Dengan cinta datangnya sabar
orang bercinta tiada gusar
apa berlaku hanya lah mata kasar
mata hati tetap berkobar-kobar
Dengan cinta tiada was-was
apa di buat biarlah berbalas atau tidak berbalas
waktu bersua diri sentiasa kemas
wangian harum percikanya ikhlas
Dengan cinta sentiasa mahu berhubung
juga rasa mahu bersama
harapan tinggi sampai ke penghujung
selepas Nyawa bertemu di syurga
Dengan cinta datangnya pengorbanan
sentiasa hidup dalam bantuan
sungguh indah hidup bertuhan
kerana Allah cinta ku murni
Lembaran cinta tanda kekuasaan
sentiasa ada sepanjang zaman
melalui kekasih DIA sampaikan
buat pedoman cinta sepanjang jalan
Dengan cinta penuh pengharapan
takutnya hilang cinta dari Allah
sentiasa diri dalam persiapan
sampai waktu akan di semadikan....
"Ya Allah!!Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang sama ada yang aku ketahui atau tidak dan tahu aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan yang akan datang sama ada aku tahu atau tidak.."
Doa ini adalah ayat2 cinta kita kepada yang maha mencipta..semoga cinta kita terus mewangi..
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 31)
No comments:
Post a Comment