Tuesday, May 26, 2015

Kerabu Timun




Kerabu Timun
Sumber 1 :- Buku resepi warisan
Sumber ke 2 :- Nik norsyella asyekin
Bahan A
1 batang timun(bersaiz besar)
1/2 cawan santan pekat
1 biji cili merah*
3 biji cili hijau/cili padi*
1 labu bawang besar*
(hiris bahan bertanda)
4 biji limau kasturi(di ambil jusnya)
1 sk gula
garam secukup rasa
Bahan B(di tumbuk kasar)
1 sb udang kering
1 sb lada hitam
Caranya
Timun di belah 2 dan di hiris kecil..Masukkan semua bahan A dan B ke dalam mangkuk..Gaulkan sebati..Sedia di hidang..

Kaswi Pandan



Kaswi Pandan Seri Wangi
Sumber: Kak Yatie
Bahan-Bahan ( loyang 8 inci )
-1 1/2 cwn tepung gandum
-1/2 cwn tepung ubi
-1 cwn gula pasir halus
-2 1/2 cwn santan (Yatie guna santan kotak 200ml dan selebihnya tambah air biasa)
-1 cwn air pandan (air di kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
-1 sudu besar air kapur sireh
-1/2 sudu kecil garam
-sedikit pewarna hijau.(sy xguna sbb xde)
**1/2 biji kelapa parut putihnya sahaja dan sedikit garam halus, gaulkan rata dan boleh di makan bersama kaswi pandan seri wangi.
Cara-Cara
Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Ketepikan dulu.
Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu.
Sementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar.
Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati.
Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya blend je semuanya.
Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 35 minit.
Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.
Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.

Monday, May 25, 2015

Capati


Sumber che mat gebu
Capati

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  2. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
  3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
  4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....

Saturday, May 23, 2015



Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen
Sumber: Azie Kitchen
Loyang 11” x 11”
Lapisan Bawah:
3 ½ cawan beras pulut rendam 1-2 jam - guna 2 1/2 cawan
3 cawan santan – dari 1 biji kelapa - guna 2 cawan
1 sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. Angkat dan ditekan tekankan sedikit sehingga mampat. Boleh juga guna loyang yang lain.
Lapisan Atas:
4 cawan santan pekat – dari 2 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan
2 cawan gula pasir
4 biji telur – saiz B/saiz C - guna B yang kecil
1 cawan tepung gandum - bagi penuh dan padat
1 sudu kecil garam
Kisar daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan jumlah santan yang diperlukan.
Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan 2 cawan santan terlebih dulu, pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung dan kacau rata sebelum masukkan baki santan. Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
Masukkan loyang lapisan bawah ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas, baru ditapis adunan ke atasnya dengan perlahan lahan di sekeliling loyang. Saya masakkan seketika lapisan atas, agak agak ianya keluar wap sahaja sebab pengukus saya banyak mengeluarkan wap.
Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Mula mula kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu sehingga dah turun, baru tutup semula. Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
Setelah betul betul sejuk, baru dipotong dengan pisau bersaiz kecil.
Nota:
Jika suka boleh juga dimasak lapisan atas di dalam kuali dalam 2-3 minit sehingga keluar wap sahaja. Jangan terlebih kerana dikuatiri lapisan atas tak melekat dengan lapisan bawah. Boleh juga dicakarkan bahagian atas pulut dengan garfu sebelum dituang lapisan atas.
Tip Mengukus:
Balut penutup pengukus dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan air menitis di atas permukaan kuih. Pastikan penutup pengukus bertutup rapat.
Tips memotong:
Biarkan kuih sejuk dalam 2-3 jam sebelum dipotong.
Celupkan pisau ke dalam air panas dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air dan ulanglah sehingga selesai.

Thursday, May 21, 2015

Kuih sagu kukus



Kuih sagu kukus

Sumber dari Norhawati Burhanuddin
Bahannya

1 cawan sagu
1/2 cwn gula
Sirap
Daun pandan

Caranya

Rendam sagu selama 1 jam kemudian toskan Msuk dalam loyang buh gula sirap daun pandan dan gaul rata..Kukus sehingga sagu masak..Tunggu sagu sejuk baru lah di potong dan di gaul kelapa yg di gaul garam..

Wednesday, May 20, 2015

Kuih Kaswi



Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Tuesday, May 19, 2015

Cakoi Mudah



KUIH CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak -
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak-hasue tambah
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Nota:cara HaSue-sediakan bekas besar,masukkan air suam,yis,marjerin,gula,susu pekat manis,kuning telur, dan tunggu sehingga yis kembang/hidup. .
Selepas itu baru masukkan sedikit tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan garam. Gaul sebati dan baru ayakkan tepung selebihnya sehingga boleh diuli(tidak perlu habiskan tepung)
Setelah doh benar2 sebati dan elastik,masukkan minyak dan uli seketika lagi. Biar mengembang kejap. Selepas itu baru canaikan(guna tangan ajer ratakan doh,potong kepada beberapa bahagian. Tekan tengahnya menggunakan chopstick. Tarik sedikit doh dan goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga keperangan..
Utk sosnya cara sy adalah
1 tin susu cair
2/3 sb tepung kastard
sedikit gula ikut manis mn anda nak
pewarna ijau dan paste pandan
masak semua skl di atas dapur hingga menjd pekat lalu sejukkan..

Sunday, May 17, 2015

Puding Tiramisu




Puding Tiramisu
Bahan
Biskut jacob/merry pun blh
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard
gula-ikut citarasa
esen vanilla
milo secukupnya
Caranya
Blender skjp susu cair tepung kastard gula esen vanilla kemudian masak dengan api yg perlahan sampai pekat..Kena kacau selalu ye..Pastu susun biskut dalam bekas sampai penuh bahagian bawah pstu letak kastard tadi n taburkan milo ulang sehingga habis..Last skl simpan dalam peti sdp di makan sejuk2...

Friday, May 15, 2015

Donut Sira Sambal



Donut Sira Sambal..

Bahan doh

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

RESIPI SAMBAL SIRA
Sumber Resipi : noorsha.blogspot.com

Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
Garam secukup rasa- hasue tambah
10 -15 biji Donut yang telah digoreng

Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba smile emoticon

Sebaiknya selepas disira,terus jer angkat donut tu dan buh atas pinggan ye, kalau tak ia akan sedikit melekat kalau masih kat kuali selepas beberapa jam.