Thursday, December 30, 2010

Sekadar





Dia sekadar memberi
dengan hati nan tulus
demi kelangsungan
yang ceria dan membahagiakan


baginya hidup 
adalah kemesraan dan
kasih sayang yang berpaut
berpaksi iman dan ketakwaan


dia sememangnya ria
dengan apa yang di lakukan
selagi hayat di kandung badan
dia lakukan segalanya
amal kebajikan


itulah dia 
padanya ada kasih dan cinta
yang terus di mekar suburkan
menjadi harum dan mewangi
lalu menceriakan suasana
menjadi damai dan membahagiakan


dan dia cukup perasa
pada kehidupan sejagat
kerana dia sememangnya
menghargai anugerah 
kurniaan tuhan
yang terus di syukuri
dari waktu ke waktu
dia tetap dia
yang berdiri penuh pasti
menyimpul ketentuan yang tersurat


wahai sahabatku semua
ambillah harta dunia sekadar keperluanmu
dan nafkanlah yang selebihnya
untuk bekal akhiratmu
jangan engkau tendang dunia ini
kekeranjang atau bakul sampah
kerana nanti engkau akan menjadi pengemis
yang membuat beban orang lain


sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya
kerana sesungguhnya yang engkau makan
dan pakai itu adalah tanah belaka


wahai sahabatku semua
detik jam maju tak mungkin mundur
sedangkan ibadah tak pernah teratur
selalu datang peringatan dari Al-Ghafur
tetapi nafsu ajak kita kufur
padahal kita akan mati
dan pasti akan di kubur


wahai sahabatku semua
tertutup tanah bersama lumpur
hati dan nafsu tak pernah akur
kadang-kadang tenang
kadang-kadang bertempur
maka kembalilah kita kepadaNya 
sebelum kita ke kubur....

No comments:

Post a Comment