Sunday, January 29, 2012

KEK PISANG MARBLE SUSU




Kek pisang marble susu

Bahannya

2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1/2 sk soda*
ayak semua bahan bertanda
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
secubit garam
sedikit esen vanilla
3 biji telur
sedikit coklat emulco @serbuk koko


lenyek pisang dengan garam dan ketepikan..kemudian pukul telur bersama gula hingga kembang..setelah kembang masukkan pisang lenyek bersama minyak masak dan kacau sebati..selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen..kacau sebati guna senduk..ambil kira2 2 senduk adunan tepung dan campurkan dengan coklat emulco @ serbuk koko..kacau sebati dan ketepikan..loyang di sapu butter @ minyak..tuang adunan asal sesenduk dan adunan coklat sesenduk..ulang proses hingga habis dan kemudian lorekkan..bakar kek pada suhu 170 darjah cel selama 60 minit @ hgga kek masak..

RENDANG IKAN TONGKOL MAK SAYA



Rendang ikan tongkol mak saya

Bahan


ikan tongkol(di basuh bersih dan di rebus dgn garam dan juga asam keping..kemudian goreng jangan terlalu lama dan ketepikan..)
1 biji bawang besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
sedikit lengkuas*
2 batang serai di titik
kisar bahan yang bertanda
4 sb cili kisar
2 helai daun kunyit yang di racik halus
1 keping asam gelugur
2 cwn santan pekat


caranya

tumis serai beserta bahan yang di kisar hingga naik bau..kemudian masukkan cili kisar dan letak garam aji dan gula..gaul hingga pecah minyak dan sekata..kemudian masukkan santan,asam keping dan juga ikan..gaul hingga sebati akhir sekali masukkan daun kunyit..siap untuk di hidang..


KEK MARBLE

KEK MARBLE (RESEPI DARI SIS NORASLINDA BUGAL)

by Nik Norsyella Asyekin on Monday, 30 January 2012 at 09:53
1 buku buttercup(250 g)
1/2 cawan gula
1 cawan dulce de leche(susu pekat yang di tanggalkan kertasnya dan di rebus di dalam air selama 3 jam..kemudian keluarkan dari air rebusan dan biar betul2 sejuk baru di buka tinnya..)1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
2 sb serbuk koko
(di bancuh dengan susu cair di jadikan paste)
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 sudu teh baking powder*
ayak bahan bertanda



pukul buttercup degan gula hingga kembang masukkan esen vanila dan pukul lagi..masuk dulce de leche sambil adunan di pukul sebati..perlahankan mixer masukkan tepung sedikit demi sedikit..pukul telur di dalam bekas yang berasingan(guna manual jer)..masukkan telur di dalam tepung tadi..pukul sebati dengan kelajuan rendah..bhgi 2 adunan 1 adunan asal 1 campur koko..loyang di sapu mentega..tuang sesenduk warna asal dan sesenduk warna koko..bakar pada suhu 180c sehingga kek masak..