Monday, December 13, 2010

Luahan 1

   



  Aku di sini berpijak di alam nyata mu ya allah..Aku bersyukur ke hadrat mu ya ilahi kerana selama 28 tahun ini kau masih terus mencelikkan mata ini untuk ku terus menikmati keindahan dan keburukkan yang telah kau tetapkan untuk ku selama ini..Telah banyak kau beri sejuta pahit dan manis buat diriku ini..Aku harungi dengan penuh keredhaan dan kesyukuran kepadamu ya allah.Aku sedar selama 28 tahun yang lalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan mahupun dosa-dosa pada insan-insan yang telah kau cipta apatah lagi dosa-dosa ku kepada mu ya allah..


   Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman..Semakin lama kita hidup semakin banyak pengalaman yang di perolehi..Sepanjang meniti kehidupan ini aku bersyukur kerana pelbagai pengalaman hidup telah di lalui..Dengan pengalaman ini juga menjadikan aku seorang yang tabah,cekal dan sabar dalam menempuhi pancaroba kehidupan..Pengalaman ini begitu berharga sekali kerana mengajar erti kepayahan hidup..Biarpun tidak sekaya mana atau punyai harta bertimbun aku bersyukur dengan anugerah Ilahi beserta keteguhan diri untuk terus berjuang membina kehidupan ini..


   Dunia ini bukan di cipta untuk satu golongan sahaja malah sesiapa sahaja berhak untuk menikmati segala anugerah di dunia ciptaan tuhan ini..Jika kita redha insyaallah kehidupan yang kita jalani penuh dengan kemanisan..Tanpa punya rasa apa-apa pun jika kita punya keyakinan,iltizam dan semangat ingin maju bukan sesuatu yang mustahil kita akan beroleh kejayaan kerana cita-citalah membuatkan aku terus berusaha untuk mengecapi kebahagiaan yang teramat kecil ini..Tanpa cita-cita ada kemungkinannya aku adalah di antara mereka yang hidup dalam kekecewaan,kebuntuan dan tidak berdaya untuk bersaing di kota batu ini..


   Tanpa usaha dan kecekalan pasti segala impian ku ini tidak kan tercapai..Kita kena berusaha membina kehidupan jangan hanya berserah kepada nasib semata-mata..Kalau di renungkan kembali aku sendiri terasa bagaikan sedang bermimpi..Bagaimanalah aku boleh sampai ke tahap ini tapi inilah kuasa tuhan dan sebagai hambanya aku bersyukur kerana anugerahnya yang tidak terhingga..Biarpun tidak kaya namun aku rasa apa yang aku kecapi sekarang ini bergitu besar maknanya..

No comments:

Post a Comment