Friday, October 26, 2012
Caramel Cheese Puding
Sedap buat puding cheese ni..Pertama kali saya cuba..Memang sedap..Tak caye kwn2 cuba buat..Jom intai bahan dia..
Caramel Cheese Puding
Bahannya
70 g gula(kalau tak suka manis boleh kurangkan)
*tabur gula dalam loyang letak atas api yang paling slow dan tunggu sehingga gula bertukar ke warna coklat sambil gerak-gerakkan sikit loyang untuk meratakan karamel yang terhasil ke seluruh permukaan loyang..Tutup api dan biarkan sehingga keras..
Bahan untuk puding
70 g gula
3 biji telur saiz A
450 g susu segar
180 g cream cheese(saya gantikan dengan 5 keping cheese keping)
2 sb jus lemon
Caranya
Panaskan oven 160c..Double boil semua bahan sampai sebati..Tunggu sedikit suam dan sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi..Kemudian bakar kaedah steam bake selama 40-45 minit @ sehingga masak bergantung pada oven masing2..Bila dah masak sejuk kan terbalik kan perlahan2 ke dalam bekas lain..
Nota:-Resepi ni saya blender telur dengan susu..lepas tu saya buh dalam periuk baru masukkan gula dan cheese..saya kukus bkn bakar..kalau nak kukus saya syorkan kukus dalam bekas dadih tak kira besar @ kecik sbb puding ni lembut..Suami saya pun ulang2 makan dengan anak2..Tambah2 my bby boy sekeping 1/2 dia hentam..he3..selamat mencuba yer semua...
Labels:
Puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment