Thursday, December 11, 2014
ROTI KENTANG
ROTI KENTANG
BAHANNYA
135 ml air sejuk- air peti ais
3/4 sk garam
30 gm mentega
1 bj telur
60 gm ubi kentang-saya guna 3 biji di rebus dan di lenyek baru di timbang
300 gm tepung roti/tepung gandum serbaguna
1 sb susu tepung
100 gm gula
2 sb yis
1 sb shortening
CARANYA
Tepung gandum di letak kan di dalam bekas buat lubang di tengah dan letak kan mentega,shortening,telur,susu tepung,garam,gula,yis dan kentang..Gaul rata dengan tangan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit lalu di uli hingga doh tak melekat di tangan..Kemudian perap..Tutup bekas dengan kain basah..Sementara tu blh lah kita masak kastardnya
KASTARD
250 ml susu cair/susu segar
1 bj kuning telur
1 sb tepung kastard
sedikit esen vanilla
6 sb gula pasir
CARANYA
Masak semua sekali hingga likat dan pekat lalu di sejukkan..Kemudian ada balance telur putih tadi di kocok dengan garfu sikkit bersama susu..Bila adunan tepung dah naik bulat2kan lalu susun dalam loyang lalu di ambil telur susu tadi dan di sapu atas doh..Kemudian ambil kastard td picit atas doh ikut kreativiti masing2..Kemudian tunggu hingga naik lagi..Adunan dah naik bakar pada suhu 190c selama 25 minit @ hingga masak..
Labels:
ROTI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment