Wednesday, December 22, 2010

OMBAK DAN PANTAI






Percintaan kita ibarat ombak dan pantai
aku seperti pantai
walau pun badai menimpa lautan
setia menanti kepulanganmu
sedia berkorban apa sahaja


Percintaan kita ibarat ombak dan pantai
kau seperti ombak
walaupun gelombang melanda lautan
kau pasrah
tetap pulang kepadaku
tetap menyayangi diriku


Tetapi
aku takut
percintaan kita seperti ombak dan pantai
ombak yang sering menghakis pantai
tidak mempedulikan kesengsaraan
dengan rakus meninggalkannya
tanpa kesetiaan
tanpa kasih sayang


Harapanku
kau seperti ombak 
tetap setia mencurahkan kasih sayang
aku rela akan seperti pantai
rela berkorban apa sahaja untuk mu..

No comments:

Post a Comment