Thursday, December 30, 2010

SASTERAWAN






Tiap kali membaca bait-bait sastera
yang indah
hatiku semakin resah gelisah
kerana terlalu indah bahasanya
membuatkan aku gusar
dan bimbang
bahasa yang begitu indah ini
akan pudar layu
tenggelam di telan badai zaman


namun aku bukan lah
A Samad Said,Usman Awang atau
perjuangan sastera yang lain
aku cuma pencinta yang sentiasa
di tikam rasa gusar
andai perjuangan 
sastera agung ini akan pergi
dan membawa karya mereka bersama


jika ini terjadi
adakah generasi mendatang berpeluang
menghayati karya mereka?
tidak!!
aku perlu mempertahankannya
aku cintakan warisan berzaman ini
aku tak mahu ia tenggelam
siapa akan membantu aku?
siapa?
aku ingin sastera agung ini
sentiasa tersemat di hati
generasi sekarang dan mendatang
aku ingin warisan ini
di jaga kerana aku
pencinta sastera yang tegar....

No comments:

Post a Comment