Friday, December 31, 2010

BADAI KEHIDUPAN






Terlalu banyak aku menyimpan
dan memendam perasaan
kerana bimbang perasaan insan di kasihi
akan lebih terguris
aku mesti menghapuskan setiap
titis airmata duka yang selama ini
melemahkan sisa-sisa semangat ku

telah ku cuba buktikan yang selembut jiwa
wanitaku ini juga mampu
teguh kembali meskipun
pernah derita di hempas gelombang dunia
perjalanan hidupku tak seindah yang
di impikan
jiwa ini teruji dengan pelbagai dugaan

aku cuba untuk bangun
menongkah badai kehidupan ini
aku tak rela membiarkan diri ini
di perkotak katikkan lagi
tidak tegar aku memaut hidup
dengan hanya bergalangkan cinta
dan kepercayaan

sebongkah harapan yang terbina
bersama impian hampir musnah
sekeping hati terguris lara
pedihnya tiada terperi
sakit bak sembilu
menusuk bukan kepalang
runtutan duka menyentuh rasa
entah ke mana mengikut hati
sejuta langkah menghayun pergi
bersama kepedihan
merundung malang nasib diri menimpa

terbangun di benakku kerisauan
yang mencengkam
semalam di cekik kehampaan
serba tawar dan hambar
yang memancung segala keseronokkan
sampai bilakah aku mesti terkurung
dalam tempurung kekusutan
gelap dan pekat
aku perlu bangkit menyedut sepalit harapan
meneguk secebis ambisi
menguak seluas mungkin
jendela yang tertutup
agar sinar bisa menyelinap
mambasuh bersih awan-awan kemurungan

betapa pun kecewa hati yang pernah luka
pedihnya tak terasa
sakitnya membakar jiwa
luruh bersama kelopak cinta
andai berulang lagi
kecewa memanjat diri
menjalar di sanubari
adakah sakitnya kan memamah hati?
walau payah di rasa
lari dari dakapan cinta
pembawa kecewa tetap takkan di lupa
manisnya di dalam duka....

No comments:

Post a Comment