Wednesday, September 19, 2012

CUCUR COKLAT CHIP





Ha mcm pelik je kan cucur coklat chip ni tapi sedap tau..kali pertama saya buat sekali harung habis suami dengan anak2 makan..kali ke dua buat masa ank buah datang memang habis juga..kalau tak silap saya ada lihat cucur ni di facebook seorang sahabat iaitu http://www.facebook.com/evelyngemina tapi saya olah sendiri bahan-bahannya yang lain..meh2 intai bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar
1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar coklat chip
1 sudu besar serbuk badam

gaul semua bahan bila dah sebati masukkan coklat chip..sedia untuk di goreng..goreng dalam minyak yang panas..selalu alih-alihkan tau lalink2..baru dpt kulit luar yg rangup..kalau nak manis boleh lah tambahkan gula..tapi bagi saya 2 sudu tu dah memadai tak lah manis sangat..

psttt kali kedua kan saya buat guna tepung naik sendiri..hik3..tak payah buh baking powder dah..kembung jer bila goreng..ngeh3..

No comments:

Post a Comment