Saturday, September 22, 2012

KENANGAN SEMALAM



Malam ini tiada bulan dan bintang
sepi tiada cengkerik berdendang
tiada gurau sendamu

hanya pilu membalut kalbu
dan resah bersenandung di kalbu
semalam sungguh indah

kerana semalam kau ada di sisiku
gurau senda bersama hilai tawa mu
kini segalanya lenyap

yang tinggal hanya bayangan kenangan semalam
yang amat memeritkan
ingin ku ulangi kisah-kisah semalam

namun mana mungkin
keindahan telah berlalu
kini yang tinggal
hanya serpihan pilu
membalut kalbu...

No comments:

Post a Comment