Showing posts with label LUAHAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Luruskan Hati ku Tuhan



Ya allah..
dengan berkat Nabi Mu
dan berkat guruku
luruskan lah hati ku
agar agamaku lurus
betulkanlah hati ku
agar aku ikhlas selalu
tetapkanlah hati ku
agar aku tidak tergugat
dengan ujian yang menimpa

Ya allah..
Tuhan yang mencipta hati
bersihkanlah hati ku
agar mazmummah ku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupan orang lain

Wahai Tuhanku..
yang membolak balikkan hati
kuatkan lah hati ku
agar keyakinanku tidak berubah
supaya aku sentiasa tabah

Tuhan..
Engkau rasakanlah hati ku
sentiasa bersama mu
supaya aku rasa ada kawan yang melindungiku
agar aku tidak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah mu
dan sentiasa siap sedia menunaikan perintah mu

Ya allah..
Tuhan yang menjaga hati
baikilah hati ku
agar seluruh hidup ku menjadi baik
supaya tiada khianat
dan tidam ada hasad
dan tidak berdendam sesama manusia

Ya allah..
limpahkanlah ke dalam hati ku
ilmu dan hikmah
hingga aku dapat menyuluh hati
dan menyuluh kehidupan ku
supaya lahir batinku menjadi taat..

Ya allah..
Aku harap engkau kabulkan lah doa ku ini,,
AMIN..

Saturday, September 28, 2013

Hari lahir yang 31


Assalamu'alaikum w.b.t. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..Alhamdulillah..bersyukur pada yang maha esa...kerana diizinkan lagi olehNya untuk aku bernafas di bumi yang indah ini..Hari ini buat pertama kalinya saya menyambut ulang tahun kelahiran di luar..Terkejut juga suami tersayang bawa kami anak beranak ke secret recepi..

Tahun ini ku rasakan amat bermakna sekali..Syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan   aku segala-galanya yang lebih berbanding dari orang lain dan di dalam diri aku sesunggguhnya Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang dan penuh keistimewaan..Syukur kepada Mu Ya Allah..Aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang KAU  kurniakan buat  hambaMu yang penuh dengan kelalaian ini. Tiada yang lebih indah melainkan merindui kasih sayang dan cintaMu tapi hambaMu ini lemah Ya Allah maka kau pimpinlah aku Ya Allah..Pandanglah aku yang hina ini supaya aku dapat berdiri setaraf dengan orang lain, bergerak sederap dengan orang lain dan duduk setara dengan insan-insan yang kau cintai..

Terima kasih abang..Ayang hargai segalanya..


Thursday, December 6, 2012

Warkah Ulangtahun Perkahwinan Buat Suami Tersayang






Dengan nama allah ku mula kan butir bicara ini..Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu wahai suami ku yang di kasihi dengan penuh ketenangan hendahnya..Selawat dan salam untuk rasul junjungan pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Allah..Kesyukuran yang memenuhi bumi melangkaui alam ini ku persembahkan pada Allah kurnia yang tiada nilainya buat ku..Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan islam yang mendiami hati ku dan dengannya lah aku hidup dan mati..Inilah di namakan takdir Allah..Kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat akan tibanya di suatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi..Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta antara aku dan dirimu..Ijab dan qabul yang bersaksi sejak 5 tahun lalu dengan izin Allah kita masih memadu kasih mencari redha Ilahi..

Wahai suami ku yang ku cintai

Sudah 5 tahun perkahwinan kita di langsungkan..Cepatnya masa berlalu terasa bagai baru semalam di ijabkabulkan..Bila ku renung wajah putera dan puteri kita ku senyum sendiri..Inilah hadiah yang terlalu istimewa buat ku untuk mu..Terlalu banyak dugaan yang kita lalui untuk menikmati saat indah hari ini..Terima kasih ku ucapkan padamu atas kesabaran dan keteguhan hati mu melayari bahtera kehidupan bersama..Mudah-mudahan perkahwinan ini kekal bahagia dalam rahmat Allah sentiasa..Sama-sama lah kita jagai dan bajai rumah tangga kita agar sentiasa subur dengan rasa kasih sayang di antara kita,anak-anak dan maha pencipta..

Doa ku:- Ya allah jadikan lah kami ini pasangan yang bahagia lagi di rahmati selama-lamanya..Kurniakan lah kami keberkahan hidup kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga..Ya allah hiasi lah hidup kami dengan perasaan kasih sayang,cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya..Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami..Ya allah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit duka yang terpalit di antara kami ya allah..

Ya allah berkati lah kami berdua..Amin ya allah...

Suami ku,walau tiada hadiah yang dapat ku berikan padamu pada hari ulangtahun kita esok hari 8.12.2012 ku hadiah kan mu akan sajak yang telah lama ku simpan..



Dengan lafaz Bismillah 
aku memulakan bicara
menyusun kata buat kekasih hati iaitu suamiku

Kekanda
suami pujaan hati ku
di kala kedua bibirmu 
bergetar melafazkan akad
aku sudah pun meletakkan diri mu 
sebagai raja hati ku
mana mungkin ku mungkiri lafaz itu
kerana martabat ku kau
 lonjak kan ke persada mulia
 maruah ku kau junjung ke pucak pesona

dari saat itu jangan kau ragui cinta ku
kerana
jiwamu ada lah hidupku
nafasmu adalah nadiku
tawamu adalah kebahagiaanku
tangismu ada lah kedukaan ku

Suamiku
aku mohon padamu
damba lah aku seperti mana Adam mendambakan Hawa
hargailah aku seperti mana Syah jehan menghargai Mumtaz
nescaya aku akan setia kepadamu
sepertimana Laila setia kepada Majnun
mengagumimu sepertimana
Khadijah mengagumi RasulNya

Suamiku
tiada kata seindah bahasa 
dapat ku susunkan menjadi madah
tiada nada sebaik tuturmu
saat lidah kita bertingkah
tiada gambar secantik budimu
dapat ku ukir menjadi bingkai
tiada bicara selembut bayu
menyapa nurani menikam kalbu

Suamiku
bicaramu
sentuhanmu
renungan mu
membuat hati ini tenang
beradu di bawang payung mahligai
istana cinta yang telah kau bina
hantaran usia perkahwinan kita

Suamiku
sesungguhnya
dirimu SATU dalam SERIBU
tiada dua tiada tiga
aku benar-benar di ulit bahagia
hidup bersama mu
aku benar-benar bersyukur
menjadi kekasih awal dan akhirmu
cintamu
kasih mu
sayang mu
sesuci cinta MUHAMMAD kepada KHADIJAH
sebening kasih MUHAMMAD kepada AISYAH
selautan sayang MUHAMMAD kepada FATIMAH
bahagianya seorang isteri seperti aku
menghiasi kamar hati mu
mendiami mahligai kasih sayang mu

Suamiku

Semoga cinta kita mekar mewangi sepanjang hayat

nurkilan rasa untuk Rusli Ahmad
dari isterimu

Nik norsyella asyekin



Tuesday, November 13, 2012

Warkah buat puteri sulung ku




Alhamdulillah genap sudah puteri sulung ibu 4 tahun 9/11/2012..Selamat hari lahir sayang..Ibu sayang kakak..Ibu  nak kakak tahu ibu amat hargai pengalaman kita hidup sebagai 1 selama 9 bulan lebih..Pengalaman yang terlalu indah dan berharga buat ibu..Pengalaman yang tidak boleh di tukar ganti..Kita berdua hidup sebagai 1 jasad berkongsi segalanya..Terima kasih sayang sebab memberikan ibu pengalaman ini..semoga ibu dengan ayah dapat menjadi ibu bapa yang baik untuk kakak dan adik-adik satu hari nanti..Insyaallah..Ibu dengan ayah terlalu sayangkan kakak dengan adik-adik..Kasih sayang kami berdua pada kakak dan adik-adik tidak pernah luntur walau sedikit pun..

Kakak

Ingat lah pesan ibu sentiasa ye sayang..Jadi lah anak yang solehah anak yang boleh membanggakan ibu satu hari nanti..Seorang ibu akan merasa gembira bila anaknya gembira seorang ibu akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya seorang ibu akan menutup matanya dengan aman bila anak-anaknya mendoakannya..Dalam 4 tahun ni ibu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan ibu seorang anak yang amat cerdik pandai..Sekarang kakak dah pandai bawa diri,dah pandai dari segala segi..Tak lama lagi kakak dah nak ke sekolah..Ibu sayang kakak untuk selamanya..Disebabkan kakak nak sesangat kek hari jadi ibu usaha juga buat walau pun tidak lah secantik mana..Tapi rasa dia sungguh sedap..Kakak makan sampai menambah-nambah..





Dari ibu

Nik norsyella asyekin

Sunday, October 21, 2012

Ibu





Ibu
seandainya aku di beri pilihan longgokan permata di sogok kan aku tetap memilih kamu sebagai pilihan utama..Aku melihat kau sentiasa cekal dalam menghadapi dugaanNya..Ku lihat raut wajahmu walau ibu mengukirkan senyuman tapi ku tahu kau terluka,tapi kau tidak mahu menunjukkan kepadaku..Aku hidup sehingga hari ini kerana mu ibu..Aku tabah pada hari ini kerana semangat mu..Pernah di suatu ketika aku putus harapan tapi bila ku terkenangkan ibu semangat ku kembali bersambung aku perlu hidup untuk ibu..

Ibu
dengan kudratmu yang tak seberapa kau membanting tulang menyaraku memerah keringat mu mencari rezeki yang halal..Dengan rezeki yang kau cari itu lah dapat menghilangkan laparku dan meneruskan hayat ku..Aku pilu melihat duka mu ibu tapi aku perlu menjadi kuat di depan mu agar aku mampu menjadi semangat mu..

Ibu
30 tahun hidup ku kini ku singkap bait-bait perjalananku menyingkap duka yang hadir lebih banyak dari gembira namun aku tidak akan sekali-kali lagi untuk menyalahkan mu..Aku tahu kau tidak pernah inginkan benda itu terjadi di dalam keluarga kita..Aku renung mata mu aku lihat sinar harapan yang tak pernah padam ada di situ..Setiap kali aku pulang ku lihat wajah mu lebih tua dari usia mungkin di sebabkan beban yang kau tanggung terlalu berat..

Ibu
aku ingin menjadi semangat mu menjadi dahan mu kini sebab ku rasa ku sudah semakin dewasa untuk bersama mu mengharungi dugaan yang mendatang..UjianNya tidak pernah putus hadir menguji cekalnya ibu..Setiap helaan nafasku adalah untuk ibu..Bait-bait bicaraku ini sudah sampai kepenghujung nya..

Salam sayang dan rindu
biar jarak masa 
dan tempat memisahkan kita
tapi ibu sentiasa di hati
selalu dalam jiwaku
bersatu dalam semangat ku

Buat teman-teman hargailah ibu anda selagi hayatnya ada..Terima kasih pada ibu ku TUAN HASBIAH BINTI RAJA HASSAN kerana mengandungkan selama 9 bln 10 hari dan halalkan setiap titisan air susu yang mengalir dalam tubuh ku..

Monday, December 13, 2010

Luahan 1

   



  Aku di sini berpijak di alam nyata mu ya allah..Aku bersyukur ke hadrat mu ya ilahi kerana selama 28 tahun ini kau masih terus mencelikkan mata ini untuk ku terus menikmati keindahan dan keburukkan yang telah kau tetapkan untuk ku selama ini..Telah banyak kau beri sejuta pahit dan manis buat diriku ini..Aku harungi dengan penuh keredhaan dan kesyukuran kepadamu ya allah.Aku sedar selama 28 tahun yang lalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan mahupun dosa-dosa pada insan-insan yang telah kau cipta apatah lagi dosa-dosa ku kepada mu ya allah..


   Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman..Semakin lama kita hidup semakin banyak pengalaman yang di perolehi..Sepanjang meniti kehidupan ini aku bersyukur kerana pelbagai pengalaman hidup telah di lalui..Dengan pengalaman ini juga menjadikan aku seorang yang tabah,cekal dan sabar dalam menempuhi pancaroba kehidupan..Pengalaman ini begitu berharga sekali kerana mengajar erti kepayahan hidup..Biarpun tidak sekaya mana atau punyai harta bertimbun aku bersyukur dengan anugerah Ilahi beserta keteguhan diri untuk terus berjuang membina kehidupan ini..


   Dunia ini bukan di cipta untuk satu golongan sahaja malah sesiapa sahaja berhak untuk menikmati segala anugerah di dunia ciptaan tuhan ini..Jika kita redha insyaallah kehidupan yang kita jalani penuh dengan kemanisan..Tanpa punya rasa apa-apa pun jika kita punya keyakinan,iltizam dan semangat ingin maju bukan sesuatu yang mustahil kita akan beroleh kejayaan kerana cita-citalah membuatkan aku terus berusaha untuk mengecapi kebahagiaan yang teramat kecil ini..Tanpa cita-cita ada kemungkinannya aku adalah di antara mereka yang hidup dalam kekecewaan,kebuntuan dan tidak berdaya untuk bersaing di kota batu ini..


   Tanpa usaha dan kecekalan pasti segala impian ku ini tidak kan tercapai..Kita kena berusaha membina kehidupan jangan hanya berserah kepada nasib semata-mata..Kalau di renungkan kembali aku sendiri terasa bagaikan sedang bermimpi..Bagaimanalah aku boleh sampai ke tahap ini tapi inilah kuasa tuhan dan sebagai hambanya aku bersyukur kerana anugerahnya yang tidak terhingga..Biarpun tidak kaya namun aku rasa apa yang aku kecapi sekarang ini bergitu besar maknanya..