Monday, April 20, 2015

Talam Tepung Beras Istimewa




Talam tepung beras istimewa

Oleh: Azie Kitchen
(Dalam 10 orang makan)

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras)
2 cawan air gula - seperti di bawah
Secalit kapur

Bahan Air Gula:
158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil
 3 sudu besar gula putih 
 2 cawan air 
1 helai daun pandan 

Bahan Lapisan Atas:
1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air
1/3 cawan tepung beras - (2 1/2 sudu besar).
1/2 sk garam


Cara cara:
Masak semua bahan untuk membuat air gula sehingga mendidih, angkat dan sejukkan. Sukat sebanyak 2 cawan air gula.

Satukan bahan lapisan bawah iaitu 1 cawan tepung, 2 cawan air gula di atas dan sedikit air kapur. Tapis ke dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak. Saya guna loyang 10" jadi kuih agak nipis. 

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Dikukus lapisan bawah selama 20 minit. Sekiranya ada air atas kukusan, hendaklah buka penutup pengukus dan kukus lagi selama beberapa minit atau dilap dengan tisu dapur. Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.

Satukan kesemua bahan lapisan atas sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian tuang perlahan lahan ke atas bahan  bawah supaya tidak berbuih. Kukus selama 15 minit lagi.

Sama seperti tadi, lapkan lah dengan kitchen towel. Atau buka penutup pengukus dan kukus selama beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan.

Sejukkan kuih ini terlebih dahulu sehingga benar benar sejuk sebelum dipotong. Potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.

Psstt ni kes tak sabar lah..Panas-panas dah potong sekali hamik tak cun rupa kuih kite..adehhhhh..

No comments:

Post a Comment