Wednesday, November 5, 2014

Macaroni Bakar Barefoot Contessa



Macaroni Bakar Barefoot Contessa

Bahannya

Macaroni-di rebus di dalam air gelegak yang di letak dengan sedikit garam dan minyak

Untuk Intinya

3 ulas bawang putih-cincang
3 peket cendawan shitake-hiris nipis
3 sb daun parsley
1 sb butter+ 3 sb minyak zaitun

Caranya

Panaskan butter dan minyak..Masukkan cendawan di dalam kuali gaul rata sampai dia masak..Kemudian baru masukkan bawang putih..Gaul lagi kemudian baru masukkan daun parsley dan garam..Ketepikan..

Untuk Sos

2 sb mentega
3 sb tepung gandum
2 cwn susu full cream
sedikit lada sulah
1 sb serbuk lada hitam
1 kiub ayam(yg ni sy tmbh)
4/5 keping keju-barefoot contessa guna dua jenis keju cheddar parut dlm 1 cwn masing2 keju
sedikit garam-klu ikt barefoot contessa memang blh kena drh tggi..sy tak letak garam sbb sy dah letak kiub ayam..

Caranya

Cairkan mentega kemudian masukkan tepung gandum..Kacau selama beberapa minit sehingga rasa mentah tepung tu masak..Tutup api kemudian masukkan susu dan di kacau sampai tepung tak berketul barulah di buka api semula..Kemudian masukkan semua bahan  dan selalu kacau sehingga ianya pekat..Memang memakan masa sbb kn selalu kacau tapi percayalah hasilnya sangat sedap..Bila dah pekat Masukkan macaroni yg dah di masak dan di tapis..Gaul rata..

Sapu butter dalam loose tin.Letak macaroni kemudian inti..Macaroni lagi dan inti ulang sampai habis..Dalam bareffot contessa atas sekali dia blend roti dengan daun parsley dan letak atas macaroni..kemudian renjis minyak zaitun..kemudian di bakar di dalam oven yg suhunya 180c selama 30 minit..Boleh di makan dengan sos..

No comments:

Post a Comment