Dari saya banyak sembang kat sini meh kita tengok resepinya
Laksa Goreng
Bahannya
1 kilogram laksa basah(yang pendek-pendek)
500 gram kerang-di siram dengan air panas je pastu kopek(tapi saya rebus baru kopek sbb untuk rendang sekali he3)
500 gram udang-buang kulitnya
50 sen taugeh(saya lebih suka taugeh yang banyak jadi saya buh lebih)
50 sen kucai-hiris
6 sudu besar cili mesin-adjust ikut selera
5 ulas bawang merah-di tumbuk
3 ulas bawang putih-di tumbuk
4 keping tauhu-di goreng dan di potong
5 biji telur
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato(saya buh sos cili sbb sos tomato xbeli)
1 sudu makan kicap mee tamin(sy guna kicap pekat ABC)
minyak jagung untuk menumis-minyak kelapa pun boleh
sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk hingga garing dan keperangan..Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing dan hilang bau cili dengan api yang kecil..Selepas itu masukkan sos tiram,tomato sos,kicap mee dan garam..Masak sebentar dan terus pecahkan telur dan kacau-kacau hancurkan..Setelah telur hampir masak masukkan laksa di ikuti tauhu goreng yang telah di potong dan kerang..Kacau rata sebentar dan masukkan pula taugeh dan juga daun kucai..Renjis-renjiskan sedikit minyak bijan dan taburkan sedikit lada sulah untuk rasa yang kebabom..Enak di makan ketika panas bersama dengan lada jeruk..
*Oleh kerana sis ChaHaya Sheila lupa nak bgtahu udang dalm cara-caranya tu saya goreng dulu udang sekejap pastu angkat baru goreng bahan tumbuk dan lain2
No comments:
Post a Comment