Sunday, December 12, 2010

Sajak 1





Dalam hati ini 
tak siapa ketahui akan rahsianya
melainkan allah sahaja yang tahu..

Aku cuba mendalami setiap 
gambaran dari raut wajahmu
menerokai laluan sukar yang sama 
kita hadapi
ketahuilah dirimu sayang
segala kenangan bersama mu
kekal dalam ingatan..

Sayangku..

Jika matamu berat memandangku
ringankanlah kakimu pergi dari ku
jika bibirmu terpaksa bicara dan senyum padaku
relakanlah muka mu berpaling padaku
jika susah untukmu melupakan kesilapanku
senangkanlah lidah mu untuk menghinaku
tapi andainya satu hari nanti telingamu
terdengar berita kematianku
ikhlaskanlah dirimu menghampiri jasadku
dan berbisikkan lah di telingaku yang dirimu
telah pun memaafkan ku...

Moga kalimah terakhirmu itu menjadi
pelita di kubur gelapku
dan memejam mataku di bantal 
tika lena panjang ku di sisiNya..


nurkilan rasa

Nik norysella Asyekin

2 comments:

  1. wow..
    not bad..
    ade talent..
    update me okay=)

    ReplyDelete
  2. he3 pell ni sajak ms bercinta dengan abang..dr di biarkan dakwatnyer kat kertas rosak mcm tu je baik akk kongsi dgn rakan2..ada gak faedahnya..hu3

    ReplyDelete