Tuesday, December 14, 2010

Sajak 7




Indahnya dunia kerana cinta
indahnya cinta kerana hati
indahnya rumahtangga kerana cinta nan setia


Aku terasa bahagia dengan kasihmu
aku terasa ceria dengan setiamu
aku sentosa dengan cinta yang dikau beri
aku terasa gembira dengan mesramu
aku terasa selesa dengan kehadiranmu di sisi ku


hati dan jiwa ini rasa terpanggil
untuk meluahkan rasa rindu yang telah
lama berkubur di dalam dada ini
tak henti-henti hati ini menyebut nama mu
tak henti-henti jua degupan rindu ini
memalu jantungku




di rentap kasih jiwa ini
sinar mata yang menusuk hati
tapi tak terlepas dek sanubari
takkan terungkai ikatan sejati
antara kau dan aku


kasih dirimu ku paut dan ku peluk erat
kini resah menghilang rindu mendatang
persada cinta seteguh dunia
resapan rindu usapan bayu
kasih ini membawa bak sinaran mutiara
anugerah Ilahi syukur tak terkata




andai jiwa penghalang cahaya
aku rela tidak berjiwa
asalkan hati ini terang bercahaya
hidup ini perlukan cahaya
untuk terangi jiwa nan gelita
aku hidup perlukan pelita

untuk temani hidup nan seksa








Nurkilan rasa


Nik Norsyella Asyekin

No comments:

Post a Comment