Wednesday, December 21, 2011

COTTON CHEESE CAKE


Cotton cheese cake

Bahannya

140 g gula halus
6 biji putih telur
6 biji kuning telur
1/4 sk cream of tar tar
50 g mentega
100 ml susu segar
250 g cream cheese
60 g tepung kek
20 g tepung jagung
1 sb jus lemon
esen vanilla

caranya

1..cairkan krim keju,mentega dan susu segar secara double boiling..biarkan sejuk sedikit baru di campurkan dengan tepung kek tepung jagung..kacau hingga sebati masukkan kuning telur,jus lemon dan gaul hingga rata..
2..pukul putih telur bersama cream of tar tar hingga kembang..masukkan gula dan esen vanilla..
3..campurkan no 1 dan no 2 by cara folding..biar rata..maksudnya kaup balik..masukn adunan di dalam acuan/loyang yang telah di letak kertas pembakar dam tebur dengan sedikit tepung..steam bake pada suhu 160c selama 1 jam 10 minit bergantung pada oven masing2..

KEK OREN BLENDED..


Kek oren blended

Bahannya


1 biji buah limau
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung*
1 sb baking powder*
ayak bahan bertanda
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna oren


kupas kulit limau..blender sebiji limau bersm dgn 1/2 kulit limau,minyak masak,gula..kemudian pukul telur hingga kembang..pastu masukkan esen vanilla dan bahan bertanda tadi..akhir sekali baru masukkan bahan yang telah di blender td..masukkan pewarna..dan tuang adunan ke dalam loyang yg telah d giris bakar pada suhu 170c selama 40 minit hgga 1 jam @ hgga masak..

KEK KARAMEL EPAL..


Kek karamel epal

Bahannya

1 biji buah epal
30 g gula bersamaan dgn 3 sudu gula
sedikit serbuk kulit kayu manis(sy xguna sbb xde)BAHAN UTK KEK
50 g gula halus
secubit garam
1 sk baking powder*
50ml susu segar
90 g mentega-di cairkan
150 g tepung gandum*
ayak bahan bertanda*


caranya

kupas kulit epal buang biji dan potong dalam 3-5cm @ ikut suka..
buat karamel:-letak gula dlm periuk atau kuali bakar hingga menjdi karamel..kemudian masukkan epal..kacau dan biar hingga epal lembut @ kering air..padamkan api..

untuk kek..masukkan gula,garam ke dalam mentega yang telah di cairkan.kacau hgga gula hancur..pukul telur hingga kembang..kemudian masukkan mentega tadi dan bahan yang telah di ayak..kacau sebati..campurkan susu dan kacau sampai adunan sebati lagi..masukkan karamel epal dan kacau lagi..tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170c selama 40 minit @hgga masak..bila dh siap boleh di wrap dgn plastik wrap dh sejuk boleh di simpan dalam peti ais..(sy xbuat pun guna plastik..)

Tuesday, November 15, 2011

PIZZA


1kg tepung gandum (sy guna hny 1/2 kilo)
1 sb minyak zaitun
11 g maripan bersamaan dengan 1 paket maripan
2 cawan air suam
garam

bahan topping(agak2)

bawang merah
lada capsicium hijau(sy guna cili merah)
nenas dalam tin
daging kisar ramly
cendawan butang(sy guna cendawan shitake)
sosej
sos pizza(sy guna sos cili sbb cari2 dh hbs sos tu)
lada sulah
bawang putih di cincang
mozarella


tumis bawang putih dgn minyak zaitun..nl dh agk wangi masukkan daging,lada sulah dan garam..kacau hgga air daging kering dan sebati..angkat dan ketepikan..untuk dohnya..
masuk tepung,air,mauripan dan garam..uli hgga menjadi doh dan perap selama 1/2 jam..doh akan mengembang dan bhgikan kepada beberapa bhgian..canaikan dan letak doh atas tray..kemudian sapukan sos pizza taburkan mozarella,daging,hirisan sosej,lada,nenas dan bawang..akhir sekali tabur mozarella skl lagi dan bakar pd suhu 180c selama 10 minit.

KEK KELAPA


3 cawan tepung kek(saya guna tepung gandum)
1 sk baking powder
1/2 cawan kelapa kering
1/2 sk garam
1 1/2 cawan gula
1 3/4 cawan air1 paket santan segera(50g
1/2 cawan minyak sayuran
2 biji telur
2 3 titik perisa pandan
pewarna


gaul bahan kering(tepung,kelapa kering,garam dan gula)>>masukkan bahan basah seperti santan,air,minyak,telur dan perasa panda..blender dan blend hgga sebati..masuk adunan yang telah di blend ke dalam adunan tepung gaul perlahan2 hgga tidak berketul..tuang dlm loyang dan bakar dlm oven 170c sehgga masak..

Saturday, November 12, 2011

AYAM MADU BBQ


AYAM MADU BBQ

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, 13 November 2011 at 11:43
12 ketul kepak ayam/paha ayam (sy belasah je mn yang ada)$ sudu makan madu
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
(kisar kering bahan bertanda di ats)
2 inci halia*
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
(kisar bersama bahan bertanda ini)
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar
garam secukup rasa


gaul semua bahan di atas ke dalam ayam..sesuaikan rasa manis dan masinnya..perap semalaman..penggang/bakar seperti biasa..

PIZZA SEMPOI


PIZZA SEMPOI

by Nik Norsyella Asyekin on Sunday, 13 November 2011 at 11:53
1-2 bantal roti gardenia/high 5
3 ulas bawang merah dan bawang putih-di dadu
1 paket sosej-di dadu
1 paket crab stik-di dadu
3 keping isi ayam-di dadu
sos cili/sos tomato
mayonis
serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
marjerin
1 biji telur-di pukul sedikit

tumis bahan cincang dan di dau dengan sedikit marjerin..perasakan dengan serbuk lada sulah serbuk lada hitam,garam dan perasa..masuk inti ke dalam telur dan kacau..sapu marjerin,sos,mayonis ke atas roti..letak inti tadi ke ats roti dan sy ltkkan keju mozarela atas inti..ulang hingga habis dan bakar 8-10 minit @hingga garing(bg yg suka garing)..sedia untuk di ngap...

KEK SANTAN


Kek santan

Bahannya

4 biji telur gred A
360 gula-saya kurangkan ke 260
1 biji kelapa-di jadikan 400 ml santan
 helai daun pandan-di parut dan di perah bersama kelapa tadi(sy blend dgn daun pandan tu
400 g tepung gandum*
4 sk baking powder*
(ayak bahan bertanda*)

pukul gula dengan telur hingga kembang..masukkan santan yang di perah bersama pandan dan kacau sebati..masukkan tepung dan kacau lagi..griskan loyang dan masukkan adunan kek..bakar 180c selama 45 minit..

(gambar ni sy guna tepung kek jd agk keras skit sbb tepung gandum hbs hu3)

AGAR AGAR ROTI


Agar-agar roti

Bahannya

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair(170 ml)
8 g serbuk agar2
1/2 cawan gula-boleh di kurangkan
2 sb butter/marjerin-cairkan
3 1/2 cawan air

didihkan air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk..blend roti,telur,susu pekat dan susu cair..kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi..masuk butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat..tuang dalam acuan..boleh lah letak pewarna apa2 kat tengah2 dan lorekkan dengan lidi..masuk dalam peti ais untuk beberapa jam sebelum di makan..

Thursday, November 10, 2011

KEK PANDAN NESTUM


Kek pandan nestum

Bahannya

1 gelas gula
5 biji telur
1 gelas minyak masak
1 1/2 gelas tepung gandum
1 gelas nestum
1 sudu teh soda bicarbonat
2 sudu makan esen padan
pewarna hijau(saya terlupa nak letak)


pukul telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan minyak sambil di pukul lagi..masukkan nestum dgn tepung gandum dan kacau dengan menggunakan spatula..masukkan soda dan gaul lagi..gaul rata dan griskan loyang dengan minyak masak..bakar dalam suhu 190 c sehingga masak @ 45 minit..

PUDING ROTI SOS KASTARD


Puding roti sos kastard

Bahannya

9-10 keping roti gardenia(di rendam dengan air panas)
2 biji telur gred A
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh coffe emulco/choc emulco
1/2 sudu te esen vanilla
3 sb gula
3 sb tepung kastard
1 cawan susu cair
1 cawan air


panaskan oven 180c..
putar telur dengan 1/3 cawan gula hingga kembang..kemudian masukkan coffe emulco/choc emulco,2 sb susu cair dan esen vanilla..kacau sebati..masukkan roti yg telah di rendam tadi dan gaul rata dan tak perlu di putar hanya dengan gunakan spatula sahaja..masukkan roti dalam loyang yg telah di sapu mentega..dan bakar hingga masak..cucuk dengan lidi utk mengetahui roti tadi dah masak ke belum..

untuk sosnya

masukkan susu cair,air,2 sb gula,dan tepung kastard yg di bancuh dengan sedikit air..kacau hingga nampak berkilat..tuang sos di permukaan puding ketika hendak di hidangkan..

Wednesday, September 28, 2011

SAMBAL UDANG PETAI


SAMBAL UDANG PETAI

by Nik Norsyella Asyekin on Wednesday, 28 September 2011 at 15:10
2 labu bawang besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
(kisar bahan bertanda)
sedikit air asam jawa
4 sb cili kisar
garam,gula dan perasa
santan pekat 2 cawanudang
petai


caranya:

tumis bahan kisar iaitu bahan kisar bawang tu sehingga wangi..setelah itu masukkan cili kisar,garam,gula dan perasa..(ini cadangan ibu saya dr dulu kalau masak sambal biar masukkan garam gula sma awal2 supaya cili tu masak dengan betul)..kacau sehingga cili kite keluarkan minyak dan masak..kemudian masukkan air asam jawa,udang  kacau sehingga air udang itu keluar..masukkan pati santan..akhir sekali masukkan petai..jangan terlalu lama petai atas api kerana ianya akn lembik..saya masuk petai 4 minit je terus tutup api..


udang galah masak merah

udang galah masak merah



BAHANNYA
satu tangkai kulit kayu manis
dua kuntum bunga lawang
enam biji buah pelaga
daun pandan di simpul
(kesemua bahan ni utk menumis)
dua labu bawang besar*
tujuh ulas bawang putih*
satu inci halia*
(kisar bahan bertanda)
empat @ enam sb cili kisar
setengah cawan sos cili
dua keping asam gelugur
garam gula perasa
dua cwn pati santan
udang galah


caranya


tumis bahan menumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar>>setelah wangi masukkan pula cili kisar garam gula dan perasa>>setelah pecah minyak masukkan sos ciLI.kemudian masukkan pula udang dengan asam keping kacau hingga air udang keluar..akhir sekali masukkan pati santan..kacau hingga kuah agak pekat;.

IKAN KERISI GORENG


By Nik Norsyella Asyekin · 49 minutes ago
1 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
4 @ 6 sb cili kering kisar
(sma bahan ni di blender sekali)
garam
6 ekor ikan kerisi

caranya

ikan kerisi yang telah di basuhkan di perap bersama ke semua bahan2..semasa hendak menggoreng letak asam keping dalam sekeping 2..dan boleh lah goreng setelah minyak panas..

apam bakar

apam bakar










350 gram tepung gandum
180 gram gula kastor
3 biji telur
1/2 sb serbuk penaik
1 sb ovallet
170ml air1/2 sk esen vanilla
sedikit pewarna pilihan


caranya

panaskan oven pd suhu 170 darjah celcius siapkn loyang dengan sapu marjerin @ alas dengan kertas minyak pukul telur bersama gula air ovallet esen selama sepuluh minit kemudian masukkn tepung bersama serbuk penaik yang telah di ayak bersama dan pukul lagi satu hingga dua minit bahagi kepada dua bahagian dan letak warna kesukaan masing masing tuang bahagian pertama dan kemudian bahagia kedua secara rendah dan perlahan lahan supaya tidak bercampur warnanya bakar hingga masak untuk kukus boleh di kukus apam ni hingga masak

Monday, August 22, 2011

PUDING ROTI PELANGI


PUDING ROTI PELANGI

by Nik Norsyella Asyekin on Friday, May 13, 2011 at 8:55pm
20 gm agar2
                  6 keping roti
                  6 sudu besar susu pekat
                  1 tin susu cair
                   2 biji telur
                   1/2 cawan gula
                   1 sudu teh pewarna hijau
                    1 sudu teh pewarna merah
                    1 sudu teh pewarna kuning
                    1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:- 1-Masak agar2 sehingga hancur dan masukkn gula.

                         2-kisar roti bersama susu cair dan susu pekat
                         3-kemudian masukkn telur dan kisar lagi
                         4-masukkn esen vanilla
                         5-masukkn bahan kisar ke dalam adunan agar2 tadi dan kacau hingga sebati dan pekat..
                         6-sesudah itu bahagikan kepada 3 bahagian iaitu hijau,merah,kuning dan yang asli.
                         7-masukkn adunan berwarna ini secara berselang seli ke dalam adunan asli.sejukkan..

ASAM PEDAS


bahan-bahannya

4 ekor ikan kerisi
lengkuas
halia
serai-dititik
daun kesom
3 kuntum bunga kantan
belacan
2 biji bawang besar
5/6 ulas bawang putih 
air asam jawa (ikut suka nak banyak mn)
cili kisar dalam 2 senduk nasi
terung
tomato
daun kesom

cara-caranya

kisar bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas dan belacan dan tumis bahan yang telah di kisar hingga naik bau.selepas itu masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan pecah minyak.selepas itu masukkan air asam jawa,bunga kantan,ikan serbuk perasa dan garam..akhir skl setelah ikan masak masukkn terung tomato dan daun kesom.

*Boleh di ganti dengan bendi.macam saya guna terung dan tomato sebab ada banyak dlm peti dari di buang baik campak je dalam asam pedas..he3*

AYAM MASAK DAUN KESOM


Ayam masak daun kesom

Bahannya

bahan-bahannya

1 ekor ayam (di potong kecil)
daun kesom
10 tangkai cili kering di mesin halus
4 ulas bawang putih-di tumbuk halus
6 ulas bawang merah-di tumbuk halus
kunyit hidup-di tumbuk halus
lada hitam-ditumbuk halus
halia-ditumbuk halus
asam jawa
air


cara-caranya

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau.msukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.masukkan asam jawa yang telah di gaul dengan air kacau masukkan ayam.biarkan ayam masak masukkn daun kesom garam dan serbuk perasa..siap untuk di hidangkan..

AGAR-AGAR GULA MELAKA


Agar-agar gula melaka

BAHAN-BAHANNYA:-
 
1 BUNGKUS AGAR2
7 CAWAN AIR
1 CAWAN GULA MERAH
1 CAWAN GULA PASIR
1 BIJI TELUR*
1 KOTAK SANTAN (YANG SEDANG BESARNYA)*

BAHAN YANG BERTANDA * KISAR BERSAMA..
CARA-CARANYA:-

DIDIHKAN GULA MERAH BERSAMA AIR(SAYA LETAK DAUN PANDAN SEKALI HIK3 IKUT RESEPI TUANNYA NI X DER LAK TULIS LETAK DAUN PANTAN)..KEMUDIAN TAPIS..DIDIHKAN AGAR2..MASUKKAN GULA MERAH DAN GULA PASIR..KEMUDIAN MASUKKN TELUR YANG DI PUKUL DENGAN SANTAN TADI DAN KACAU SENTIASA..DAH GELEGAK MASUKKAN DALAM LOYANG DAN SEJUKKAN..

PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Puding karamel tanpa telur

Bahannya

BAHAN A:- 2 SENDUK GULA-UTK GULA HANGUS
     
BAHAN B:-1 BUNGKUS AGAR2
                2 1/2 CAWAN GULA
               
BAHAN C:-1 TIN SUSU CAIR
                 2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
                 2 SUDU ESEN VANILLA
(CAMPUR KESEMUA BAHAN C DAN GAUL HINGGA SEBATI)

CARA-CARANYA:-

HANGUSKAN GULA CAM BUAT KARAMEL DAN KETEPIKAN..DALAM PERIUK DIDIHKAN BAHAN B GUNAKAN API YANG KECIL SETELAH AGAR2 TD NMPK DAH CAIR MASUKKN BAHAN C DAN KACAU RATA SEHINGGA ADUNAN NAMPAK LIKAT DAN PEKAT..MATIKAN API TUANG ADUNAN DALAM ACUAN YANG BERISI GULA HANGUS..BEKU KAN SEBENTAR DAN BOLEH LAH DI POTONG DAN DI HIDANGKAN..

SAMBAL GORENG TEMPOYAK


Sambal goreng tempoyak

bahannya:-

sengenggam ikan bilis-di basuh
sengenggam cili padi-di kisar
1 1/2 sudu besar tempoyak

cara2nya:-

tumbuk ikan bilis..setelah hancur pecah2 masukkan tempoyak dan tumbuk lagi..tumis ikan bilis yang telah di campur dengan tempoyak dan masukkan cili padi kisar..kacau sehingga masak..sedap di makan dengan nasi panas..

* sy mkn dengan ns dan ulam je kalau ada ni..ni adalah dr suami sy..suami yg ajar masak ni..*

STICKY CHICKEN WITH HONEY


 Stickey chicken with honey

bahan-bahannya:-

12 keping kepak ayam-belah 2 jadi 24(tapi sy xgn kepak sy bedal je mn yg ada)
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih-di cincang
1/2 inci halia-di cincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam(sy x guna serbuk sy tumbuk lada hitam sndr)
1 sudu besar sos ikan(sy xguna pun)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu sos cili
1.4 cawan madu

cara-carany:-

masukkan minyak dan goreng ayam begitu sahaja sehingga airnya kering dan berubah warna..masukkan bawang putih,halia dan ayam kacau dan goreng selama 5 minit..kemudian masukkan semua sos dan madu..kacau sekejap dan tutp kuali..selalu kacau supaya tidak hangit..kacau sehingga 15 minit @ sehingga semua ayam bersalut dengan sos..siap untuk di hidang..

AYAM PAPRIK



AYAM PAPRIK

BAHANNYA:-

BEBERAPA KETUL AYAM(IKUT SUKA HATI NAK BYK MN TP DI POTONG KECIL2)
KACANG PANJANG,BUNGA KUBIS,CARROT,JAGUNG MUDA DAN TOMATO(DI POTONG KECIL)
3 ULAS BAWANG MERAH*DI TUMBUK
1 ULAS BWG MERAH-DI BELAH 4
1/2 INCI HALI-DI HIRIS HALUS
1 BATANG SERAI-DI KETUK
BEBERAPA CILI PADI IKUT KEPEDASAN MASING2 SUKA-DI KETUK
4 SUDU BESAR SOS TIRAM
4 SUDU BESAR SOS CILI
2 SUDU BESAR KICAP PEKAT MANIS(SAYA GUNA JENAMA ABC)
3 HELAI DAUN LIMAU PURUT -KOYAK2KAN
2 SUDU TEPUNG JAGUNG-DI GAUL DENGAN SEDIKIT AIR
GARAM
1 CAWAN AIR

CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK TUMIS BAWANG DAN BAHAN KETUK DAN BAHAN HIRIS..SETELAH NAIK BAU MASUKKAN AYAM DAN GAUL RATA..SETELAH AYAM MASAK MASUKKAN SEMUA SOS DAN GAUL SEBATI..MASUK PULA SEMUA SAYURAN KECUALI TOMATO...MASUKKAN SEDIKIT AIR BERSAMA AIR TEPUNG JAGUNG TADI..AKHIR SEKALI BOLEH LAH MASUKKAN TOMATO DAN DAUN LIMAU PURUT..RASAKAN GARAM NYA..

PUDING BUIH


Puding buih

bahannya

1 paket agar2
1.75 liter air
9 sudu gula(tp saya guna 6 sudu je sbb nak mkn dgn kuah dia kan kuah dia pun manis)
1 helai daun pandan-simpul
6 biji telur gred A-asingkn putih dgn kuning dan simpan 1 biji kuningnnya utk di masukkn ke dlm kuah)
1 tin fruit cocktail-asingkn air dgn buah
pewarna dan paste ikut citarasa
2 sudu esen vanilla

cara2 nya

masak agar2 bersama gula air dan daun pandan..bila dah mendidih masukkn pewarna kacau sebati..bila dah betul2 masak tutup api..agar2 dah suam2 kuku boleh pukul putih telur hingga betul2 kembang mcm krim kek gitu jd nya..slps nmpk mcm krim kek baru masukkn kuningnya yang 5 biji td 1 per 1..pukul lagi hingga gebu segebu2nya..tuang agar2 di dalam pukulan telur tadi dan pukul lagi hingga betul2 sebati..letak lah dalam loyang setelah semuanya sebati

untuk kuahnya pula

bahannya

1 tin susu cair
2 tin air-guna tin susu cair
7 sudu besar gula-tapi saya guna 3 je tu pun dah manis
2 sudu besar tepung kastard-di bancuh dengan sedikit susu cair tadi
1 biji kuning telur-yang diambil dari 6 biji tadi
2 helai daun pandan-simpulkan
1/2 sudu kecil garam

caranya


masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih kuah ini hendak lah selalu di kacau supaya tidak berketul..bila dah mendidih dan pekat tutup api dan biarkan sejuk bila dah sejuk simpan dalam peti ais.

* bila nak makan potong puding buih letak kuah kastard dan hias dengan buah coctail tadi dan ngap lah..he3..


BIHUN GORENG TOMYAM


Bihun goreng tomyam

bahan-bahannya

1 bungkus bihun-rendam dan toskan
300 gram udang
300 gram ayam
3 ulas bawang putih-di ketuk
5 ulas bawang merah-di tumbuk
2 batang serai-di ketuk
2 kiub perencah tomyam(saya gn dlm paket)
cili api-bagi yang mahu pedas
1 biji telus
3 helai daun limau purut-koyak2kan
sayur kubis
carrot-potong memanjang
2 biji tomato belah 4
1 mangkuk air

cara-caranya

tumis bawang dgn serai hingga wangi..masukkan ayam dan kacau..masuk perencah tomyam goreng hingga pecah minyak..masukkn udang,air,garam..selepas itu masukkn pula sayur-sayuran,cili dan tomato..masukkn pula daun limau purut bila sayur sudah lembut masukkn bihun dan kacau hingga ramuan sebati..

Asam Rebus Kerang


Asam rebus kerang

bahan2nya


2 ikat keladi-di rebus dahulu dengan asam keping dalam 2 keping
2 kg kerang
1 ikat daun kesom
5 keping asam gelugur
5 biji cili merah*
20 biji cili padi*
5 biji bawang besar*
1 inci belacan*
5 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
(mesin bahan yang bertanda)

cara2nya:-

rebus keladi dahulu tapis dan letak tepi..panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di mesin tadi hingga naik bau..masukkan air,kerang dan asam keping..rasakan garamnya setelah kerang tu terbuka2 baru masukkan daun kesom dan keladi..sedia untuk di hidang.


petua:-hilangkn kotoran pada kulit kerang

ambil segenggam garam kasar masukkan ke dalam bekas berisi air yang mengandungi kerang..kemudian potong lebih kurang 3 sentitmeter dahan pisang dan gunakan ia untuk menggosok kulit kerang tersebut.hasilnya dapat di lihat dalam masa 2 minit..

AYAM MASAK PINDANG



bahan-bahannya

beberapa ketul ayam-goreng separuh masak
2 batang serai-di ketuk
1 helai daun kunyit
7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
tumbuk bersama bahan yang bertanda*
1 sudu besar cili kering mesin
1 keping asam gelugur
1 jag kecil air
1 sudu besar serbuk kunyit
beberapa biji cili padi

cara-caranya


tumis serai dengan bahan tumbuk hingga naik bau.selepas itu masukkn cili kering mesin serta serbuk kunyit dan kacau hingga pecah minyak..dh pecah minyak masukkan air,asam gelugur..masukkan ayam daun kunyit dan cili padi..biar hingga ayam betul2 masak..

*anda boleh masukkan tomato..tp sy malas nak ke kedai beli redah je xder pun xper jji hbs di mkn hik3..
WebRepOverall rating 

KEK COKLAT KUKUS


Kek coklat kukus

bahan-bahannya

1 biji telur
1 cawan gula-di blender halus
2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk coklat van hauten*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
(ayak bahan bertanda bersama)
1 tin susu cair
1 cawan minyak masak
1 sudu esen vanilla


cara-caranya


pukul telur dengan gula hingga gebu..masukkan esen vanilla,minyak dan susu pukul lagi..masukkan bahan yg telah di ayak bersama tadi sedikit demi sedikit dan pukul sebati..letak dalam loyang dan kukus lah hingga masak..cucuk dengan lidi utk pastikan ia sudah masak..kalau melekat lagi maknanya x masak lagi..jangan gunakan api yang besar nanti kek pecah di tengah..
WebRepOverall rating 

Puding Kastard Pelangi



Puding kastard pelangi

bahan-bahannya

25gm agar2 bertali
1/2cawan susu pekat*
1 tin susu cair*
3 sudu tepung kastard*
2 sudu kecil esen vanilla*
2ibiji telur*
3 keping roti gardenia-koyak2kan*
(blender semua bahan yang bertanda)
pewarna kesukaan masing2
4 sudu gula
daun pandan-simpul


cara2nya

masak agar2 bersama 1 jag kecil air daun pandan dengan gula sehingga hancur.setelah agar hancur masukkan bahan yg di blender td masak hingga pekat selalu di kacau agar tidak berketul..kemudian bahagikan kepada 3 bahagian..letak warna kesukaan masing2..letak sesenduk warna asal di tengah2 loyang kemudian warna merah di tengah warna asal kemudian warna hijau di tengah warna merah buat berselang seli hingga habis adunan td kemudian buatlah corak ikut cita rasa masing..sejukkan dan boleh lah di hidang..