Wednesday, July 25, 2012

acar kubis

acar kubis

ni semua sy agak2 je ye lalink2

kobis-di mayang halus
bawang besar-di mayang halus
cili padi-di mayang halus
cili merah-di mayang halus
garam
gula 
cuka


campurkn garam gula dan cuka dengan sedikit air..kacau smpi gula dan garam hancur..kemudian masukkn bawang dgn cili gaul rata last sekali masukkn kobis kacau sampai cuka tu semua kena pd kobis dan simpan dlm peti ais..nnt nk mkn keluarkan ye..

nasi minyak pandan


Nasi Minyak Pandan

3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu minyak sapi
1/2 inci halia ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 – 4 biji bawang merah (dihiris)
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bawang goreng
daun ketumbar
1/2 kiub ayam
1 sudu makan garam
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan

1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan dalam rice cooker. Masukkan secawan air kedalam beras tadi dan rendam seketika.
2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan hiris, kiub ayam, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air kedalam tumisan.
5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi.
6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi.
7. Tekan ON pada rice cooker, dan masaklah nasi seperti biasa.
8. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau keatas nasi. Kemudian tutup periuk nasi hingga masak.
9. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

ayam masak merah

ayam masak merah

BAHANNYA
1 tangkai kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
daun pandan di simpul
(kesemua bahan ni utk menumis)

2 labu bawang besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(kisar bahan bertanda)

4/6 sb cili kisar
1/2 cawan sos cili
2 keping asam gelugur
garam gula perasa
2 cwn pati santan
ayam- yg di goreng separuh masak

caranya

tumis bahan menumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar..setelah wangi masukkan pula cili kisar garam gula dan perasa..setelah pecah minyak masukkan sos cilikemudian masukkan pula ayam dengan asam keping kacau hingga air udang keluar..akhir sekali masukkan pati santan..kacau hingga kuah agak pekat;

Monday, July 23, 2012

kek chiffon pandan


sedap lembut je suka tp syg 1000 kl syg nk buat bg garing luar sbb suami suka skl ank dh panjat tong gas nk buka tudung oven nk ngap..nsb sempat nmpk..jwbnya terpaksa lah di keluarkn cpt..hu3 tp tetap lembut cm payah nk potong sikit sbb lembut sgt..

KEK CHIFFON PANDAN
BHN:
6 biji telur ayam --asing putihnya
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat - guna susu cair je
10 helai daun pandan --blend ambik patinya di campurkan dlm santan jadikan secawan

CARA:
1- Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2- Masukkan santan yang telah dicampur dengan pati pandan dan garam.

3- Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4- Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat - kalau terbalikkan tu tak jatuh ler..

5- Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

*** mai tak blend pun daun pndan guna esen pandan dan 
pewarna je..he.he.
cream of tartar mai ganti dgn cikit garam

blue chiffon cake

memang lembut dan gebu mcm span..ank2 masa tgh kita sejukkn dah nangis2 mntk nk mkn xsabar..hu3 terima kasih pada sis Nur Kasih Alias atas resepi ni..izinkn sy copy paste tuk do kongsi dgn kwn2 sy yg lain..jom intai bahan2nya..

~BLUE CHIFFON CAKE~
bahan2 A:
6 biji kuning telor
2/3 cawan minyak masak
2/3 cawan susu cair
3/4 cawan gula
1/2 s/k garam
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna biru
2 cawan tepung di ayak
2 s/k baking powder diayak
~satukan bahan2 A dan pukul sehingga benar2 kembang dan tidak berbintik..

bahan2 B:
6 biji putih telor
2/3 cawan gula
1 s/k cream of tartar
~satukan bahan2 B dan pukul sehingga benar2 kembang dan berkrim.
~dan satukan bahan2 adunan A dan B tadi buat kaedak kaup balik sehingga sebati.
~masukan kedalam loyang dan bakar selama 50min api atas bawah //ikut oven masih2.suhu 170'c.

serabai pandan

masih di bulan Syawal yg mulia. Sebetulnya ini menu sampingan hidangan 
pembuka di bulan ramadhan, tapi tak terlambat rasanya untuk saya kongsi di sini.
Bagi yang benar - benar berminat, jom kita tengok resepinya!

Bahan - bahannya :
200 gram tepung gandum
1 sdt baking powder
300 ml santan dari 1/4 biji kelapa
1 sdt yis
50 ml daun pandan
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
Minyak masak - untuk sapu atas kuali / acuan serabai

Cara Membuat :
Masukkan tepung gandum di dalam mangkuk. Di dalam mangkuk yang lain, pukul 
telur dan garam sehingga berbuih, masukkan santan, dan air pandan gaul hingga
sebati. Masukkan yis, kacaukan sekejap.
Tuangkan adunan ke dalam tepung sedikit demi sedikit, kacau sampai licin dan rata.
Biarkan adunan selama 1 - 2 jam. Panaskan acuan serabai / kuali biasa ok juga.
Sapu dengan minyak masak, tuangkan adunan 1 sudu besar.

Tunggu sehingga kelihatan ruang udara di permukaan serabai baru di tutup. Masak
dan angkat dari acuan. Hidangkan dengan sos.

Bahan untuk sos :
500 ml santan dari 1 biji kelapa 
Gula merah secukupnya
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
1 sudu teh tepung jagung untuk pemekat sos campurkan dng 1 sudu besar
air sejuk

Cara Membuat :
Masak santan, gula merah, garam dan daun pandan, kacau sehingga mendidih.
Masukkan tepung jagung, tunggu sehingga kuah/ sos sedikit pekat. Boleh dihidang
dengan serabai pandan

Thursday, July 19, 2012

LEMPENG SAMBAL HIJAU

sedap makan dgn sambal hijau..suami ckp ni mskn org dl2..org dl2 xder bende nk buat ni lah yg diaorg sll buat..

utk lempengnya..
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bicarbonat
2 cawan air
1 biji telur
1 sb mayonis
2 sb susu tepung(sy guna susu ank je)
gula(agak2 lah ye)
secubit garam

campurkn ke semua tepung,baking powder,soda bicarbonat,gula dan garam gaul2 sekejap..di dalam bekas lain pecahkn telur,bubuh air,mayonis dan susu..kcu2 sekejap je tau pastu buh tepung pun kcu2 sekejap jer..lepas tu panaskn kuali(sy guna kuali goreng ikan)..buh minyak sesudu buh sesenduk kecil ttp kuali..bila dah nmpk mcm nk masak atsnya alihkn..ulang proses smpi hbs..

utk sambal hijau

segenggam ikan bilis-di tumbuk jgn terlalu halus
cili api berwarna hijau ikut nk pedas byk mn-di blender

tumis ikan bilis hingga agak2 garing2(sll kcu tau)..slps tu masukkn cili kacau smpi cili msk rasakn garamnya..minyak kena buh lebih skit tau nnt cili x msk..dh msk leh mkn dgn lempeng ni.

Saturday, July 14, 2012

Ikan Masin Masak Asam



ikan masin masak asam mak saya

5 ekor ikan masin(terpulag jenisnya)
selabu bwg besar-hiris
5 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris
2 cawan air asam jawa(jgn pekat sangat)
cili padi-potong2 terpulang nk banyak mn

grg dl ikan masin..pastu tumis bahan hiris hingga naik bau pastu masukkan cili padi..akhir sekali masukkn air asam jawa dan ikan masin..siap..
dl abah sy suka makan ni mak sy sll masak skrg suami saya pula suka..jd saya kongsi lak dgn kwn2 slmt mencuba ye sng jer resepinya..mudah2 belaka..he3.


Ikan Masak Asam



sedap ikan keli ni buat masak gini..suami adik dan kwn adik pun suka..alhamdulillah..leh buat lagi lepas ni..terima kasih pada sis jalinan rasa..


IKAN MASAK ASAM
Resipi Asal : http://www.myresipi.com/top/detail/11218
Sumber Resipi : http://hanamemories.blogspot.com/2010/04/ikan-masak-asam.html
Sumber :Ayu Jalinan Rasa

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam - hana tuko ikan (Ayu guna 4 potong ikan gerut²)sy gn ikan keli..
* 3 ulas bawang putih
* 3 biji bawang kecil
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas - hana tk tumbuk
* 1 sudu teh jintan manis - hana tk tumbuk juge-sy xguna sbb xder..
* 1 inci belacan (sukatan Ayu)
10 biji cili api - belah 2 (tp x putus)-sy xbelah sbb ank nk mkn
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 batang serai diketuk
2 sudu asam jawa tanpa biji - bancuh dengan air-sy guna asam jawa biasa..
1 biji tomato - Ayu belah 6
Bendi

CARA-CARA:
1. Ayam atau ikan di potong sederhana besar & digoreng hingga kekuningan (jgn terlalu garing) - hana goreng tambah garam dan kunyit
2. Tumbuk bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan.
3. Masukkan cili api, bawang besar, air asam & ayam@ikan.
4. Perasakan dgn garam. Masak hingga kuah agak pekat.
5. Sedia utk dihidang


Puding Roti Coklat Sos Kastard





sedap suami adik dan adnk2 suka..tapi maaf lah yer sy potong ms tgh pns jd rupa xcun..he3 sbbnyer ank2 beria suh potong nk mkn sgt katanya..
sumber:-Resepi Bonda

PUDING ROTI COKLAT CHIPS


Bahan A:

600 ml susu perisa coklat-dlm kotak
8 keping roti putih
Butter secukupnya utk disapu pada roti

Bahan B:
5 sudu besar gula halus
2 sudu besar milo
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam
Coklat chips secukupnya-sy xguna sbb xder

SOS KASTAD
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
(sos ni sy buat stail sy..1 tin susu cair 1 tin air,2 sb tepung kastard,2sb gula dan 1 st esen vanilla)
*Kalau nak pudding roti agak kering masak la lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis tambah la gula lagi

Cara memasak :

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan coklat chips secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.
2. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.
3. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.








Puding Biskut



memang sedap sis..time kasih sis..luv u lah..tapi sy derhaka skit hu3..buah koktel tu sy letak ats puding sblm dia keras..Puding Biskut
sumber:-sis Rahel Blogspot
Bahan:
8 keping biskut lemak (i guna biskut marie..tapi sedap wo)-tapi saya guna 2 genggam biskut cream cheese
4 sudu besar tepung kastard
3 cawan santan (i guna fresh milk..tapi sedap wo)
2 sudu besar susu pekat (i tak letak pun dah manis)
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila (i yang pandai2 tambah ni)

Cara:
1.Campurkan biskut bersama satu cawan santan,telur dan kisar hingga halus.
2.Masukkan biskut yang dikisar tadi bersama lebihan santan,tepung kastard,susu pekat
& gula.Masak di atas api yang perlahan.Kacau hingga pekat dan tuang ke dalam acuan.
3.Sejukkan dalam peti ais.Hias dengan buah-buahan dalam tin.
slmt mencuba pd kengkwn semua.











Pavlova



sedap..time kasih my freind
sumber:-duyung sweets laling
thanks syg ats resepinye..
PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor (buh 1/2 cwn jer ni pun ada rs manis)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.buh dlm bentuk bulat
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar

SELAMAT MENCUBE








Aiskrim






AISKRIM

suka sangat dpt buat aiskrim sendiri ni
sumber:- Noraslinda Bugal
BAHAN-BAHAN
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna merah jambu
Sedikit perisa strawberry
CARA MEMBUATNYA
Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
Saya bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas,pastu masukkan dalam adunan dan pukul dengan mixer sekejap
Pastu boleh le dicorakkan aiskrim tu cam nak buat marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
Bila dah beku/keras boleh la dinikmati..