hati terpaut sekilas memandang
wajah tampan menawan kalbu


meredahi danau titi sebatang
pohon selasih rendah dahannya
setia yang satu untuk mu seorang
tidak mungkin kucari dua


ombak menderu pantai berirama
cahaya bersinar nampaknya terang
walau sehari tidak bersua
bagai setahun dikau menghilang


berpimpim tangan  bergurau senda
merpati riang di dalam taman
janji terpahat akan setia
moga kekal ke akhir zaman


anak teruna menyunting bunga
bunga mawar di dalam taman
darjat dan pangkat bukan syaratnya
jiwa ikhlas hati tertawan


kiambang subur di tepi paya
anak rusa belajar berdiri
waktu berkasih banyak dugaanya
hasutan syaitan harus di hindari


memohon restu pada yang esa
di tempat orang merendah diri
semasa bercinta jangan sengketa
jujur setia di dalam hati


musim hujan menanam padi
bakar pula anak tenggiri
wahai sayang yang ku kasihi
taballah aku sebagai permaisuri hati


jahat sungguh mulut mencaci
duduk berlonggok suka mengata
andai benar aku di hati
cinta ku beri tanda setia


tinggi-tinggi si matahari
anak kerbau mati tertambat
kerana kanda dinda sanggup mati 
kalau cinta kanda dinda tak dapat


hisap rokok tembakau cina
keluar asap berbunga-berbunga
wahai kanda yang ku puja
datanglah ke mari peluklah dinda


kain songket cantik warnanya
di buat baju untuk bersanding
lihatlah cintaku yang menyala
hanya untuk dirimu seorang


negeri pahang aman sentosa
duduk di laman makan berangan
kasih ku ini bagaikan mutiara
kilauan sinarnya tiada tandingan


pergi ke kota membeli belah
asyik membeli terlupa masa
anak sungai mudah berubah
adakah dikau sama jua?


naik feri merentas sungai mengalir
niat di hati ingin ke sarawak
hamba umpama kiambang di air
pohonnya nampak akarnya tak jejak


pergi ke kolam memancing siakap
siakap di buat masak tiga rasa
tak pernah ku dengar kata-kata cinta di ucap
lafazlah agar wajah kasih tercipta...

SASTERAWAN






Tiap kali membaca bait-bait sastera
yang indah
hatiku semakin resah gelisah
kerana terlalu indah bahasanya
membuatkan aku gusar
dan bimbang
bahasa yang begitu indah ini
akan pudar layu
tenggelam di telan badai zaman


namun aku bukan lah
A Samad Said,Usman Awang atau
perjuangan sastera yang lain
aku cuma pencinta yang sentiasa
di tikam rasa gusar
andai perjuangan 
sastera agung ini akan pergi
dan membawa karya mereka bersama


jika ini terjadi
adakah generasi mendatang berpeluang
menghayati karya mereka?
tidak!!
aku perlu mempertahankannya
aku cintakan warisan berzaman ini
aku tak mahu ia tenggelam
siapa akan membantu aku?
siapa?
aku ingin sastera agung ini
sentiasa tersemat di hati
generasi sekarang dan mendatang
aku ingin warisan ini
di jaga kerana aku
pencinta sastera yang tegar....

SAYANG





Tatkala aku bayangkan
kejujuran dan keluhuran 
budi bahasamu sepanjang perkenalan kita
alangkah indahnya dunia ini
akan tetapi sayang
semua keindahan itu
hanya berlaku sebentar cuma
kemudian hilang entah ke mana
tetapi ia tetap menjadi
kenangan abadi buatku


biarpun diri ku telah di benci
potretmu bersama senyum indah 
tetap menjadi penyeri kamar hatiku
lenakanlah tidur mu sayang
dakaplah mimpi-mimpi
indah bersama insan
yang kau sayangi


tatkala kau berindah mimpi
izinkanlah aku menjelajahi
dunia fantasiku tika bersamamu
waktu dahulu
tak mungkin dapat aku lupakan
segala kenangan yang tersangat
indah itu biarpun sesaat


sayang
sekali pun bayang kembang mawar \
menghiasi taman
namun padaku tak sama dengan apa yang pernah
aku miliki
aku lebih senang menghayati
detik-detik indah itu
ku rasa lebih tenang 
mengutip pada kuntum-kuntum
yang telah kering
biarpun harumnya sudah tiada
namun itu adalah sebaik-baiknya
waktu yang paling indah dalam hidupku


betapa kenangan yang berlangsung
beberapa purnama itu
bukan lah sesenang menguis sampah ke longkang
terlalu susah sekali bagiku
untuk memisahkan ia dari rangkaian hidup ini
aku menulis ini bukan lah 
sekadar melontarkan ingatan ku
pada pengalaman itu
betapa di kala ini aku masih belum
boleh melupakan segala detik bersejarah itu
hari bersejarah itu tetap dalam lipatan ingatan ku


cuma ku harap jangan pula kau 
tersilap mencorak hidup mu
aku hanya insan yang sabar
sanggup menelan segala kedukaan
biarpun perbuatan mu pada hakikatnya
amat pedih namun aku
masih boleh menerima qada dan qadar....

GELISAH






Segala yang ku hadapi hanya
rasa sunyi yang selalu
mengindahkan hari-hari ku
saat diri ini memerlukan mu
entah ke mana dikau menghilang


tiada siapa yang mengharapkan
derita sepanjang hidupnya
begitu jua dengan aku 
yang tak pernah mengimpikan duka
namun takdir telah tertulis
kehidupan ku ini terus di rundung malang
mahu atau tidak aku terpaksa
mengharunginya demi kehidupan
yang lebih bahagia


walau aku derita namun jauh di sudut hati
aku tetap dambakan kasih sayang
luka yang di ciptakan oleh insan
yang di cintai berulang kali
ku rawat sendiri
betapa pentingnya seseorang itu
hanya dapat di rasai pabila kita kehilangannya


adakalanya aku ingin menangis di dada
insan yang di kasihi untuk 
melepaskan segala beban perasaan yang aku tanggung ini
saat ini aku hanya banyak membekukan diri
tanpa secalit pun senyuman
hati ini seringkali di buru oleh persoalan
hati ini belum lagi tenang seperti aku ingin kan


kegelisahan dalam pelbagai rasa yang bercampur aduk
sampai bila kah aku harus kalah
dengan kuasa cinta oleh insan
yang di kasihi
aku juga seorang wanita yang punyai perasaan
masih mengharapkan kasih dan perhatian
dari insan yang di hormati dan di cintai


tiada siapa yang mahu kecundang
sayangnya aku ingin bina kembali
impian yang telah berkecai
cinta bukan paksaan
cinta juga bukan simpati
ikrar kasih ibarat tudu di hati
impian dan ingatan terhadap insan yang di kasihi sukar di usir pergi
biarpun bayang duka merantai hidup ini
aku tetap rela


di dunia yang luas ini
aku sendiri menangisi hari
kerana kini kembali sendiri
setalah cahaya pergi
menghilangkan diri
aku sendiri tanpa hati
hidup aku gelap tanpa mentari
kini aku sendiri lagi
tetap berdiri memijak bumi....





Sekadar





Dia sekadar memberi
dengan hati nan tulus
demi kelangsungan
yang ceria dan membahagiakan


baginya hidup 
adalah kemesraan dan
kasih sayang yang berpaut
berpaksi iman dan ketakwaan


dia sememangnya ria
dengan apa yang di lakukan
selagi hayat di kandung badan
dia lakukan segalanya
amal kebajikan


itulah dia 
padanya ada kasih dan cinta
yang terus di mekar suburkan
menjadi harum dan mewangi
lalu menceriakan suasana
menjadi damai dan membahagiakan


dan dia cukup perasa
pada kehidupan sejagat
kerana dia sememangnya
menghargai anugerah 
kurniaan tuhan
yang terus di syukuri
dari waktu ke waktu
dia tetap dia
yang berdiri penuh pasti
menyimpul ketentuan yang tersurat


wahai sahabatku semua
ambillah harta dunia sekadar keperluanmu
dan nafkanlah yang selebihnya
untuk bekal akhiratmu
jangan engkau tendang dunia ini
kekeranjang atau bakul sampah
kerana nanti engkau akan menjadi pengemis
yang membuat beban orang lain


sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya
kerana sesungguhnya yang engkau makan
dan pakai itu adalah tanah belaka


wahai sahabatku semua
detik jam maju tak mungkin mundur
sedangkan ibadah tak pernah teratur
selalu datang peringatan dari Al-Ghafur
tetapi nafsu ajak kita kufur
padahal kita akan mati
dan pasti akan di kubur


wahai sahabatku semua
tertutup tanah bersama lumpur
hati dan nafsu tak pernah akur
kadang-kadang tenang
kadang-kadang bertempur
maka kembalilah kita kepadaNya 
sebelum kita ke kubur....

Tuesday, December 28, 2010

SAJAK





Aku mahu kau tenang seperti lautan bayu
bukan seperti ombaknya
yang bisa mereanapkan semua
meruntuhkan segala
biarpun badai taufan datang melanda
kita harus tabah hadapi semua


ku redha dengan takdir yang tiba
kasih maafkan ku atas kesilapan ku yang lalu
akan tetapi aku tidak membuat kesilapan
dengan menyintai dan menyayangi mu
tak dapat ku rungkai lilitan kasih
yang telah terikat kemas di dasar hati ini


ku ingin bersama mu buat selamanya
menyulam benih-benih kasih bersama
ku pintal janji mu dan janji ku
menjadi satu di hujung percintaan


telah ku tanamkan benih cinta mu
di dasar hati ini
ku semai dengan sayang
ku baja dengan kasih 
ku siram dengan rindu yang tiada terhingga
semoga bertunas kan mekar
di laman hati ini


andai ku jadi airmata
ingin sekali aku lahir di mata mu
hidup di pipi mu
dan mati di bibir mu
akan tetapi andai kau yang jadi airmata
tak ingin sekali-kali aku menangis
kerana aku tidak mahu kehilangan mu

Monday, December 27, 2010

Sajak 10





Cahaya mentari sentiasa berkilau
bagaikan kasihku yang tak pernah pudar
hari demi hari kasih makin menyulam erat
hujung mataku katakan kau sempurna
bukit makin berubah
gunung makin di tarah
nyawaku makin sementara
tapi kasih ku padamu 
tak mungkin mudah rebag
di pukul ribut yang melanda


sesungguhnya keikhlasan dan kesetiaan
yang engkau berikan selama ini
membuatkan aku ingin selalu di sampingmu
dunia percintaan penuh dengan
khayalan
warna-warna berseri
bunga-bunga di taman mewangi
memadu janji manis bersama
sehingga ke akhir dunia
sambil erat berpegang tangan


ucapkan lah satu kata yang tulus
bahwa kau menyintai ku sepenuh hati mu
dan aku merasakan kau selalu di sini
wahai cinta ku
sungguh tak ada yang bisa 
mampu berpaling dari mu
bila terlanjur sayang
yang luluhkan hati ini 
membuatkan segalanya indah
semua kerana cinta
ucapkan yang terindah
dari lubuk hati mu....

Sajak 9




Aku harus tegar membawa harapan ini
ke alam impian
harapan yang tersimpan sekian lama
menghimpun segala pengorbanan
suka duka ku jalani dengan tabah
dan tiada putus asa


kehadiranmu telah menyuntik 
rasa cinta dalam hati ini
ombak yang ganas memukul-mukul
di pantai jiwa ini
dalam diam-diam ada sinar kasih
yang melingkari di segenap 
pelusuk jiwa
menerjah batas gelora
pun berserpihan
menghempas buih di lautan
acapkali tumpas masih jua 
menyusuri arus pergolakan
setianya


begitulah adat mestinya hidup
selagi jasad dan hayat berpaut
rintangan harus bersahut
mujur tuah nasib dirimu ku temui
bukan kah kita di cipta tuhan
sepasang tapi berlainan?
lemah di sini di sana kekuatan?
masing-masing punyai kelebihan


supaya saling memerlukan
bertemu demi menyulam
cahaya nurani dan akal fikiran
naluri serta perasaan
menyingkap erti tangisan
dirimu dan diriku bagai kan pelita
yang memercikkan sinar 
menyuluh malam


cahaya cinta ini ku bawa
mengharung perjalanan ku
biarpun tenggelam di samudera
tak kan hilang akan cahaya itu....

SATRIA KU




Satriaku
jadilah seperti bunga raya yang di megahi 
kebanggaan rakyat
jadilah seperti bunga ros
diri berduri maruah terurus
jadilah seperti bunga kemboja
sedar diri menghiasi pusara
jadilah seperti bunga tanjung
mengekal budaya harum sekampung


jadilah seperti bunga melur putih
mewangi diri tersohor
jadilah seperti bunga semarak api
memayungi bumi bersemangat berani
jadilah kau melayu baru
menerima euro tetapi kau tetap melayu


jadilah kau seperti si kunang-kunang
diam menyimpan kecantikkan
bercahaya kelip bagaikan bintang
menakluk awan pabila malam....

CINTA KITA





cinta kita
bersemi atas kemahuan
pergi tanpa kerelaan
bila hilang tanpa jangkaan
hati sedih tak keruan

bila cinta menjadi tugu peringatan
jiwa tetap teguh 
walaupun di noda
yang pastinya berilah penawar duka 
pengubat hati


untuk cinta kita ini
hanya ini yang mampu ku berikan padamu kasih
kerana realiti tak seindah mimpi


bertahun lamanya aku menyimpan
segala memori hati untuk di sinari
janganlah biarkan aku terkapai sendirian


sayang


kelamarin aku terbang mengutip awan
di persada langit 
betapa gelapnya kebiruan
jauhnya ku ukur dengan mimpi yang bermula
di hujung kaki


semalam aku turun ke perut bumi
mencari nyawa angin
bersembunyi bersama kerak dendam
penuh dengan dosa dan kesilapan
di himpit sesalan


hari ini aku mengukur bumi
mencari rindu dan cinta
di serap rerumput mesra 
dalam sebuah padang perjuangan...

Luahan untuk suami ku








Suami ku


Dihamparan kertas yang tiada suara dan warna ini
aku menitip coretan buat tatapan mu
maafkan aku kerana menulisnya tanpa berbiacara denganmu dahulu


Abang


bukan ku pinta untuk jatuh cinta
mungkin satu ketentuan bahwa
kita memang telah di jodohkan
tanpa kasih sayang seperti pasangan yang lain
akhirnya kita berdua telah pun bersatu
jangka waktu yang kita ambil
untuk menyempurnakan ikatan ini 
akhirnya telah menghanyutkan kita
dengan perasaan sayang anugerah tuhan...


Abang


aku telah berjaya menempatkan
perasaan dalam jiwa mu dan
akhirnya kau telah mencuri hatiku ini tanpa di sedari
semoga takkan wujud lagi halangan
yang ingin menyekat kebahagiaan kita bersama
bertuahnya aku kerana dapat menyelami hati
insan yang ku sayangi


perasaan bahagia kini mula menyinggah di hati ini
sesungguhnya keikhlasan dan kesetiaan yang
di berikan selama ini membuatkan aku
ingin selalu di sampingmu


Abang


aku sedar akan kewujudan ku ini
mungkin hanya akan menyusahakn mu
tapi hanya allah sahaja yang lebih mengetahui
tentang keluhuran hati ini
terima kasih kerana sudi menyayangi diri ini
dan membahagia ku
tak akan ku jemu menunggu wajahmu dalam lenaku
ku belai kasih untuk satriaku
ku rela kau berjuang untuk nusa dan bangsa
baktimu kan jadi sanjungan




Abang


bila berjauhan dengan ku janganlah aku di lupakan
rinduilah aku selalu
sebutlah nama ku dibibirmu tiap saat
cinta ini bukan lah hanya indah di tebing bibirku
kalau kau memahami cinta ini pasti kau akan memahami hatiku
mencapai bahagia bersamamu adalah satu kemenangan buatku


Abang


satu yang perlu kau tahu
aku teramat selesa dan senang denganmu
lagipun tuhan telah menciptakan banyak ruang dalam hati kita
untuk menyayangi orang yang ada di sekeliling kita
cukuplah kalau kita saling menerima diri kita seadanya


ya allah ya tuhanku
insan yang ku kasihi ini adalah temanku
mesra kami penawar duka
rindu kami menambah cinta
rajuk kami menambah ceria
silaturrahim kami ukhwahfillah
bermusuh kami nau'zubillah
berpisah mati insyaallah


ya allah ya tuhan ku
insan yang ku kasihi ini ada lah sahabtku
rahmati kami meniti usia
terpisah kami di alam nyata
temukan kami di taman syurga......

Wednesday, December 22, 2010

OMBAK DAN PANTAI






Percintaan kita ibarat ombak dan pantai
aku seperti pantai
walau pun badai menimpa lautan
setia menanti kepulanganmu
sedia berkorban apa sahaja


Percintaan kita ibarat ombak dan pantai
kau seperti ombak
walaupun gelombang melanda lautan
kau pasrah
tetap pulang kepadaku
tetap menyayangi diriku


Tetapi
aku takut
percintaan kita seperti ombak dan pantai
ombak yang sering menghakis pantai
tidak mempedulikan kesengsaraan
dengan rakus meninggalkannya
tanpa kesetiaan
tanpa kasih sayang


Harapanku
kau seperti ombak 
tetap setia mencurahkan kasih sayang
aku rela akan seperti pantai
rela berkorban apa sahaja untuk mu..

Tuesday, December 14, 2010

Sajak 7







Ikhlas secerah kehidupan ini
adalah anugerah yang bererti
sejak hidupnya menjadi mimpi
nestapa pun menyulam di hati


tapi selalu berfikir
tak adakah ruang untuk mengecap bahagia
bukan untuk sementara
bukannya tidak mensyukuri
apa yang telah di beri


tapi tiap perjalanan ini adalah
menentukan masa-masa indah
walaupun mereka datang dan pergi
meninggalkan jejak
kenangan manis
dan hatinya selalu ikhlas menerima
dan ikhlas melangkah ke jalanNya




Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

CINTA




Cinta


Cinta adalah satu perasaan yang sukar di fahami
yang sukar di mengertikan
yang tidak mungkin terpisah dari naluri


Cinta


tidak pernah di pinta kehadirannya
meski tanpa kata tanpa suara
tak pernah ingin memilikinya
meski hadir tanpa di duga


Di dalam sangkar cinta bisa
mencorak ikhlas perasaan
mengikat janji bersama
menyembur semangat setia
melahir rasa bahagia


nostalgia cinta berdarah
tertulis sebuah penderitaan
terpalit kedukaan
terukur kepahitan
terguris perasaan
bersemadi teguh di ingatan
berkubur di lubuk kesedihan


nistalgia cinta bahagia
terpahat indah lukisan perasaan
terbina kukuh tugu setia
terbukti kasih berkekalan
lambang sebuah percintaan
yang tulus ikhlas
yang suci abadi
tetap hidup bersama pencintanya
yang setia








Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

DIARI DUKA SILAM







Di langit malam yang kelam
berarus datang memori silam
tak mampu untuk ku tepis semuanya
itulah tanda kasih yang tertunda
yang tak ada kesinambungannya
berguguran segala bintang-bintang malam
inilah tanda kasih ini 
telah kering dan layu


di atas helaian dedaunan
ada sejuta gundah dan pilu
menyaluti segenap penjuru
dedaunan pun berguguran
walau airmata tak lagi bercucuran
itulah pesan kasih luka
yang di tinggalkan


setiap kepahitan yang ku tempuhi
mungkin ada kemanisannya yang
masih belum sempat aku rasai
kerana hanya dengan kematangan fikiran
sahaja bisa dapat aku nikmati
meski kadangkala terselit rasa curiga
tapi tetap ku pertahan kan
dengan membina keyakinan beserta impian




aku perlu bangkit menyedut sepalit harapan
meneguk secebis ambisi
menguak seluas mungkin 
akan jendela yang tertutup
agar sinar bisa menyelinap
dan membasuh bersih awan-awan kemurungan


telah ku cuba buktikan 
yang selembut jiwa wanita ini
juga mampu teguh kembali
meskipun pernah derita di hempas gelombang dunia
tidak tegar lagi untuk memaut 
hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan
aku menerima hitam putih kehidupan ini
sebagai ketentuan Ilahi
yang telah tersurat


apa yang pasti diari duka silam ini perlu di noktah
derita ini perlu ada penyudahnya
kesemuanya menuntut perngorbanan airmata
tiada siapa yang ingin kecundang
sayangnya ingin aku bina kembali
impian yang telah berkecai
impian dan ingatan terhadap 
insan yang di cintai sukar di usir pergi
biarpun bayang duka merantai
hidup ini tapi tetap rela






Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

Sajak 7




Indahnya dunia kerana cinta
indahnya cinta kerana hati
indahnya rumahtangga kerana cinta nan setia


Aku terasa bahagia dengan kasihmu
aku terasa ceria dengan setiamu
aku sentosa dengan cinta yang dikau beri
aku terasa gembira dengan mesramu
aku terasa selesa dengan kehadiranmu di sisi ku


hati dan jiwa ini rasa terpanggil
untuk meluahkan rasa rindu yang telah
lama berkubur di dalam dada ini
tak henti-henti hati ini menyebut nama mu
tak henti-henti jua degupan rindu ini
memalu jantungku




di rentap kasih jiwa ini
sinar mata yang menusuk hati
tapi tak terlepas dek sanubari
takkan terungkai ikatan sejati
antara kau dan aku


kasih dirimu ku paut dan ku peluk erat
kini resah menghilang rindu mendatang
persada cinta seteguh dunia
resapan rindu usapan bayu
kasih ini membawa bak sinaran mutiara
anugerah Ilahi syukur tak terkata




andai jiwa penghalang cahaya
aku rela tidak berjiwa
asalkan hati ini terang bercahaya
hidup ini perlukan cahaya
untuk terangi jiwa nan gelita
aku hidup perlukan pelita

untuk temani hidup nan seksa








Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

Monday, December 13, 2010

Luahan 1

   



  Aku di sini berpijak di alam nyata mu ya allah..Aku bersyukur ke hadrat mu ya ilahi kerana selama 28 tahun ini kau masih terus mencelikkan mata ini untuk ku terus menikmati keindahan dan keburukkan yang telah kau tetapkan untuk ku selama ini..Telah banyak kau beri sejuta pahit dan manis buat diriku ini..Aku harungi dengan penuh keredhaan dan kesyukuran kepadamu ya allah.Aku sedar selama 28 tahun yang lalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan mahupun dosa-dosa pada insan-insan yang telah kau cipta apatah lagi dosa-dosa ku kepada mu ya allah..


   Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman..Semakin lama kita hidup semakin banyak pengalaman yang di perolehi..Sepanjang meniti kehidupan ini aku bersyukur kerana pelbagai pengalaman hidup telah di lalui..Dengan pengalaman ini juga menjadikan aku seorang yang tabah,cekal dan sabar dalam menempuhi pancaroba kehidupan..Pengalaman ini begitu berharga sekali kerana mengajar erti kepayahan hidup..Biarpun tidak sekaya mana atau punyai harta bertimbun aku bersyukur dengan anugerah Ilahi beserta keteguhan diri untuk terus berjuang membina kehidupan ini..


   Dunia ini bukan di cipta untuk satu golongan sahaja malah sesiapa sahaja berhak untuk menikmati segala anugerah di dunia ciptaan tuhan ini..Jika kita redha insyaallah kehidupan yang kita jalani penuh dengan kemanisan..Tanpa punya rasa apa-apa pun jika kita punya keyakinan,iltizam dan semangat ingin maju bukan sesuatu yang mustahil kita akan beroleh kejayaan kerana cita-citalah membuatkan aku terus berusaha untuk mengecapi kebahagiaan yang teramat kecil ini..Tanpa cita-cita ada kemungkinannya aku adalah di antara mereka yang hidup dalam kekecewaan,kebuntuan dan tidak berdaya untuk bersaing di kota batu ini..


   Tanpa usaha dan kecekalan pasti segala impian ku ini tidak kan tercapai..Kita kena berusaha membina kehidupan jangan hanya berserah kepada nasib semata-mata..Kalau di renungkan kembali aku sendiri terasa bagaikan sedang bermimpi..Bagaimanalah aku boleh sampai ke tahap ini tapi inilah kuasa tuhan dan sebagai hambanya aku bersyukur kerana anugerahnya yang tidak terhingga..Biarpun tidak kaya namun aku rasa apa yang aku kecapi sekarang ini bergitu besar maknanya..

Sajak 6






Sekian lama kita bersama
tak pernah ku rasa sepi
tak ku rasa jemu


Aku wanita yang punya cinta di hati
dan dirimu dalam hidupku
mengapa terlambat cinta mu ku miliki


Dikau amat menyayangiku kini
dan aku amat sayangkan hubungan ini
sepanjang hidupku
aku ingin berkongsi segalanya bersama mu


berkongsi tentang kegembiraan
kesedihan,ketakutan dan segalanya
tiap kali berjauhan bersama mu
aku sentiasa berdebar
risau akan keselamatan mu
tiap kali kau ada di pangku pula
aku rasa tenang dan selamat
dialah kawan dialah kekasih
dia lah suami ku 


kasih allah kasih yang abadi
kasih rasul kasih yang hakiki
kasih diriku kasih yang sejati
kasih diri mu tersemat di hati


ketulusan hatimu memikat daku
kasih terpaut di daun rindu
cintamu subur di hatiku
semoga kasih kita di restu


darimu ku temukan hidupku
bagiku kau lah cinta sejati
hidupku kini bererti dengan cinta
yang kau berikan seikhlas hati






Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

Sajak 5




Kasih 
kadangkala hidup ini tidak semudah
apa yang kita impikan
sering jua kita di agung-agungkan
dan sering kali jua kita di singkirkan

Begitu jua dalam alam percintaan
yang sedang kita bina
kadangkala kita bahagia di bawa arus
asmara yang penuh dengan keasyikan
melodi kasih

Kadangkala jugalah kita di landa bahang
amaran yang amat suakr di bendung lagi
siapa yang bersalah?
kita jua yang harus di persalah kan
kita jua yang masing-masing ego
dengan perasaan kasih dan cinta

Kasih
andai kata kita di takdirkan berpisah
kita terima dengan rela
mungkin tiada jodoh antara kita berdua
usahlah di dendami kesalahan masing-masing
apa yang pasti
bina hidup baru dan kasih
yang benar-benar sejati



Nurkilan rasa

Nik Norsyella Asyekin

Sunday, December 12, 2010

Sajak 4





Di sana jauh di sudut tak bertembok
terukir memori kita
saatnya ku jatuh cinta
pada mata berkaca tertumpah seribu
airmata mutiara

Aku sendiri tak mengerti
sehingga ke hari ini
mungki n ia memori titik pertemuan
saatnya penyatuan dua jiwa tanpa batasan

Setahun bersama penuh bahagia
setiap saat punya memori sendiri
hari di lalui bersama mu
seperti dalam syurga Firdausi
mengalir sungai yang jernih
tanpa sedikit cemar
begitu jua ikatan setahun ini

Di antara nusantara kau dan aku
punya rindu yang tak terluah
punya kasih yang tak bertembok
punya sayang yang tak terhalang
punya jalinan yang ada ikatan



Nurkilan rasa

Nik Norsyella Asyekin

Sajak 3:- Mencari Cinta Yang Hilang




Kekasih


Ku rakam bahasa kalam ini
sebagai tinta nuraniku yang tumpah
kerana mata penanya yang retak dan patah
lalu telah tenggelam ke dalam laut
rasa yang dalam


Ingin ku kutip dan kuperlihatkan
bunga rampai keresahanku
sekian lama ini
betapa seringnya aku sibuk
mengukur berapa kepaduan kasihmu
betapa seringnya aku menebar
jaring cemburu tak bertepi
dan seringnya aku hamparkan pertanyaan


Lihatlah
lihatlah kedasar hatiku
lihatlah,lihatlah dan lihatlah
seringnya aku mengungkit cintamu
dan ketulusanmu
bolehkah ianya hanya untuk ku
hanya milik ku
seringnya rajuk ku,tangis ku
dan tingkah ku mencabar kelakian mu
pun kau masih di situ
masih tidak membiarkan aku
atau melepaskan ku


Persis merpati putih yang kehilangan arah
sehingga aku alpa
kenapa aku terlalu sibuk melayani 
nurani yang telah di bisikkan syaitan ini


Sepanjang lorong perkahwinan ini
tidak ku dengar keluhan mu
termasinkah masakanku
termaniskah teh yang ku hidangkan


Maafkan aku wahai kekasih
biarlah aku mencium tanganmu
dan berilah kemaafan
halalkan lah cintamu selama ini
sebelum dalam waktu 
yang tinggal hanya sedikit ini
entah sebentar lagi Izrail datang memberi salam


Dan aku terlupa aku tiada apa-apa
bahkan sebutir cintamu itu
pun tak dapat ku bawa bersama ke alam abadi itu


Bahwa titian sehalus rambutku di belah tujuh 
luasnya bumi masyhar dengan matahari sejengkal
mampukah aku berjual beli dengan amalan sebesar debu


Duhai wanita yang hatinya terluka
usahlah membuang waktu yang singkat ini
menangisi cinta sementara sekadar pinjaman allah
bangkitlah pandanglah cinta abadi Rabiatul Adawiyah
seperti mana datangnya Kaabah mencari Rabi'ah
bagaimana kecewanya Ibrahim Idham kehilangan Kaabah
namun Rabi'ah berkata 
"aku tidak hany mahu melihat Kaabah aku mahu Allah!"


Duhai wanita yang hatinya terluka
semakin di kejar cinta kekasih semakin ia lari
menjauh dan menjauh
lalu ia menjadi sia-sia
carilah cinta seindah cinta Rabiatul Adawiyah
demikianlah
carilah iman carilah cinta allah
untuk membalut luka-luka di hatimu
wahai isteri yang kehilangan cintanya




Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

Sajak 2






Apakah ertinya sebuah perkahwinan
andai tiada pengertian dan pengorbanan
cinta suci di persia
dinding keikhlasan di robohi
tiang kejujuran di persenda
tugu kesetiaan tidak di hargai


Lelaki
begitu sulitkah untuk kau fahami
isi hati seorang perempuan bernama isteri
atau begitu tegar kau menyeksa jiwanya
hingga kau tergamak
menghancur lumatkan hatinya
menduakan kasih suci yang di curah
kau hadiahkannya kopi kesengsaraan
tanpa ihsan dan simpati
sedang kau sendiri tahu
kopi yang di beri terlalu pahit untuk di telan


Lelaki
tidakkah kau mengerti
perasaan seorang isteri yang terluka
kecewa dan hampa
menanggung sarat beban
derita yang kau lemparkan
akibat perbuatanmu
merobek hati mencarik rasa


Lelaki
ketahuilah isteri itu
anugerah ilahi yang amat berharga
yang perlu kau bimbing dan jaga
bukan untuk di sakiti dan di seksa
andai kau tersungkur mencari arah
punahlah mahligai yang di bina
musnahlah bunga-bunga kedamaian
lenyaplah sinar bahagia yang di impikan




Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

Sajak 1





Dalam hati ini 
tak siapa ketahui akan rahsianya
melainkan allah sahaja yang tahu..

Aku cuba mendalami setiap 
gambaran dari raut wajahmu
menerokai laluan sukar yang sama 
kita hadapi
ketahuilah dirimu sayang
segala kenangan bersama mu
kekal dalam ingatan..

Sayangku..

Jika matamu berat memandangku
ringankanlah kakimu pergi dari ku
jika bibirmu terpaksa bicara dan senyum padaku
relakanlah muka mu berpaling padaku
jika susah untukmu melupakan kesilapanku
senangkanlah lidah mu untuk menghinaku
tapi andainya satu hari nanti telingamu
terdengar berita kematianku
ikhlaskanlah dirimu menghampiri jasadku
dan berbisikkan lah di telingaku yang dirimu
telah pun memaafkan ku...

Moga kalimah terakhirmu itu menjadi
pelita di kubur gelapku
dan memejam mataku di bantal 
tika lena panjang ku di sisiNya..


nurkilan rasa

Nik norysella Asyekin