Wednesday, November 28, 2012
Kek Coklat Coffee
Kek ni saya cuba dari rancangan barefoot contessa channel 727 tiap hari isnin-jumaat kul 6.35ptg..kalau sesiapa pernah tengok rancangan tu chefnya ina garten..saya suka tengok rancangan dia resepi dia kebanyakkannya senang-senang..Ini baru percubaan pertama saya dari salah 1 resepinya..Sedap betul kek ni..Tak sangka pertama kali cuba buat jadi elok walau deko nya tak lah secun mana maklumlah hamba budak baru belajar..kikikikiki..
Kek Coklat Coffee
Bahannya
2 cwn tepung gandum
3 sb serbuk kok
1 sk baking powder
secubit garam
(bahan di atas di ayak bersama)
1 cwn gula
200 ml susu segar
1 cwn minyak sayuran
2 biji telur gred A
esen vanilla
1 cawan air kopi
caranya
Pukul telur dengan gula hingga kembang kemudian masukkan susu,minyak,air kopi,esen vanilla dan pukul lagi..Kemudian masukkan bahan ayak dan pukul sampai sebati semuanya..Bila dah sebati tuang adunan di dalam loyang yang telah di gris dan di alaskan baking paper..Masak dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 45 minit/hingga masak dengan 160c @ bergantung pada oven masaing2 suhunya..(saya guna oven atas dapur gas tu)
untuk topping
1 bar coklat masakan(cairkan dengan cara double boiled)
250g butter
1 biji telur
esen vanilla
1/2 cawan tepung(sy grg dl tepung ni/org panggil sangai)
1/2 cawan air kopi
1/2 tin susu pekat
caranya
pukul butter dengan susu..kemudian masukkan telur dengan esen dan pukul sebati..kemudian masukkan tepung dengan air kopi..masukkan pula coklat..pukul rata..siap utk di gunakan..
Labels:
KEK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment