Tuesday, May 19, 2015

Cakoi Mudah



KUIH CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak -
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak-hasue tambah
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Nota:cara HaSue-sediakan bekas besar,masukkan air suam,yis,marjerin,gula,susu pekat manis,kuning telur, dan tunggu sehingga yis kembang/hidup. .
Selepas itu baru masukkan sedikit tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan garam. Gaul sebati dan baru ayakkan tepung selebihnya sehingga boleh diuli(tidak perlu habiskan tepung)
Setelah doh benar2 sebati dan elastik,masukkan minyak dan uli seketika lagi. Biar mengembang kejap. Selepas itu baru canaikan(guna tangan ajer ratakan doh,potong kepada beberapa bahagian. Tekan tengahnya menggunakan chopstick. Tarik sedikit doh dan goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga keperangan..
Utk sosnya cara sy adalah
1 tin susu cair
2/3 sb tepung kastard
sedikit gula ikut manis mn anda nak
pewarna ijau dan paste pandan
masak semua skl di atas dapur hingga menjd pekat lalu sejukkan..

No comments:

Post a Comment