Friday, October 19, 2012

Kuih Kukus Bawang Goreng

Salam sahabat blogger saya..pernah tak makan kuih kukus??saya pernah makan suatu ketika dulu..rasa nya yang sentiasa saya ingat hingga kini..lepas tu sampai sekarang saya tak jumpa di mana2 gerai2 hinggalah saya tersinggah di blogger izah muffin lover..bila terpandang pada kuih tu mengingatkan pada kuih yang pernah saya makan cuma rasanya ntah betul @ tidak saja..dengan bahan2 yang cukup ada terus saya kedapur dan buat..bila siap saya rasa confirm ini lah kuih yang pernah saya makan masa saya kecil..2 kali saya buat kuih ni di sbb kan rasa dia yg sedap..dan pada kawan2 sy jom intai resepi nya..



Kuih Kukus Bawang Goreng

Bahan2nya

3/4 cawan tepung gandum+ 2 sdb tepung gandum(sy letak terus 1 cawan)
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula
1 cawan air pandan(blender daun pandan dengan air)
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau
1/2 genggam bawang goreng

Caranya

Panaskan kukusan..Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng kemudian blender/kisar sebati..Masukkan dalam mangkuk dan masukkan bawang goreng..Kacau2kan..Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah di sapu minyak..Kukus sehingga masak(30 minit-40 minit)..Tunggu sejuk kemudian hidang..

Note:-Kuih ni dapat kecik comel jer sbb adunan nyer sikit so jangan guna loyang besar eh..di syorkan guna bahan2 semula jadi..bawang goreng tu goreng sndr bkn bawang grg segera tu yer..bawang goreng tu kena letak sikit je jangan letak banyak..selamat mencuba pada kawan2 ku..

No comments:

Post a Comment