Wednesday, September 19, 2012

NASI GORENG SEMPOI



Nasi goreng ni paling sempoi ngeh3 bagi saya ler..walau rupa tak mengancam tapi selalu saya goreng nasi ni memang habis sokmo..

Bahan-Bahannya

1 pinggan penuh nasi putih(gaul siap2 dengan garam dan aji yer)
1/2 biji bawang besar-di mayang
4 ulas bawang putih-di mayang
1/2 genggam ikan bilis-basuh dan tumbuk 
3 sudu besar cili kering yang di kisar
sayur apa2 yang ada dalam peti
3 biji telur yg telah di buat telur hancur siap2 dan letak dalam bekas lain

panaskan minyak tumis bahan mayang bila dah naik bau masukkan ikan bilis tumbuk..gaul sebati dan masukkan cili kering kisar..kacau hingga cili tu masak..kemudian masukkan sayur..gaul rata..masukkan nasi gaul hingga semua bahan2 kena pada nasi..akhir sekali masukkan telur..boleh lah di hidangkan..

No comments:

Post a Comment