Tuesday, September 18, 2012

PERJALANAN CINTA KAU & AKU






Sayang
pernah suatu ketika hilang mu bagai deru angin
berlalu pergi tanpa bunyi dan sepi
sedang waktu itu kasih ku berbunga di hati
kehampaan menyesak diri
kesedihan menemani hati

Sayang
tahu kah engkau apa rasanya saat itu
sengsara aku kala itu
merindui dan mengenangmu
sedangkan kau tiada lagi menemani
namun demi kasih yang telah berputik di hati
nekad penantian mengiringi perjalanan hidup ku
hingga satu saat bahagia buat diri mu
kau kembali mencuit diari hidup ku
hanya airmata kerinduan merembes di wajah ku
kesyukuran ku panjatkan kepadaNya
kerana sebenarnya aku belum kehilangan nya

Persahabatn indah terjalin kembali
bersama merungkai kata
menggamit rindu
bergurau senda
hingga satu ketika
kasih yang tercipa dalam hati ku
mula tergoyah dek satu ikatan
ikatan yang terjalin kerana ketidak pekaan mu sayang

Sayang
dalam perjalanan ini 
aku belajar mencintai dalam sepi
namun ku teruskan perjalanan itu dengan jutaan dugaan 
hingga tiba suatu masa perjalanan ku teruji
dugaan terhebat
bagaikan tamparan kilat
aku terjatuh
arghhh
sakitnya hanya aku yang rasa
deritanya hanya aku yang tahu
namun aku tenang kerana mu sayang

Kerana kehadiran mu
bagai penguat semangat ku
bagai pemancar cahaya hati ku
dan akhirnya
kalimah sakti
terluah jua dari mu
kini terpateri janji antara kita

Terima kasih sayang
kerana mengorakkan senyum ku
kerana memecah derai tawa ku
kerana mencorak ceria di wajah ku
kerana memekar bunga di hati ku
doa dan harapan ku
agar bahagia menjadi milik kita
biarlah segalanya berlalu mengikut arus takdir 
Amin........

No comments:

Post a Comment