Tuesday, September 18, 2012

TERIMA KASIH SAYANG



Terima kasih sayang
kerana tulus menyintai ku
terima kasih sayang
kerana ikhlas menyayangi ku
seluruh rasa rindu ku
adanya diri mu..bermukim..
seluruh masa indah ku
hadirnya asmaramu

Terima kasih sayang
kerana kau menjadi matahariku
malah kau jua adalah bayu ku
adanya kau sayang
mengisi kerinduan hati ku
adanya kau sayang
meleraikan resah hati ini

Terima kasih sayang
menerima diri ku
apa adanya
memahami diri ku
semampu mu dan seadanya

Terima kasih sayang
selamanya ku tuliskan
ku ukirkan
selalunya ku bait kan
cintamu di dada ku jua di hati ku

Sayang
berharap kau adalah pendamping ku
hingga akhir nafas
jua berharap
aku di ciptakan untuk mu
dan abadi indahnya

No comments:

Post a Comment