Monday, August 22, 2011

AYAM MASAK KUNYIT



AYAM MASAK KUNYIT

bahannya

1 ekor ayam-di basuh bersih
2 batang serai-di ketuk
1 sb cili kering kisar-saya guna 2 sb
2 sb serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
kentang ikut suke nk banyak mn-saya xbuh sbb terlupa
garam perasa
air
cili padi-ikut suka banyak mn
2 helai daun kunyit-di racik


bahan kisar bersama

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 potong halia-sebesar ibu jari

caranya

ayam yang telah di cuci gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit ketepikan..panaskan minyak tumis serai hingga naik bau baru masukkan bahan kisar iaitu bawang dahulu..setelah nampak bahan kisar bawang masak masukkan cili kisar..tumis hingga pecah minyak..setelah pecah minyak baru masukkan ayam dan gaul lagi..kemudian masukkan air..terpulang banyak mana air yang anda ingin kan..kalau ingin berkuah banyakkan sedikit airnya..masukkan asam dan bahan perasa..akhir sekali masukkan cili padi dan daun kunyit..


*rasa masakan ini lebih kurang seperti masak pindang cuma perbezaannya ialah masak ini agak pekat kuahnya dari masak pindang..

No comments:

Post a Comment