Thursday, December 30, 2010

pantun istimewa buat mu





anak tebuan di atas dahan
ambil betik buat halwa
sudah lama rasa ini ku tahan-tahan
entah bila kan bersua


mari berkembang bunga melati
camar pulang di waktu senja
cinta di beri untukmu pujaan hati
siang dan malam wajah terbayang..


di atas titi duduk bertandang
tumbuh rimbun si pohon bambu
hati terpaut sekilas memandang
wajah tampan menawan kalbu


meredahi danau titi sebatang
pohon selasih rendah dahannya
setia yang satu untuk mu seorang
tidak mungkin kucari dua


ombak menderu pantai berirama
cahaya bersinar nampaknya terang
walau sehari tidak bersua
bagai setahun dikau menghilang


berpimpim tangan  bergurau senda
merpati riang di dalam taman
janji terpahat akan setia
moga kekal ke akhir zaman


anak teruna menyunting bunga
bunga mawar di dalam taman
darjat dan pangkat bukan syaratnya
jiwa ikhlas hati tertawan


kiambang subur di tepi paya
anak rusa belajar berdiri
waktu berkasih banyak dugaanya
hasutan syaitan harus di hindari


memohon restu pada yang esa
di tempat orang merendah diri
semasa bercinta jangan sengketa
jujur setia di dalam hati


musim hujan menanam padi
bakar pula anak tenggiri
wahai sayang yang ku kasihi
taballah aku sebagai permaisuri hati


jahat sungguh mulut mencaci
duduk berlonggok suka mengata
andai benar aku di hati
cinta ku beri tanda setia


tinggi-tinggi si matahari
anak kerbau mati tertambat
kerana kanda dinda sanggup mati 
kalau cinta kanda dinda tak dapat


hisap rokok tembakau cina
keluar asap berbunga-berbunga
wahai kanda yang ku puja
datanglah ke mari peluklah dinda


kain songket cantik warnanya
di buat baju untuk bersanding
lihatlah cintaku yang menyala
hanya untuk dirimu seorang


negeri pahang aman sentosa
duduk di laman makan berangan
kasih ku ini bagaikan mutiara
kilauan sinarnya tiada tandingan


pergi ke kota membeli belah
asyik membeli terlupa masa
anak sungai mudah berubah
adakah dikau sama jua?


naik feri merentas sungai mengalir
niat di hati ingin ke sarawak
hamba umpama kiambang di air
pohonnya nampak akarnya tak jejak


pergi ke kolam memancing siakap
siakap di buat masak tiga rasa
tak pernah ku dengar kata-kata cinta di ucap
lafazlah agar wajah kasih tercipta...

No comments:

Post a Comment