Monday, September 10, 2012

Oreo Cheese Cake

BAHAN-BAHAN
UNTUK BASE
120 gram biskut oreo yang dikisar(asingkan intinya,kisar biskut sahaja)
120 gram mentega cair

BAHAN A
2 biji telur Gred A(ambil kuning telur sahaja)
120 gram gula kastor
160 ml susu segar

BAHAN B
250 gram cream cheese
250 ml whipping cream
2 1/2 sudu besar gelatin(dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih)
1/2 sudu besar jus lemon
Krim dari biskut oreo yg digunakan dalam BASE
2 keping biskut oreo yg dipecahkan kecil(untuk menjadikan kek berbintik hitam)

CARA MEMBUATNYA
UNTUK BASE
Campurkan biskut dan mentega.Gaul sebati dan tuang adunan ke dalam loyang yg boleh dibuka dibawahnya(loose tin)
Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit supaya mengeras

UNTUK BAHAN A
Satukan kesemua BAHAN A dan masak di atas dapur menggunakan kaedah double boiler
Kacau sehingga mendidih dan sebati.Ketepikan

UNTUK BAHAN B
Pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan whipping cream dan pukul lagi
Masukkan gelatin,jus lemon dan krim dari biskut oreo tadi,pukul sebati
Masukkan BAHAN A tadi dan pukul lagi
Matikan mixer,masukkan 2 keping biskut oreo yg dipecahkan(untuk menjadikan kek berbintik hitam,gaul sebati)
Tuang adunan dalam loyang yg dah ada BASE tadi
Bolehlah hias mengikut kreativiti masing2
Sejukkan dalam peti ais selama 2-3 jam sebelum dipotong
Sejukkan dalam peti ais bawah tu,bukan bahagian sejuk beku(frozen)

No comments:

Post a Comment