Tuesday, September 18, 2012

SETELAH KAU KU KENALI

Kekasih
setelah kau ku kenali
aku mengagumi dirimu
sangat indah hatimu
seindah wajahmu
sebening air di lautan
begitu indah dirimu 
di mataku
jua di hati ku

Kekasih
betapa bertuahnya aku
mengenali dirimu
cintamu yang tulus
setulus belaian manja
seindah suria senja
yang bersinar menerangi hati ini

Kekasih
kau lah kekasih awal dan akhirku
menerangi malam dan siangku
akan ku jagai cintamu ini
dengan keikhlasan hati ku
kerana dirimu ibarat
permata yang bersinar
yang berkilauan di taman hati ini

Kekasih
tiada yang dapat menandingi
cinta yang bersemi di jiwa
dan tumbuh sebagai cinta yang terindah
kau lah cintaku kini dan selamanya
hanya kau di hatiku sayang...



No comments:

Post a Comment