Thursday, November 10, 2011

PUDING ROTI SOS KASTARD


Puding roti sos kastard

Bahannya

9-10 keping roti gardenia(di rendam dengan air panas)
2 biji telur gred A
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh coffe emulco/choc emulco
1/2 sudu te esen vanilla
3 sb gula
3 sb tepung kastard
1 cawan susu cair
1 cawan air


panaskan oven 180c..
putar telur dengan 1/3 cawan gula hingga kembang..kemudian masukkan coffe emulco/choc emulco,2 sb susu cair dan esen vanilla..kacau sebati..masukkan roti yg telah di rendam tadi dan gaul rata dan tak perlu di putar hanya dengan gunakan spatula sahaja..masukkan roti dalam loyang yg telah di sapu mentega..dan bakar hingga masak..cucuk dengan lidi utk mengetahui roti tadi dah masak ke belum..

untuk sosnya

masukkan susu cair,air,2 sb gula,dan tepung kastard yg di bancuh dengan sedikit air..kacau hingga nampak berkilat..tuang sos di permukaan puding ketika hendak di hidangkan..

No comments:

Post a Comment