Monday, October 29, 2012

Puisi Cinta Buat Suami




Sayang
senyum mu ada lah bahagia ku
ceriamu ada lah dambaku
gelisah mu adalah kebimbangan ku
air mata mu adalah kesedihanku
kau penglipur lara duka ku
kau pengiring suka cita ku

Sayang
bersama-sama kita dalam
hari-hari keberkahan
ikatan ini berawal dari hati 
atas nama cinta
jalinan ini bermula dari 
rasa atas nama sayang
pertautan ini berasal dari
angan atas nama rindu

Sayang
sungguh ini adalah cinta,sayang dan rindu
cinta,sayang dan rindu atas nama pengabadian Rusli Ahmad

Sayang
malam ini bintang bersinar cinta
bulan tersenyum sayang
angin mendesir rindu
wahai bintang,bulan dan juga angin
sampaikan lah salam cinta,sayang dan rindu ku kepadanya
sungguh aku sangat mencintai mu kerana Allah

Sayang
izinkan aku terus mencintai mu
kerana tanpa diri mu
aku mimpi berdiri teguh
dan tersenyum semanis ini...



Friday, October 26, 2012

Caramel Cheese Puding



Sedap buat puding cheese ni..Pertama kali saya cuba..Memang sedap..Tak caye kwn2 cuba buat..Jom intai bahan dia..

Caramel Cheese Puding

Bahannya

70 g gula(kalau tak suka manis boleh kurangkan)
*tabur gula dalam loyang letak atas api yang paling slow dan tunggu sehingga gula bertukar ke warna coklat sambil gerak-gerakkan sikit loyang untuk meratakan karamel yang terhasil ke seluruh permukaan loyang..Tutup api dan biarkan sehingga keras..

Bahan untuk puding

70 g gula
3 biji telur saiz A
450 g susu segar
180 g cream cheese(saya gantikan dengan 5 keping cheese keping)
2 sb jus lemon

Caranya

Panaskan oven 160c..Double boil semua bahan sampai sebati..Tunggu sedikit suam dan sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi..Kemudian bakar kaedah steam bake selama 40-45 minit @ sehingga masak bergantung pada oven masing2..Bila dah masak sejuk kan terbalik kan perlahan2 ke dalam bekas lain..

Nota:-Resepi ni saya blender telur dengan susu..lepas tu saya buh dalam periuk baru masukkan gula dan cheese..saya kukus bkn bakar..kalau nak kukus saya syorkan kukus dalam bekas dadih tak kira besar @ kecik sbb puding ni lembut..Suami saya pun ulang2 makan dengan anak2..Tambah2 my bby boy sekeping 1/2 dia hentam..he3..selamat mencuba yer semua...

Thursday, October 25, 2012

Laksa Goreng

Salam untuk semua sahabat blogger saya..Selamat hari raya aidiladha untuk semua sahabat yang beragama islam..Erm saya nak kongsi satu resepi yang baru saya cuba pada kali ini..Pada kali ini saya cuba lagi resepi dari sis Chahaya Sheila iaitu laksa goreng..Berkali-kali saya tengok pada laksa goreng buatkan saya tergoda untuk mencubanya..Pertama kali saya jumpa laksa yang pendek-pendek..Tak pernah hayat saya jumpa selalu yang panjang-panjang sahaja yang masih kering dalam plastik kita rendam bagi dia lembut kan tapi kali ini yang saya jumpa di pasar borong selangor dah siap di rebus..Macam ni lah rupanya laksa pendek bagi yang belum pernah jumpa macam saya ni..hehehehe..









Dari saya banyak sembang kat sini meh kita tengok resepinya

Laksa Goreng
Bahannya

1 kilogram laksa basah(yang pendek-pendek)
500 gram kerang-di siram dengan air panas je pastu kopek(tapi saya rebus baru kopek sbb untuk rendang sekali he3)
500 gram udang-buang kulitnya
50 sen taugeh(saya lebih suka taugeh yang banyak jadi saya buh lebih)
50 sen kucai-hiris
6 sudu besar cili mesin-adjust ikut selera
5 ulas bawang merah-di tumbuk
3 ulas bawang putih-di tumbuk
4 keping tauhu-di goreng dan di potong
5 biji telur
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato(saya buh sos cili sbb sos tomato xbeli)
1 sudu makan kicap mee tamin(sy guna kicap pekat ABC)
minyak jagung untuk menumis-minyak kelapa pun boleh
sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Caranya

Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk hingga garing dan keperangan..Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing dan hilang bau cili dengan api yang kecil..Selepas itu masukkan sos tiram,tomato sos,kicap mee dan garam..Masak sebentar dan terus pecahkan telur dan kacau-kacau hancurkan..Setelah telur hampir masak masukkan laksa di ikuti tauhu goreng yang telah di potong dan kerang..Kacau rata sebentar dan masukkan pula taugeh dan juga daun kucai..Renjis-renjiskan sedikit minyak bijan dan taburkan sedikit lada sulah untuk rasa yang kebabom..Enak di makan ketika panas bersama dengan lada jeruk..

*Oleh kerana sis ChaHaya Sheila lupa nak bgtahu udang dalm cara-caranya tu saya goreng dulu udang sekejap pastu angkat baru goreng bahan tumbuk dan lain2





Tuesday, October 23, 2012

Kau yang ku rindu






Pertama kali mendengar suara mu
pertama kali ku dengar bisikan hati mu
suara mu bergema di jiwa ku
tidak ku kenali siapa diri mu
tapi mengapa kau jua yang ku rindu

Kau pandai bermadah
madah mu mencuit hati ku
kau pandai bergurau
gurauan mu menjadi igauan ku
desiran tawa mu menambat hati ku

Pertama kali ku bersua dengan mu
hati ku berdegup bagai di palu
jantung ku bergoncang bagai di gempa
lirik mata ku panahan arjuna ku
manis senyum mu bertahta mahkota
indahnya jika selalu bersama mu


Buat mu Sayang






Sayang
andai saat ini ilahi memanggil ku
ku harap kau tabah menghadapi
detik-detik dan liku hidup ini
kerana
aku tak mungkin lagi berada di sisi mu
aku tak dapat lagi mengusap wajah mu

Tak mungkin aku mampu lagi menggapai tangan mu
apatah lagi untuk aku mencarik hati mu
dengan tinta-tinta kerinduan
warkah-warkah kasih sayang
irama-irama kesyahduan
bait-bait puisi riang
dan baris-baris kenangan yang pernah kita simpulkan

Sayang
andai ini saat terakhir aku di sisimu
izinkan aku tatapi setiap lirik wajahmu
izinkan aku mencuit senyum manja
izinkan aku selami hati mu
izinkan aku padamkan luka di jiwamu
biarkan sisa hidup ini dengan ku taburkan
sedetik bahagia
agar kau tidak mudah melupakan ku
kau tidak mudah tinggalkan cintaku
tak mudah kau usir rindu yang bertandang
saat ini
biar ia menjadi sejarah
yang tak mungkin kau lupakan

Sayang
andai masa sudah mengakhiri
andai saat yang di nanti tiba 
ku harap kau rela membiarkan ku pergi
ku harap kau di cucuri rahmat
dari ilahi
sentiasa bahagia dan hidup ceria
akan ku lihat kau dari jauh
jangan lupakan aku 
biarpun kau sudah punya pengganti
hulurkan doa mu padaku tiap malam
agar ku bisa mendengar lagi suaramu.....

Tiada Sesalan





Lihat langit biru
aku merindukan mu
lihat lah diri ku
yang tidak bisa melupakan mu

Aku beruntung mengenali mu
menyayangi mu dengan sepenuh hati ku
tiada sesalan aku mencintai mu
mungkin rasa ini tiada padamu
dan mungkin telah kau beri pada insan lain
tapi percayalah aku tidak kecewa
malah aku gembira melihat dan 
mendengar kebahagiaanmu

Malah
aku terus-terusan berdoa
moga kasih mu bersama berpanjangan
dan ikatan suci yang akan menyusuli mu

Akan aku hadiahkan dikau
tangisan bahagia
luahan luka yang sempurna
mengiringi kepintu perpisahan kita nanti

Andai satu hari kau berpaling
dan aku muncul di ingatan mu
jangan pernah kau menangis
kerna aku tidak pernah menyesal mencintai mu..

Monday, October 22, 2012

Kau Yang Terindah





Sebuah ungkapan cinta
ku ukir di hati yang gersang ini
ku jaga ku simpan
dan ku abadiakan bersama jiwaku

Kepada kau yang terindah
dengarlah bicara ku
kan ku pertahankan cinta ku buat mu
kan ku abadikan
kenangan mesra yang kau bina bersama ku

Andai tiada lagi bicara cinta di hati mu
aku redha dan pasrah
namun
setitis airmata yang mengalir keranamu
menjadi saksi pada ketulusan cinta ku padamu
menjadi saksi pada kejujuran hati ku

Kepada kau yang terindah
lihatlah lirik mata ini
yang sentiasa mencari bayang mu
pandanglah tarian bicara ku
yang seringkali mengungkap kata rindu
mengertilah hembusan nafas dari jiwa ku
yang membawa seribu tafsir cinta buat mu

Kepada kau yang terindah
mengertilah aku masih merindu
merindu saat indah ketika bersama mu
dan kepada kau yang terindah
aku cinta pada mu..

Sunday, October 21, 2012

Ibu





Ibu
seandainya aku di beri pilihan longgokan permata di sogok kan aku tetap memilih kamu sebagai pilihan utama..Aku melihat kau sentiasa cekal dalam menghadapi dugaanNya..Ku lihat raut wajahmu walau ibu mengukirkan senyuman tapi ku tahu kau terluka,tapi kau tidak mahu menunjukkan kepadaku..Aku hidup sehingga hari ini kerana mu ibu..Aku tabah pada hari ini kerana semangat mu..Pernah di suatu ketika aku putus harapan tapi bila ku terkenangkan ibu semangat ku kembali bersambung aku perlu hidup untuk ibu..

Ibu
dengan kudratmu yang tak seberapa kau membanting tulang menyaraku memerah keringat mu mencari rezeki yang halal..Dengan rezeki yang kau cari itu lah dapat menghilangkan laparku dan meneruskan hayat ku..Aku pilu melihat duka mu ibu tapi aku perlu menjadi kuat di depan mu agar aku mampu menjadi semangat mu..

Ibu
30 tahun hidup ku kini ku singkap bait-bait perjalananku menyingkap duka yang hadir lebih banyak dari gembira namun aku tidak akan sekali-kali lagi untuk menyalahkan mu..Aku tahu kau tidak pernah inginkan benda itu terjadi di dalam keluarga kita..Aku renung mata mu aku lihat sinar harapan yang tak pernah padam ada di situ..Setiap kali aku pulang ku lihat wajah mu lebih tua dari usia mungkin di sebabkan beban yang kau tanggung terlalu berat..

Ibu
aku ingin menjadi semangat mu menjadi dahan mu kini sebab ku rasa ku sudah semakin dewasa untuk bersama mu mengharungi dugaan yang mendatang..UjianNya tidak pernah putus hadir menguji cekalnya ibu..Setiap helaan nafasku adalah untuk ibu..Bait-bait bicaraku ini sudah sampai kepenghujung nya..

Salam sayang dan rindu
biar jarak masa 
dan tempat memisahkan kita
tapi ibu sentiasa di hati
selalu dalam jiwaku
bersatu dalam semangat ku

Buat teman-teman hargailah ibu anda selagi hayatnya ada..Terima kasih pada ibu ku TUAN HASBIAH BINTI RAJA HASSAN kerana mengandungkan selama 9 bln 10 hari dan halalkan setiap titisan air susu yang mengalir dalam tubuh ku..

Aku Mencintai mu





Maafkan aku sayang
aku telah mencintai mu tanpa suara
tanpa kata
tanpa jamah

Sejauh ini ku simpan dalam hati
bersama rindu ku
mengerjar diri mu
yang bagai awan
mencadar bulan

Sering kau datang
di pangkal lelap
dan hilang
di saat jaga mengorek peluk

Bagai pelangi diri mu
menebar kemilau
di ufuk rasa
menembus tegar
meluruh degup
mengalir titik-titik gundah

Di puncak hening
dalam doa aku meminta
jangan pernah kau pergi
meski kau pandang aku cuma di muara
di dalam senyap mimpi yang sunyi....

Eggless, Butterless & Milkless Chocolate Cake / Kek Coklat Tanpa Telur, Mentega & Susu




Salam pada rakan2 blogger saya pada kali ini..Untuk hari ini saya buat kek dari resepi kak dayang nama nya pun susah saya nak nyebutnya(maklumlah xfhm omputih) hik3..bahan yang cukup senang..jom intai bahannya..

Eggless, Butterless & Milkless Chocolate Cake / Kek Coklat Tanpa Telur, Mentega & Susu 

Bahannya

2 cawan tepung gandum+2 sk baking powder+1 sk soda bicarbonat(ayak sekali)
1/2 cawan serbuk koko @ campuran serbuk coklat
2 cawan gula icing
2 peket coffee mix(3 in 1) 2 in 1 pun blh
2 1/2 cawan air panas
1/2 sk garam
160 ml minyak sayuran/minyak jagung
2 sk cuka
2 sk vanilla

Caranya

Panaskan oven pada suhu 160-170c..Sediakan loyang yang bersesuaian..Griskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung..Sediakan bekas yang agak besar..Satukan tepung,gula,serbuk coklat,coffee dan garam..Ratakan..Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla..Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu @ spatula..Tuangkan minyak sayuran/minyak jagung..Kacau lagi hingga sebati..Jika adunan bergentel tapiskan..Akhir sekali masukkan cuka dan kacau rata..Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit @ hingga masak..Suhu bergantung pada oven masing-masing..Tidak mengapa jika permukaan retak sebab memang begitu kejadiannya..(sy alhamdulillah xretak)..Setelah kek masak  biarkan ia sejuk semalaman sebelum di potong..Hiaskan dengan krim/ganache jika suka..

***Kek ini sangat moist lembut dan sedap di makan setelah di biarkan semalaman @ 1-2 hari..

Friday, October 19, 2012

Roti Sosej Cheese

Untuk kali ni saya cuba resepi roti lak..erm di gulung sosej dengan cheese..sedap tau darling2 semua..dan di sebabkan tergoda saya pergi pasaraya beli bahan2 dan sarapan pagi ini lah yang saya hasilkan..jom intai bahannya..



Roti Sosej Cheese

Bahannya

5 batang sosej
5 keping roti sandwich(sy guna mcm pemilik asl resepi ni roti gardenia)
2 putih telur di pukul sedikit
serbuk roti secukupnya
1 biji kuning telur
sos kegemaran anda(sy guna sos cili dengan mayonis)

Caranya

Celur sekejap sosej dalam air mendidih toskan dan biar sejuk..Roti di buang sedikit bahagian tepinya(kerak) kemudian canai sedikit dan biar sama saiz dengan ukuran sosej..Buat semua hingga siap..Ambil sekeping roti letak cheese sekeping kemudian letak sosej..Gulung dan lekatkan guna kuning telur..Buat semua sampai siap..Celup roti dalam putih telur golekkan dalam serbuk roti kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golek sekali lagi dalam serbuk roti tu..Buat semua hingga siap..Kemudian goreng dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana hingga kekuningan..Jangan goreng lama sangat..Angkat dan toskan..Kalau ada yang tak faham dengan cara2nya boleh tengok di http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-sosej-roll.html

Kuih Kukus Bawang Goreng

Salam sahabat blogger saya..pernah tak makan kuih kukus??saya pernah makan suatu ketika dulu..rasa nya yang sentiasa saya ingat hingga kini..lepas tu sampai sekarang saya tak jumpa di mana2 gerai2 hinggalah saya tersinggah di blogger izah muffin lover..bila terpandang pada kuih tu mengingatkan pada kuih yang pernah saya makan cuma rasanya ntah betul @ tidak saja..dengan bahan2 yang cukup ada terus saya kedapur dan buat..bila siap saya rasa confirm ini lah kuih yang pernah saya makan masa saya kecil..2 kali saya buat kuih ni di sbb kan rasa dia yg sedap..dan pada kawan2 sy jom intai resepi nya..



Kuih Kukus Bawang Goreng

Bahan2nya

3/4 cawan tepung gandum+ 2 sdb tepung gandum(sy letak terus 1 cawan)
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula
1 cawan air pandan(blender daun pandan dengan air)
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau
1/2 genggam bawang goreng

Caranya

Panaskan kukusan..Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng kemudian blender/kisar sebati..Masukkan dalam mangkuk dan masukkan bawang goreng..Kacau2kan..Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah di sapu minyak..Kukus sehingga masak(30 minit-40 minit)..Tunggu sejuk kemudian hidang..

Note:-Kuih ni dapat kecik comel jer sbb adunan nyer sikit so jangan guna loyang besar eh..di syorkan guna bahan2 semula jadi..bawang goreng tu goreng sndr bkn bawang grg segera tu yer..bawang goreng tu kena letak sikit je jangan letak banyak..selamat mencuba pada kawan2 ku..

Tuesday, October 16, 2012

Ketam Masak Merah



Kali ni Ketam Masak Merah lak..kena lak kuah tu masuk sampai dalam isi..yum3 sedap..

Ketam Masak Merah
Bahannya

Bahan Tumis

1 tangkai kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 helai daun pandan-di simpul
1 batang serai-di ketuk
Bahan Kisar

1 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
seinci halia

4@ 6 sdb cili kering kisar
1/2 cwn sos cili
2 keping asam gelugur(klu besar buh 1 je)
garam gula perasa
2 cwn pati santan
ketam

Caranya

Tumis bahan tumis hingga naik bau..pastu masuk kan bahan kisar..tumis sampai pecah minyak..buh garam gula perasa..bila dah pecah minyak masuk kan sos cili dan pati santan..pastu masuk kan asam gelugur last sekali baru masuk kan ketam..

Ketam Telur Masin



Salam untuk sahabat2 saya semua..kali ni saya kembali menaip di blog ni..kali ini untuk resepi ketam..ketam salah satu makanan laut kesukaan saya..untuk tengah hari ini saya buat ketam telur masin..memang sedap seperti di katakan orang selama ini..cuma bezanya dlm resepi tu gunakan susu cair tapi saya gantikan dengan santan sebabnya susu cair dh kehabisan stok malas nk kedai punya pasal..hehehehe..jom intai bahannya darling2 ku..

Ketam Telur Masin

Bahanya

1/2 kilo ketam bunga(di belah 2)
3 sdb tepung jagung(sy buh lebih skit)
3 biji bwg putih- di tumbuk(sy guna 4 biji)
10 helai daun kari
5 biji cili padi-hiris(sy buh lebih ikut pedas masing2 ye)
3 sdb besar susu cair(sy buh 1 senduk ns santan pekat)
4 biji telur masin-rebus dan ambil kuningnya(sy ambil dgn putihnya skl syg nk buang)
minyak garam

*klu telur masin tu masin sangat jadi jangan bubuh garam eh..cam saya xbuh sbb mmg dh masin sgt telur tu..

Caranya

Gaul ketam dengan tepung jagung..panaskan minyak dan goreng ketam hingga kekuningan pastu angkat..ketepikan..guna minyak yang sama cuma buangkan sikit minyak tu untuk kita tumiskan bwg putih..tumis sampai naik bau dan dh nak garing masukkan daun kari dan cili padi tumis sampai naik bau..pastu buh susu cair/santan dan telur masin..gaul rata lepas tu masukkan ketam..masak sekejap je sekadar gaul2 rata bahan2 tu dengan ketam..angkat dan hidangkan..selamat mencuba tuk darling2 ku semua..